Kadang hidup ni bongok jangan tunjuk sangat.. dediam sudah.

 



Kadang hidup ni bongok jangan tunjuk sangat.. dediam sudah.

Dah sah-sah Dr Wan Azizah tu berpenggal jadi Ahli Parlimen
Dia jugak bekas Timbalan Perdana Menteri
Juga bekas Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Dah sah-sah kalau ...
kalau nak ambil pandangan dia.. pandangan dia memang boleh pakai..
Kau dok melakak tak ketahuan dah kenapa bodoh?





Ibrahim Sani Bocorkan Data Pergerakan PAS & UMNO Di Melaka


 

EKONOMI KITA BAIK, BUTA PERUT SANGAT DIA KATA LANI ORANG SUSAH - DATO PAHROLRAZI


 

Sekali Iswardy Bongkar Semua, Anwar Ibrahim Malu Besar Tak Boleh Jawab!


 

Raja Abdullah II Terima Menghadap PM Anwar

 

IMG_7987

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengiringi Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berangkat mengadakan perbincangan dua hala bersama Raja Jordan, Raja Abdullah II di Dewan Seri Maharaja, Istana Negara pada 12 Oktober 2026. Foto PMO

SEPANG, 12 Okt – Raja Jordan, Raja Abdullah II menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini.

Sesi berkenaan ialah sebahagian daripada lawatan dua hari Raja Jordan ke Malaysia, yang bermula semalam, atas undangan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Anwar tiba di Kompleks Bunga Raya pada 12.50 tengah hari dengan diiringi oleh Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin serta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengiringi Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berangkat mengadakan perbincangan dua hala bersama Raja Jordan, Raja Abdullah II di Dewan Seri Maharaja, Istana Negara pada 12 Oktober 2026. Foto PMO

Hadir sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Sesi menerima menghadap yang berlangsung kira-kira 30 minit itu memberikan peluang untuk memperkukuh persahabatan erat dan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara Malaysia dengan Jordan, khususnya dalam bidang pendidikan, perdagangan serta kerjasama dalam isu serantau dan antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama.

Kedua-dua negara berkongsi komitmen untuk menggalakkan keamanan, keadilan dan kestabilan yang berkekalan di Asia Barat, terutamanya dalam mempertahankan hak rakyat Parlimen yang sah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengiringi Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berangkat mengadakan perbincangan dua hala bersama Raja Jordan, Raja Abdullah II di Dewan Seri Maharaja, Istana Negara pada 12 Oktober 2026. Foto PMO

Kunjungan Raja Abdullah II ini merupakan lawatan kedua baginda ke Malaysia sejak Mei 2008, ketika kedua-dua negara memperingati lebih enam dekad hubungan diplomatik yang terjalin pada 1965.

Pendidikan kekal menjadi tonggak hubungan dua hala, dengan lebih 1,490 pelajar Jordan kini melanjutkan pelajaran mereka di institusi pengajian tinggi di Malaysia.

Kedua-dua negara juga terus giat menggalakkan pertukaran pendidikan, kerjasama akademik dan perkongsian kepakaran, selain memperluas kerjasama dalam penyelidikan saintifik.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengiringi Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berangkat mengadakan perbincangan dua hala bersama Raja Jordan, Raja Abdullah II di Dewan Seri Maharaja, Istana Negara pada 12 Oktober 2026. Foto PMO

Dari segi ekonomi, perdagangan dua hala antara Malaysia dengan Jordan mencecah RM993.4 juta pada 2025, meningkat 15.2 peratus berbanding 2024. Perdagangan terus mencatat rekod momentum dari Januari hingga Ogos 2026, dengan pertumbuhan lapan peratus kepada RM740.7 juta berbanding tempoh sama tahun lepas.

Lawatan negara itu mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua negara untuk memperkukuh hubungan diplomatik dan memperluas kerjasama dalam pelbagai bidang yang menjadi kepentingan bersama. – Bernama




PM Anwar Iringi Keberangkatan Pulang Raja Jordan Di KLIA

 

IMG_7994

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengiringi keberangkatan pulang Raja Jordan, Raja Abdullah II yang menamatkan lawatan rasmi dua pada 12 Oktober 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

SEPANG, 12 Okt – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mewakili kerajaan dan rakyat Malaysia, mengiringi keberangkatan pulang Raja Jordan, Raja Abdullah II yang mengakhiri lawatan rasmi dua hari ke negara ini atas undangan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bermula semalam.

Pada lawatan rasmi baginda hari ini, Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima Darjah Kebesaran Al Hussein Ibn Ali, iaitu darjah kebesaran awam tertinggi Kerajaan Jordan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadap Raja Jordan, Raja Abdullah II yang menamatkan lawatan rasmi dua pada 12 Oktober 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Darjah kebesaran itu dikurniakan oleh Raja Abdullah II pada istiadat pengurniaan yang berlangsung di Dewan Seri Maharaja, Istana Negara, di sini, selepas baginda berdua mengadakan pertemuan empat mata di Dewan Seri Negara.

Menurut Istana Diraja Hashemite, Darjah Kebesaran Al Hussein Ibn Ali dianugerahkan kepada raja, putera dan ketua negara sebagai pengiktirafan terhadap kedudukan mereka selaku pemerintah tertinggi yang diiktiraf kerajaan negara itu.

Sultan Ibrahim berkenan menerima Darjah Kebesaran Al Hussein Ibn Ali, iaitu darjah kebesaran awam tertinggi Kerajaan Jordan di Istana Negara, Kuala Lumpur pada 12 Oktober 2026. Foto PMO

Darjah kebesaran itu merupakan antara anugerah diraja Jordan yang dikurniakan kepada tokoh terkemuka antarabangsa serta individu yang diiktiraf atas pencapaian dan sumbangan mereka.

Terdahulu, pertemuan antara baginda dan Perdana Menteri di Kompleks Bunga Raya, KLIA di sini, disifatkan berjaya memperkukuh kerjasama pertahanan, memperluas perdagangan serta mengeratkan hubungan dua hala yang sekian lama terjalin antara kedua-dua negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadap Raja Jordan, Raja Abdullah II yang menamatkan lawatan rasmi dua pada 12 Oktober 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Turut hadir mengucapkan selamat berangkat kepada Raja Abdullah II ialah Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin serta para pegawai tinggi kedua-dua negara.

Pesawat khas membawa baginda dan delegasi berlepas dari Kompleks Bunga Raya (BRC), Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 1.40 tengah hari.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengiringi keberangkatan pulang Raja Jordan, Raja Abdullah II yang menamatkan lawatan rasmi dua pada 12 Oktober 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Sebelum berangkat pulang, Raja Abdullah II memeriksa kawalan kehormatan terdiri daripada pegawai dan anggota Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (RRD).

Kali terakhir Raja Abdullah II berangkat ke Malaysia ialah pada 2008 dengan penekanan memperkukuh hubungan antara Jordan dan Malaysia.




Raih RM91 juta hasil jualan nombor plat, bantuan RM1,000 untuk pemandu teksi, bas sekolah dipercepat Rabu ini

 


Kerajaan bakal menyalurkan bantuan kewangan secara sekali bayar (one-off) sebanyak RM1,000 kepada pemandu teksi, kereta sewa dan bas sekolah bermula Rabu ini.

Bantuan berkenaan dijangka memberi kelegaan kepada kira-kira 53,000 pemandu pengangkutan awam, dengan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, memaklumkan pembayaran akan dibuat secara berperingkat bagi membantu golongan terbabit.

“Inisiatif ini bakal memanfaatkan kira-kira 38,000 pemandu teksi dan kereta sewa serta 15,000 pemandu bas sekolah.

“Pembayaran dapat dibuat lebih awal sebelum Belanjawan 2027 diluluskan kerana sumber kewangannya berpunca daripada hasil jualan nombor pendaftaran kenderaan khas siri ‘H’ yang menjana RM91 juta,” katanya dalam sidang media hari ini.

Loke berkata, kumpulan pertama penerima dijemput hadir ke Kementerian Pengangkutan Rabu ini untuk menerima baucar, manakala kumpulan seterusnya akan menyusul kemudian.

“Pengagihan awal ini bagi memastikan pemandu beragama Hindu menerima bantuan sebelum sambutan Deepavali, selaras dengan hasrat Perdana Menteri.

“Kumpulan pertama akan menerima bantuan ini pada Rabu, diikuti kumpulan seterusnya,” katanya.

Menerusi pembentangan Belanjawan 2027, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengumumkan pemandu teksi, kereta sewa dan bas sekolah akan menerima bantuan kewangan ‘one-off’ RM1,000 susulan hasil jualan siri nombor plat khas ‘H’.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengumpul RM91.2 juta menerusi siri ‘H’ yang dilelong secara dalam talian bermula 16 hingga 20 September lalu sempena sambutan Hari Malaysia.




Menteri perjelas keputusan tutup sekolah dibuat atas nasihat MetMalaysia, KKM

 


Keputusan berhubung penutupan dan pembukaan sekolah susulan keadaan jerebu akan dibuat dari semasa ke semasa berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) serta garis panduan sedia ada dan nasihat agensi berkaitan.

Menteri Pendidikan Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata ia bergantung kepada nasihat Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Kementerian Kesihatan (KKM) termasuk Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES).

Beliau berkata Kementerian Pendidikan (KPM) tidak membuat keputusan berkenaan secara bersendirian, sebaliknya mengambil kira penilaian kualiti udara, nasihat kesihatan dan pertimbangan bersama jawatankuasa berkaitan.

“Kita sudah tetapkan bahawa kita bertindak berdasarkan SOP, garis panduan yang sedia ada dan nasihat daripada MetMalaysia berdasarkan ketentuan dari semasa ke semasa dan juga KKM.

“Kita ada jawatankuasa dan panduan itu kita ambil sepenuhnya daripada KKM dan NRES,” katanya kepada media selepas menghadiri Program Petah KPM 2026 hari ini. 

Fadhlina berkata keadaan jerebu ketika ini dipantau berdasarkan panduan yang ditetapkan, namun aspek kesihatan murid perlu terus diberikan perhatian oleh ibu bapa.

Beliau berkata ibu bapa dinasihatkan supaya tidak menghantar anak ke sekolah sekiranya mereka tidak sihat, sebaliknya memaklumkan keadaan itu kepada pihak sekolah.

“Sebab itu dalam pedoman yang kita berikan kepada ibu bapa, sekiranya anak-anak tidak sihat tidak perlu dihantar ke sekolah dan maklumkan kepada sekolah,” katanya.

Beliau turut menghargai kerjasama ibu bapa yang memberikan perhatian terhadap isu kesihatan serta berkongsi pandangan dengan KPM bagi membantu kementerian membuat pertimbangan berkaitan pengurusan persekolahan ketika jerebu.

Fadhlina berkata sebarang keputusan perlu mengambil kira keseimbangan antara perlindungan kesihatan murid dengan kesan terhadap pendidikan sekiranya sekolah ditutup untuk tempoh yang terlalu lama.

Mengulas kemungkinan jerebu berlarutan hingga November atau Disember, Fadhlina berkata keputusan akan terus dibuat secara bersama berdasarkan panduan dan nasihat agensi berkaitan.

Dalam pada itu, Petah KPM merupakan platform strategik bagi Dasar Memartabatkan Bahasa Melayu Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) secara holistik, yang menekankan kecekapan penguasaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris perlu seiring bagi memupuk budaya komunikasi yang fasih dan beradab merentas pelbagai kaum. 




KITA TUNGGU APA BALASAN MENTERI AGAMA- INI PEMBENTANGAN PEMBANGKANG- Pendedahan Berani MP Pengkalan Chepa BONGKAR Realiti RCI Tabung Haji vs UJSB!!!


 

Mahfuz kata kat sape tu, nak tergelak aku dengar, cermin la sikit diri tu boh!


 

SAPA SAKAU RM40 JUTA? - HANG NAK B3LIT APA LAGI NUSI | KATA DAH HAMPIR SIAP


 

"TAK MALU KE, TAKUT SAMPAI LARI" ! YB BENTONG SINDIR PEMBANGKANG !


 

"MINYAK MASAK PAKET PERGI MANA" ? KOYAK TERUS KETUA PEMBANGKANG !


 

@saifulnizam Subscribe BANTUAN RM80 JUTA UNTUK RUMAH


 

@jasonyew_ Join Gaji Pekerja Nak Naik, Ketua Pembangkang


 

Isu gaji minimum ini pernah dimainkan oleh salah sebuah parti. Mereka membantah perlaksanaan gaji minimum, sebab katanya, "harga barang akan naik".

 



Safwan Mohamad


Isu gaji minimum ini pernah dimainkan oleh salah sebuah parti. Mereka membantah perlaksanaan gaji minimum, sebab katanya, "harga barang akan naik".

Sebenarnya, kenaikan harga barang bukan semata-mata disebabkan oleh gaji staf. Ada banyak faktor lain.
Malah, ada majikan yang suka beri gaji yang tinggi kepada staf, tanpa perlu menyemak harga produk. Kalau setiap kali naik gaji staf dia naikkan harga, maka sebenarnya dia tak cukup mahir berniaga.
Penentuan harga itu adalah antara topik terpenting dalam perniagaan. Kena ada margin yang selamat. Selepas dapat margin yang selamat, kena ada volume yang selamat juga.
Ini semua merupakan penampan terhadap sebarang perubahan pada masa hadapan. Kadang-kadang, margin kecil, tapi volume meningkat, maka perniagaan selamat.
Dengan peningkatan gaji, diharapkan agar produktiviti akan meningkat. Apabila produktiviti meningkat, keuntungan syarikat juga akan meningkat. Ini adalah scene yang majikan mahukan.
Dalam konteks ekonomi pula, kenaikan gaji bermakna suntikan secara langsung ke dalam ekonomi negara. Kenaikan 300 bermakna suntikan 300 ke dalam ekonomi negara. Ini bermakna, akan ada suntikan RM1.2b ke dalam ekonomi negara setiap bulan.
Bayangkan bagaimana ekonomi kita akan berkembang selepas ini!
Peniaga di tepi jalan akan mendapat manfaat. EHailing akan dapat manfaat. Peniaga pasar malam akan dapat manfaat. Semua pihak akan dapat manfaat.
Inilah rahsia mengapa KDNK negara berkembang dengan pesat kebelakangan ini. Tak pelik sekiranya negara luar melihat Malaysia sebagai kuasa ekonomi baru di rantau ini...





Tapi cina sesat tu la jadi pujaan ramai dari parti Jalang








 Cina pujaan sibuk berfikir hina perkataan dalam al-quran.

Cina Anthony Loke berfikir macam mana nak bantu pemandu teksi.
—
Tapi cina sesat tu la jadi pujaan ramai.





WAWASAM KENA TINGGAL?

 

WAWASAN KENA TINGGAL?
11 Oktober 2026
Dengan tarikh penamaan calon PRN Melaka hanya tinggal kira-kira tiga minggu lagi dan rundingan kerusi antara UMNO dan PAS dilaporkan hampir selesai, ramai yang mula bertanya - apa kedudukan Parti Wawasan Negara?
Adakah parti itu akan bertanding di PRN Melaka?
Jika bertanding, kenapa hanya diam dan hampir tidak ada pemimpinnya bercakap tentang kerusi sebagaimana UMNO dan PAS rancak bercakap mengenainya?
Melalui beberapa laporan media sebelum ini, UMNO dilihat hanya ingin berunding dengan PAS dan bukan dengan PN.
Kecenderungan UMNO itu bahkan sudah mula dizahirkan ketika Perhimpunan Agung UMNO yang lalu di mana hanya PAS dijemput sebagai tetapi, tetapi tidak kepada Wawasan.
Baik pimpinan UMNO atau PAS, apabila bercakap mengenai kerjasama dan pembahagian kerusi, yang disebut hanyalah tentang UMNO dan PAS, bukan PN dan bukan juga melibatkan lain-lain parti dalam gabungan itu.
Bahkan ketika PN mula digantung oleh RoS dan timbul cadangan agar logo BN digunakan, perkara itu juga nampaknya tidak dibuka kepada calon-calon lain selain daripada PAS.
Naib Presiden UMNO, Khaled Nordin walaupun amat mengalu-alukan penggunaan logo BN itu, tetapi berkata, keterbukaan itu bukan kepada semua parti.
“Siapa nak datang ke rumah kita, orang yang kita sukalah, bukan semua orang,” katanya.
Dalam hal ini, PAS juga dilihat tiada masalah dengan permintaan UMNO bahawa rundingan hanya melibatkan PAS saja.
Presiden PAS, Haji Hadi Awang berkata, pihaknya berlapang dada dengan syarat ditetapkan UMNO yang lebih selesa menjalin kerjasama dengan parti itu, berbanding keseluruhan gabungan PN.
Kata beliau, UMNO dan PAS berkongsi prinsip yang sama iaitu mengutamakan kepimpinan Melayu Islam dan sedia menerima bukan Islam yang tidak ekstrem.
“Parti-parti lain dalam PN terpulang kepada mereka sama ada mahu terima atau tidak prinsip itu. Kalau tak terima, kita tak terimalah,” katanya sebagaimana dilapor media pada 18 September lalu.
Dalam konteks yang lain, Wawasan sendiri dilihat agak pasif dalam penyertaan di PRN Melaka di mana parti itu seolah-olah hanya menunggu buah gugur hasil rundingan UMNO dan PAS.
Walhal realitinya, oleh kerana dua Adun Bersatu yang menang pada PRN 2021 lalu (Adun Bemban dan Sungai Udang) telah menyertai Wawasan, setidak-tidaknya dua kerusi tersebut mesti ditandingi oleh calon parti pimpinan Hamzah Zainuddin.
Kenapa tidak terdengar Wawasan mahu meletakkan calon di dua kerusi tersebut?
Kendati begitu, laporan-laporan media mendedahkan salah satu kerusi itu disebut-sebut bakal ditandingi PAS, manakala satu lagi dikatakan akan ditandingi UMNO.
Jika ia merupakan perkara yang hampir dipersetujui, apakah rundingan hanya melibatkan UMNO dan PAS saja?
Kenapa Wawasan tidak dilibatkan?
Adakah Wawasan akhirnya bakal kena tinggal di sebalik kerjasama UMNO dan PAS?

Jika di Melaka kena tinggal, apa jaminan Wawasan tidak kena tinggal pada PRU16 akan datang? - ShahbudinHusin 11Oktober2026.





SAMAN TERHADAP KERAJAAN MELAKA TUTUP PELUANG KERJASAMA PH/BN, TAPI BUKA RUANG UNTUK PH/BERSATU BEKERJASAMA





12 Oktober 2026
Ahli Parlimen Kota Melaka Khoo Poay Tiong dan Ahli Parlimen Alor Gajah Adly Zahari mengemukakan saman terhadap kerajaan negeri Melaka kerana meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Enakmen Perlembagaan Negeri Melaka (Pindaan) 2026 yang membolehkan penambahan sehingga tujuh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) lantikan di negeri itu.
Khoo berkata, beliau mengemukan saman tersebut atas kapasitinya sebagai seorang pengundi di Melaka, manakala Adly atas kapasiti sebagai Adun Bukit Katil.
Katanya, saman berkenaan dibuat untuk mencabar usul pindaan enakmen itu yang didakwa bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
“Kita harap mahkamah akan buat satu keputusan di mana kita melihat usul yang diluluskan pada 14 Julai tersebut adalah tidak berperlembagaan kerana bercanggah dengan Perkara 71(4) Perlembagaan Persekutuan di mana kalau dibaca bersama dengan Seksyen 4(1) Bahagian 1 Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan dan oleh itu adalah batal dan tidak sah menurut Perkara 4(1) Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam satu sidang media.
Pada 14 Jul lalu, DUN Melaka meluluskan usul RUU Enakmen Perlembagaan Negeri Melaka (Pindaan) 2026 yang membolehkan penambahan sehingga tujuh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) lantikan di negeri itu.
Usul yang dibentangkan Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh itu disokong 23 Adun termasuk tiga wakil pembangkang, kecuali lima wakil PH yang tidak menyokong usul tersebut.
Khoo seterusnya berkata, pihaknya pada hari ini turut menyerahkan notis saman itu kepada setiausaha kerajaan negeri dan juga kepada penasihat Undang-Undang Negeri Melaka dan meminta supaya mahkamah membuat satu keputusan bahawa usul ini bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan negeri.
Berikutan saman ini dikemukakan menjelang PRN Melaka dan PKR khususnya, masih menaruh harapan untuk bekerjasama dengan BN, termasuk Perdana Menteri sendiri sanggup menghantar kek dan menyanyi meraikan hari jadi Ketua Menteri Melaka baru-baru ini, ruang untuk bekerjasama antara keduanya ternampak boleh dikira sudah tertutup.
Sebagaimana diketahui juga, DAP memang menolak bulat-bulat untuk bekerjasama dengan BN, tetapi Pengarah Pilihan Raya PKR, Amirudin Saari sentiasa menaruh harapan untuk bekerjasama.
Anwar pula dengan kesanggupan meraikan hari jadi Ab Rauf Yusoh, turut dilihat sealiran dengqn Amirudin.
Tetapi, berikutan saman itu, tidak mungkin lagi kerjasama politik antara PH dan BN dapat dijalinkan selepas ini.
Dalam hal ini, DAP nampaknya lebih awal menutup terus ruang kerjasama itu, walaupun hari penamaan calon hanya diadakan 31 Oktober ini.
Maka, besar kemungkinan PH akan bertanding pada PRN Melaka yang diadakan 14 November depan dengan bekerjasama dengan pihak lain, khususnya Bersatu yang sudah tersisih daripada PN serta diberikan talak oleh PAS.
Bersatu baru-baru ini telah mengumumkan akan bertanding di PRN Melaka akan datang ini menggunakan logo sendiri, tetapi belum menetapkan jumlah kerusi yang ingin ditandingi.
Bagaimanapun, laporan lain mengatakan Bersatu bersedia untuk bertanding sekitar 10 kerusi saja.
Dengan itu, PH yang digambarkan lebih disokong bukan Melayu berbanding pengundi Melayu, adalah sesuai sangat untuk mereka bekerjasama dengan Bersatu yang merupakan sebuah parti Melayu.
Bagi UMNO/BN dan PAS/PN, perbincangan untuk bekerjasama menghadapi PRN Melaka masih lagi berjalan.
Jika rundingan kerjasama itu berjalan lancar, persaingan PRN Melaka nanti hampir pasti menyaksikan pertembungan PH/Bersatu melawan BN/PN.
Berapa peratus agaknya PH/Bersatu ada harapan untuk beroleh kemenangan? - ShahbudinHusin 12Oktober2026.