Isu gaji minimum ini pernah dimainkan oleh salah sebuah parti. Mereka membantah perlaksanaan gaji minimum, sebab katanya, "harga barang akan naik".

 



Safwan Mohamad


Isu gaji minimum ini pernah dimainkan oleh salah sebuah parti. Mereka membantah perlaksanaan gaji minimum, sebab katanya, "harga barang akan naik".

Sebenarnya, kenaikan harga barang bukan semata-mata disebabkan oleh gaji staf. Ada banyak faktor lain.
Malah, ada majikan yang suka beri gaji yang tinggi kepada staf, tanpa perlu menyemak harga produk. Kalau setiap kali naik gaji staf dia naikkan harga, maka sebenarnya dia tak cukup mahir berniaga.
Penentuan harga itu adalah antara topik terpenting dalam perniagaan. Kena ada margin yang selamat. Selepas dapat margin yang selamat, kena ada volume yang selamat juga.
Ini semua merupakan penampan terhadap sebarang perubahan pada masa hadapan. Kadang-kadang, margin kecil, tapi volume meningkat, maka perniagaan selamat.
Dengan peningkatan gaji, diharapkan agar produktiviti akan meningkat. Apabila produktiviti meningkat, keuntungan syarikat juga akan meningkat. Ini adalah scene yang majikan mahukan.
Dalam konteks ekonomi pula, kenaikan gaji bermakna suntikan secara langsung ke dalam ekonomi negara. Kenaikan 300 bermakna suntikan 300 ke dalam ekonomi negara. Ini bermakna, akan ada suntikan RM1.2b ke dalam ekonomi negara setiap bulan.
Bayangkan bagaimana ekonomi kita akan berkembang selepas ini!
Peniaga di tepi jalan akan mendapat manfaat. EHailing akan dapat manfaat. Peniaga pasar malam akan dapat manfaat. Semua pihak akan dapat manfaat.
Inilah rahsia mengapa KDNK negara berkembang dengan pesat kebelakangan ini. Tak pelik sekiranya negara luar melihat Malaysia sebagai kuasa ekonomi baru di rantau ini...





No comments: