Inilah Anwar Ibrahim. Beliau pernah memimpin persatuan pelajar Islam di Universiti. Beliau berjuang membela nasib petani di Baling suatu ketika dahulu. Beliau pernah memimpin persatuan Belia Islam sedunia. Pernah dinobat sebagai Menteri Kewangan Terbaik Asia dan dinamakan di antara 100 tokoh popular di dunia.
Beliau juga pernah memimpin Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) di mana anak Cheruk To'Kun, P.Pinang ini menjadi Presidennya, dan Almarhum Us Fadzil Noor (Presiden Pas) adalah Timbalannya, manakala Hadi Awang yang begitu jaki dengannya hanya sebagai Naib Presiden. Dasar penerapan nilai-nilai Islam diperkenalkan sewaktu beliau menyertai Umno sehinggakan Pas tiada lagi modal untuk menyerang Umno, selain dari isu Hudud.
Lihatlah isteri, Kak Wan. Seorang muslimah yang sentiasa menjaga adab, moral dan akhlak. Isterinya seorang pelajar paling cemerlang sewaktu dalam pengajian di bidang perubatan di luar negara. Namanya isterinya terpahat di universiti berkenaan. Tidak pernah lekang bersarung tangan untuk memudahkannya bersalam dengan lelaki jika perlu di tempat awam atau di majlis2 tertentu. Bahasanya yang lembut tidak pernah menyakitkan hati sesiapa yang mendengarnya.
Lihatlah keluarga Anwar Ibrahim. Lihatlah keluarga dan anak-anaknya, adakah diselimuti dengan kekayaan yang melampau? Mahu bandingkan dengan keluarga Najib? Zahid Hamidi? Ku Nan?
Anwar Ibrahim mampu berkhutbah tanpa teks. Anwar Ibrahim mampu menjadi imam solat dan memberikan tazkirah. Beliau bukan ulamak tetapi beliau punya jiwa dan roh Islam seperti Erdogen yang memimpin Turki. Siapa sekarang. Siapa boleh bongkar fail2 rasuah Anwar sepanjang beliau menjadi Menteri Kewangan dulu? Tiada, sebab beliau anti rasuah.
Nama insan inilah yang dijaja dan diburuk-burukkan oleh Hadi Awang ke negara2 Arab kononnya Anwar ini liberal dan anti Islam. Hadi rela bersekongkol dengan Najib, Zahid, Ku Nan dan pengkhianat yang merampas kerajaan mandat rakyat demi kepuasan hatinya untuk melihat Anwar gagal menjadi PM.
Ingatlah Hadi. Samada Anwar Ibrahim akan menjadi PM atau tidak, itu ketentuan Allah, bukannya Hadi Awang. Anwar rela terus jadi pembangkang daripada menjadi PM yang khianat kepada mandat rakyat.
WFAUZDIN NS