TALIAN TERPUTUS...SIARAN BERITA AKAN
BERSAMBUNG JAM 5 PETANG.
TALIAN TERPUTUS...SIARAN BERITA AKAN
BERSAMBUNG JAM 5 PETANG.
1) Dah banyak kali 𝗸𝗶𝘁𝗮 𝗧𝗘𝗚𝗨𝗥 𝗽𝗶𝗵𝗮𝗸 𝗞𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝘁𝗲𝗿𝘂𝘁𝗮𝗺𝗮 𝗠𝗗𝗡 - 𝗠𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗜 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 DS Saifuddin Nasution Ismail supaya bertindak tegas ke atas 𝗣𝗡𝗴𝗵𝗮𝘀𝘂𝘁 𝗣𝗘𝗠𝗘𝗖𝗔𝗛 𝗯𝗲𝗹𝗮𝗵 𝗽𝗲𝗿𝗽𝗮𝗱𝘂𝗮𝗻 yg BUKAN setakat memainkan isu 3R tetapi juga mencerca, maki hamun, menghina dan FITNAH terhadap PMX malah mengajak kpd Pergaduhan kaum dan Kebencian Agama.
2) 𝗥𝗢𝗦𝗔𝗞 𝗳𝗮𝗯𝗿𝗶𝗸 𝘀𝗼𝘀𝗶𝗮𝗹 jika terus dibiarkan puak berfikiran 𝗞𝗛𝗔𝗪𝗔𝗥𝗜𝗝 melaksanakan agenda 𝗣𝗼𝗹𝗶𝘁𝗶𝗸 𝗞𝗲𝗯𝗲𝗻𝗰𝗶𝗮𝗻, 𝗣𝗲𝗿𝗸𝗮𝘂𝗺𝗮𝗻 𝗦𝗲𝗺𝗽𝗶𝘁 𝗱𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗯𝗲𝗻𝗰𝗶𝗮𝗻 𝗔𝗴𝗮𝗺𝗮.
3) MDN kata polis hanya bertindak atas laporan? OK. FAIR. Tapi kita nak faham juga era Reformasi dulu bukan ke kalau kita salah sket je 𝗽𝗼𝗹𝗶𝘀 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶 𝗯𝘂𝗮𝘁 𝗹𝗮𝗽𝗼𝗿𝗮𝗻 𝗮𝘁𝗮𝘀 𝗸𝗶𝘁𝗮? Rasanya Dato' Lokman Noor Adam Official pun pernah kena. Cuba tanya dia. Ini yg perlu diperjelaskan pada Rakyat sebab Rakyat berharap sangat segala kacau bilau terutama di SocMed dapat ditangani dgn 𝗧𝗘𝗚𝗔𝗦, 𝗣𝗔𝗡𝗧𝗔𝗦 𝗱𝗮𝗻 𝗕𝗘𝗥𝗞𝗘𝗦𝗔𝗡 𝗕𝗨𝗞𝗔𝗡 dok tunggu org buat laporan.
4) Saya yakin dan percaya masalah ini jadi macamni setelah PMX dan Kabinet memutuskan utk 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗴𝘂𝗻𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗦𝗲𝗸𝘀𝘆𝗲𝗻 𝟯(𝟭) (𝗰) 𝗵𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮 (𝗳) 𝗔𝗸𝘁𝗮 𝗵𝗮𝘀𝘂𝘁𝗮𝗻 𝟭𝟵𝟰𝟴 (𝗔𝗸𝘁𝗮 𝟭𝟱) ke atas para PNghasut, Pemfitnah, pemaki hamun dan penyebar Fake News yg dianggap "Rakyat". Pada saya 𝗽𝘂𝗮𝗸 𝗞𝗛𝗔𝗪𝗔𝗥𝗜𝗝 𝘁𝘂 𝗪𝗔𝗥𝗚𝗔𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔 𝗧𝗔𝗞 𝗕𝗘𝗥𝗚𝗨𝗡𝗔 yg tak sayangkan Negara dan 𝗞𝗘𝗟𝗨𝗔𝗥 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗞𝗲𝗮𝘁𝗮𝗮𝘁𝗮𝗻 terhadap pemerintah.
5) Cuba baca DUA siri kritikan saya yg PANJANG lebar terhadap Kerajaan MADANI mengenai Akta Hasutan 1948 :
i) 𝗞𝗘𝗥𝗔𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗣𝗔𝗗𝗨𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜 𝗗𝗔𝗡 𝗔𝗞𝗧𝗔 𝗛𝗔𝗦𝗨𝗧𝗔𝗡 𝟭𝟵𝟰𝟴 - 𝗣𝗔𝗥𝗧 𝟭
~ 𝗠𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶 𝗞𝗗𝗡 𝗺𝗲𝗻𝗲𝗴𝗮𝘀𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶𝗮𝗻 𝗞𝗮𝗯𝗶𝗻𝗲𝘁 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝟬𝟴 𝗦𝗲𝗽𝘁𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟯
Link : https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=308174442077156&id=100086538073514&mibextid=Nif5oz
ii) 𝗞𝗘𝗥𝗔𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗣𝗔𝗗𝗨𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜 𝗗𝗔𝗡 𝗔𝗞𝗧𝗔 𝗛𝗔𝗦𝗨𝗧𝗔𝗡 𝟭𝟵𝟰𝟴 - 𝗣𝗔𝗥𝗧 2
~ 𝗜𝗦𝗬𝗔𝗥𝗔𝗧 𝗬𝗚 𝗦𝗔𝗟𝗔𝗛 𝗮𝘁𝗮𝘂 𝗧𝗛𝗘 𝗪𝗥𝗢𝗡𝗚 𝗦𝗜𝗚𝗡𝗔𝗟 𝗱𝗮𝗻 𝗜𝗦𝗨 𝟯𝗥 (𝗥𝗔𝗖𝗘, 𝗥𝗘𝗟𝗜𝗚𝗜𝗢𝗡 & 𝗥𝗢𝗬𝗔𝗟𝗧𝗬)
Link : https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0D9saeKZkt1yUPJNb8Q881bDy3PQW2zD4hZdSMhPhpgrHHP8iba5Hti2gAeX6sEatl&id=100086538073514&mibextid=Nif5oz
6) 𝗦𝗲𝗹𝗲𝗽𝗮𝘀 "𝘀𝗲𝗿𝗶𝗲𝘀 𝗼𝗳 𝗰𝗿𝗶𝘁𝗶𝗰𝘀" nampaknya MenKom ada juga bertindak, beliau arahkan MCMC supaya bertegas dan siasat kaki fitnah dan PNyebar Fake News memburuk-burukkan Kerajaan MADANI. 𝗦𝗬𝗔𝗕𝗔𝗦 𝘂𝘁𝗸 𝗠𝗲𝗻𝗞𝗼𝗺 YB Fahmi Fadzil. Tapi MDN buat apa? Goyang teloq, tunggu laporan???
7) MCMC shj ke yg pantau?? Polis?? Betul kata Tan Sri Rafidah Aziz, kita di 𝗽𝗶𝗵𝗮𝗸 𝗞𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜 𝗸𝗲𝗹𝗶𝗵𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗡𝗢𝗧 𝗶𝗻 𝗖𝗢𝗡𝗧𝗥𝗢𝗟 dan tenggelam dgn segala Fitnah dan hasutan.
Confused. Polis boleh tolong lapor ke tidak ni?? Cuba jelaskan.🤔
- Zus Din
16042024
**********
News link : https://www.malaysiakini.com/news/702548
𝗥𝗮𝗳𝗶𝗱𝗮𝗵 𝘁𝗲𝗴𝘂𝗿 𝗮𝗵𝗹𝗶 𝗽𝗼𝗹𝗶𝘁𝗶𝗸 '𝘁𝗮𝗯𝘂𝗿 𝗽𝗮𝘀𝗶𝗿' 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗽𝗲𝗿𝗶𝘂𝗸 𝗻𝗮𝘀𝗶 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴
Diterbitkan: Apr 16, 2024 9:00 AM
Dikemaskini: 9:00 AM
Malaysia akan mundur jika kerajaan tidak melakukan apa-apa tindakan konkrit dilakukan untuk membendung isu-isu perpecahan yang diwujudkan dan diburukkan lagi atas tujuan politik peribadi, kata Rafidah Aziz.
Kegagalan pihak berkuasa bertindak juga akan memberi gambaran seolah-olah pemimpin Malaysia lemah dan boleh diugut, kata bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri itu.
“Malaysia akan dilihat sebagai sebuah negara tanpa kemudi, dipengaruhi oleh Napoleon kecil yang berfikiran sempit, yang memberi gambaran bahawa mereka seolah-olah menguasai (hold to ransom) pemimpin dalam kerajaan campuran.
“Dunia sedang memerhati kita,” tambahnya dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini.
Rafidah juga berkata tidak dinafikan sebahagian besar rakyat Malaysia berhasrat serta berusaha untuk hidup dalam persekitaran yang aman, muhibah dan harmoni.
“Tetapi, dari semasa ke semasa, didorong oleh ego yang melambung tinggi dan terang-terangan mendabik dada menunjukkan kuasa dan kepentingan yang diandaikan itu, maka ada pihak yang bertindak tanpa mengambil kira akibat negatif, terutamanya perpecahan dalam masyarakat.
"Ia seperti menabur pasir ke dalam periuk nasi orang lain," tambahnya.
‘𝗟𝗮𝘄𝗮𝗻 𝗮𝗽𝗶 𝗹𝗮𝗹𝗮𝗻𝗴’
Justeru, Rafidah berharap kerajaan dan pihak berkuasa berkaitan mengambil langkah tegas untuk menangani tindakan sedemikian.
Dia juga menyifatkan tindakan memecahbelahkan masyarakat ini sebagai batu penghalang kepada perpaduan nasional, yang mengalihkan perhatian dan pembinaan negara kepada usaha "melawan api lalang."
“Kita dan kerajaan tidak boleh terus-menerus tertekan dan terganggu dengan isu-isu tidak perlu yang dicipta ini, dan sengaja disemarakkan oleh orang yang mempunyai objektif politik peribadi mereka sendiri tetapi dengan mengorbankan rakyat dan negara,” tambahnya.
Semalam, Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR Manivanan Gowin mencadangkan 10 prosedur operasi standard (SOP) untuk diguna pakai polis bagi menangani jenayah berkaitan kaum, agama dan raja-raja (3R).
Dia juga berkata polis perlu memulakan siasatan walaupun tiada laporan polis.
Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri Saifudin Nasution Ismail mempertahankan kenyataan polis bahawa 'tiada tindakan jika tiada laporan dibuat'.
Saifuddin menjawab gesaan supaya polis menyiasat Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh kerana didakwa menghasut ucapan perkauman ketika memaparkan gambarnya menghunus (pedang Jepun) "katana" yang dimuat naik di halaman Facebooknya.
Terdahulu, ketua polis negara berkata siasatan tidak boleh dimulakan sekiranya tiada laporan difailkan.
Kenyataannya itu mendapat kritikan daripada beberapa pihak, dengan NGO Lawyers for Liberty menyelarnya sebagai pihak berkuasa melakukan pendakwaan terpilih.
Respon 𝗗𝗦 𝗔𝗻𝘄𝗮𝗿 terhadap posting 𝗡𝗮𝗱𝗶𝗿 𝗮𝗹-𝗡𝘂𝗿𝗶. Tak ada cakap besar, tak ada berlagak, tak bermegah. Sebaliknya beliau 𝗺𝗲𝗺𝘂𝗹𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗵𝗮𝗿𝗴𝗮𝗮𝗻 buat Presiden Mesir atas kerjasama.
Bayangkan kalau lebai. Sedangkan yang dia 𝘁𝗮𝗸 𝗯𝘂𝗮𝘁 pun dia 𝘤𝘭𝘢𝘪𝘮. Apatah lagi kalau kes macam ni. Tapi DS Anwar 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗶𝗻𝘀𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗯𝗲𝗴𝗶𝘁𝘂. Itu melambangkan keikhlasan beliau membantu.
Ini pentingnya negara dipimpin oleh 𝗽𝗲𝗺𝗶𝗺𝗽𝗶𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗶𝗵𝗼𝗿𝗺𝗮𝘁𝗶 𝗱𝗶 𝗽𝗲𝗿𝗶𝗻𝗴𝗸𝗮𝘁 𝗱𝘂𝗻𝗶𝗮. Bukannya yang hanya setakat berani baca PDF atau yang 𝗱𝗶𝗹𝗮𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗮𝘀𝘂𝗸 𝗔𝗿𝗮𝗯 𝗦𝗮𝘂𝗱𝗶. Mudah urusan negara.
Hebatnya DS Anwar, ketika pertolongan diminta, beliau tak berjanji apa-apa. Kerana beliau tahu 𝗶𝗮 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗿𝗷𝗮 𝗺𝘂𝗱𝗮𝗵 dan tak mahu meletakkan harapan yang tinggi. Tapi beliau tetap usahakan hingga berjaya.
Dah jadi pun bukan beliau yang hebahkan. Kalau kisah ini tak dikongsikan oleh Nadir, kita pun tak tahu cerita ni. Jauh berbeza dengan 𝗯𝗮𝗱𝘂𝘁 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗰𝗮𝗸𝗮𝗽 𝗯𝗮𝗻𝘆𝗮𝗸 𝘁𝗮𝗽𝗶 𝗵𝗮𝘀𝗶𝗹 𝙩𝙖𝙧𝙖𝙠. Sembang lebih.
Apa yang lebih menarik, Nadir 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻𝗻𝘆𝗮 penyokong PH apatah lagi DS Anwar sendiri. Tapi DS Anwar tak keberatan membantu 𝗮𝘁𝗮𝘀 𝗱𝗮𝘀𝗮𝗿 𝗸𝗲𝗺𝗮𝗻𝘂𝘀𝗶𝗮𝗮𝗻. Ini baru contoh orang beriman. Bukan yang mendoakan 𝗸𝗲𝗵𝗮𝗻𝗰𝘂𝗿𝗮𝗻 𝘀𝗲𝘀𝗮𝗺𝗮 𝗺𝘂𝘀𝗹𝗶𝗺.
Memang ada walaun yang memperkecilkan usaha DS Anwar. Tapi biarlah. Pandangan walaun tak terpakai di akhirat kelak. Memang ada sesetengah golongan yang 𝗔𝗹𝗹𝗮𝗵 𝘀𝗲𝗻𝗴𝗮𝗷𝗮 𝗴𝗲𝗹𝗮𝗽𝗸𝗮𝗻 𝗵𝗮𝘁𝗶 𝗺𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮. Guane boh?
Raja Gelap II
.
Idrus Ibrahim
Di universiti, pensyarah dilantik kerana ilmu. Sepopular mana pun seseorang, kalau jahil, tak akan dapat mengajar di universiti. Syarat sekarang, kena ada PhD.
Di masjid lain pula. Penceramah dijemput kerana popular. Sealim mana pun seseorang, kalau tak popular, masjid tak berapa minat nak jemput. Syarat, kena popular.
Pensyarah mengajar sehari paling kurang dua kelas. Kena semak kertas ilmiah pelajar, buat kajian, tulis dalam jurnal, bentang kertas ilmiah dan macam-macam. Habis kelas makan tengahari, bayar sendiri. Ikan temenung dengan sayur kubis goreng campur ikan bilis.
Masuk kelas, keluar kelas anak murid tak cium tangan pun. Kadang-kadang anak murid tak kenal pun. Berselisih bahu di jalan lagilah, anak murid buat tak kisah saja. Silap haribulan anak murid "maki" sebab tak puas hati dengan pensyarah. Dalam kelas, kalau dahaga, carilah air sendiri. Tak ada sesiapa nak layan.
Penceramah popular datang masjid 5 minit sebelum Maghrib. Lepas solat, kuliah. Buat lawak bodoh sikit, cerita hal peribadi sikit, cerita bab rumah tangga sikit, sebut boddo sekali dua, kuliah pun tamat. Makan malam, penganjur sedia. Kadang-kadang, disantun di restoran ada kelas.
Anak murid cium tangan. Selipar mahal pun anak murid susunkan. Diiring sampai ke pintu kereta dan pintu ditolong bukakan. Kereta dah berjalan, anak murid lambai-lambai lagi.
Dalam kereta, penceramah popular buka sampul atau semak dalam bank secara atas talian. RM1,000 atau RM1,500 dah masuk. Penceramah senyum puas. Penceramah beritahu pemandu Alphadnya, besok pagi jangan lupa, kuliah subuh dan dhuha pula.
Penceramah popular ulang berceramah perkara yang sama. Berkali-kali isu ceramah sama saja, asalkan tempat ceramah berbeza. Datang kuliah lenggang, keluar kuliah terus dapat duit.
Pensyarah universiti, habis kelas belum dapat duit. Kena tunggu hujung bulan. Berapa? Ya, katakan RM10,000 sebulan. Penceramah popular dapat RM1,000 x 2 kali kuliah x 30 hari. Berapa? Ya, RM60,000 sebulan.
Tolak pi tolak mai, katakanlah RM30,000 sebulan. Ngaji tak setara mana, mengajar tak setara mana, dapat sebanyak itu. Pensyarah punya teruk, dapat hanya sepertiga pendapatan penceramah popular.
Pelajar keluar universiti dapat ilmu. Jemaah keluar kuliah penceramah popular dapat apa? Dapat modal maki orang? Dapat akal untuk jadi Khawarij? Dapat modal nak sembang lawak di kedai kopi?
Ya, saya mungkin keterlaluan dalam membuat perbandingan. Tapi itulah realiti meskipun tidak tepat sepenuhnya.
Kita sudah lama "diperbodohkan" oleh penceramah popular. Atau istilah yang lebih kejam, "penceramah cari makan dengan jual agama". Sudah-sudahlah. Carilah pintu keluar untuk masalah ini. Pintu keluarnya sudah banyak terbuka, cuma kita yang masih belum mahu keluar.
Saya bukan pensyarah universiti dan bukan penceramah popular. Saya menulis atas kapasiti sebagai anggota masyarakat yang mahu mengeluarkan masyarakat daripada kebodohan.
Pemuda Pas harus berani untuk menegur kesilapan dan kecuaian
pimpinan mereka agar kenyataan yang bersifat menghina institusi diraja tidak
berulang lagi.
Timbalan Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) Nasional,
Danial Al Rashid Haron berkata Pas juga diingatkan agar tidak bertindak antara
dua darjat atau berat sebelah dalam menangani isu tersebut.
"Sebelum ini, Presiden Pas (Tan Sri Abdul Hadi Awang)
mengeluarkan satu tulisan yang membawa kenyataan hampir serupa yang menghina
sultan sehingga membawa kepada rasa dukacita Sultan Selangor.
"Pemuda Pas seharusnya menyiasat punca di sebalik tindakan ahli-ahli
mereka menghina sultan secara terbuka. Mungkin ada kekurangan dalam pemahaman
terhadap nilai-nilai kebudayaan dan sensitiviti terhadap institusi
monarki," katanya.
Danial yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Tiga berkata
siasatan juga perlu melihat kesan dan implikasi dari kenyataan Presiden Pas
yang mungkin memberi kesan langsung kepada sikap dan tindakan ahli-ahli parti.
"Kesedaran terhadap betapa pentingnya menghormati institusi
monarki harus disemai dari puncanya termasuk dari kalangan pemimpin tertinggi
parti itu sendiri.
"Jangan hanya berani menyeru tindakan kepada ahli biasa,
tetapi menutup mata terhadap kebiadaban pimpinan parti," katanya.
Dalam pada itu, Danial menghargai kenyataan media yang dikeluarkan
oleh Pemuda Pas Johor dan Selangor berhubung tindakan seorang ahli mereka
menghina sultan amat dihargai.
"Penghormatan terhadap institusi monarki adalah asas penting
dalam masyarakat Malaysia. Kenyataan media tersebut menunjukkan kesedaran
terhadap nilai-nilai kebudayaan dan tradisi yang perlu dijaga dalam menjaga
keharmonian sosial.
"Gesaan Pemuda Pas Selangor agar tindakan tatatertib diambil
terhadap individu terbabit juga penting untuk memastikan kredibiliti parti itu
di mata masyarakat awam," katanya.
Sebelum ini tular hantaran seorang ahli Pas Hezry Yasin menerusi
Facebook berhubung keengganannya untuk mengaminkan doa buat Yang di-Pertuan
Agong dan sultan ketika menunaikan solat Jumaat di Johor baru-baru ini.
Bagaimanapun, hantaran itu telah dipadamkan.
Pemuda Pas Selangor dalam kenyataannya semalam menyerahkan kepada
polis untuk menyiasat dan mengambil tindakan lanjut berhubung kenyataan bekas
ahli jawatankuasa sayap parti itu.
"Pemuda Pas Selangor menyerahkan kepada Jawatankuasa Tatatertib
Pas untuk mengambil sebarang tindakan yang wajar sekiranya tindakan Hezry itu
melanggar displin parti," kata Setiausahanya, Aubidullah Fahim.
AGONG YANG WAJIB
DISANJUNG, TITAH JANJI BAGINDA MULA DIKOTA
Politik Semasa
Pada 19 Mac lalu, Yang di-Pertuan Agong Sultan
Ibrahim bertitah, tempoh “bulan madu” baginda akan tamat tidak lama lagi dan
selepas ini, baginda akan memulakan cara pemerintahan yang sebenar.
Baginda bertitah, kurang dari dua minggu lagi,
akan genap dua bulan baginda memegang tampuk pemerintahan negara.
Menurut Sultan Ibrahim, baginda memikul amanah
Raja-Raja Melayu untuk menjaga kepentingan rakyat dan negara.
“Saya bukan patung untuk disembah atau
dijadikan perhiasan dalam majlis atau dipaksa mengikut segala kata dan kehendak
menteri.
“Kurang dari dua minggu lagi, akan genap dua
bulan saya memegang tampuk Ketua Negara.
“Apabila habis tempoh “bulan madu” ini…, saya
akan mulakan cara pemerintahan saya yang sebenar,” titah baginda.
Yang di-Pertuan Agong itu bertitah demikian
pada titah diraja sempena Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan
Pingat Wilayah Persekutuan Tahun 2024 Di Istana Negara.
Sebagai membuktikan titah janji itu, sehingga
ini sekurang-kurangnya dua tindakan telah diambil oleh baginda sebagai
mengotakan apa yang dikata itu benar-benar dikota.
Pada 9 April lalu, dengan kebimbangan percikan
api perkauman bakal bertukar menjadi bahaya lebih besar kepada negara berikutan
isu stoking kalimah Allah yang dijual di KK Mart, baginda dengan segera
memanggil mengadap beberapa pemimpin UMNO dan DAP ke Istana Negara.
Pemimpin yang hadir dalam sesi mengadap itu ialah
Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan; Pengerusi UMNO Melaka, Ab Rauf Yusoh;
Timbalan Setiausaha Agung DAP, Liew Chin Tong dan Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad
Akmal Saleh.
Dalam titahnya, Sultan Ibrahim berharap
pemimpin politik di negara ini tidak ekstrem dalam memberikan pandangan
berkenaan isu-isu agama dan perkauman.
Sebaliknya, titah baginda, pemimpin dari semua
parti mesti menjadi jambatan atau penghubung antara masyarakat majmuk di
Malaysia, dengan memberikan contoh perilaku yang matang.
“Saya ingin menasihati semua pihak untuk
memberi tumpuan untuk mengajak rakyat ke arah perpaduan, bukannya perpecahan.
Saya ingin melihat rakyat bersatu padu dengan harmoni,” titah baginda lagi.
Tindakan baginda itu terbukti telah berjaya
meredakan ketegangan yang mula berkembang dalam masyarakat di mana bebarapa
premis KK Mart sebelum itu mula diserang dengan bom buatan sendiri, meskipun
ramai berpendapat, sepatutnya Perdana Menteri sendiri yang lebih awal berbuat
sesuatu dalam menyejukkan suhu yang mula panas itu.
Apa pun, dengan tindakan Yang di-Pertuan Agong
memanggil mengadap pemimpin-pemimpin UMNO dan DAP itu, sebenarnya itulah cara
pemerintahan sebenar yang disebut baginda sebelum ini akan dilakukannya bila
tempoh “bulan madu” telah tamat.
Semalam pula, 15 April, Sultan Ibrahim
menitahkan pihak yang bertanggungjawab membina kolam selam tempur di Kem
Iskandar, Mersing memberi penjelasan berhubung punca kelewatan pembinaan projek
tersebut.
Baginda yang juga Kolonel Komandan Gerup Gerak
Khas (GGK) bertitah, kolam tersebut yang sepatutnya siap sepenuhnya pada
Disember 2022, tetapi sehingga kini masih lagi dalam pembinaan.
“Malah, semalam saya dimaklumkan lanjutan masa
sebanyak enam kali telah dimohon oleh pihak berkenaan.
“Pada hari ini, saya mendapati papan tanda projek
di tapak pembinaan pula dirobohkan.
“Mengapa ia dirobohkan, saya mahu perkara ini
diperjelaskan oleh Jabatan Kerja Raya Negeri Johor dan Jurutera Daerah
Mersing,” titah baginda kepada Royal Press Office yang dikongsikan di Facebook
rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Kolam selam tempur merupakan fasiliti yang
amat diperlukan oleh anggota 21 GGK bagi meningkatkan kompetensi individu dan
pasukan, khususnya dalam menangani ancaman dari domain maritim.
Fasiliti itu juga dilengkapi dengan pelbagai
kemudahan seperti mock up kapal, entry point bagi kemasukan melalui udara,
serta banyak lagi kemudahan asas sokongan operasi.
Kerihatinan baginda terhadap projek pembinaan
kolam selam tempur ini amatlah disanjung tinggi, bukan saja kerana kelewatannya
menjejaskan latihan pasukan anggota 21 GGK, tetapi juga suatu perbuatan yang
merugikan kewangan negara.
Soalnya, kenapa meskipun setelah enam kali
penangguhan diberikan dan projek masih belum siap juga, pihak yang lebih
bertanggungjawab seperti Kementerian Pertahanan dan Kementerian Kerjaraya hanya
berdiam diri saja dan tidak serius dalam memastikan ia disiapkan?
Bukankah pihak tersebut yang sepatutnya lebih
dulu menunjukkan keprihatinan terjadap projek yang gagal disiapkan itu tanpa
menunggu Yang di-Pertuan Agong perlu bersuara berkenaan dengannya?
Sekali lagi, Sultan Ibrahim dalam hal ini
telah menunjukkan sikap amat terpuji dan benar-benar memperlihatkan cara
pemerintahan sebenar baginda selaku ketua negara.
Dengan apa yang dilakukan baginda ini,
diharapkan pemimpin-pemimpin kerajaan selepas ini akan lebih kerap turun padang
memantau projek-projek yang telah diumumkan, tetapi masih terlewat untuk
disiapkan.
Jika mahu diselidiki, banyak sekali sebenarnya
projek-projek untuk kepentingan awam yang masih belum siap walau telah melebihi
tempoh ditetapkan, bahkan sebahagiannya sudah pun terbengkalai begitu saja.
Jangan sampai mereka akhirnya malu sendiri
melalui cara pemerintahan sebenar oleh Yang di-Pertuan Agong jika baginda terus
menegur satu demi satu projek untuk rakyat yang gagal disiapkan mengikut
jadual.
Begitu pun, pendekatan menunjukkan cara
pemerintahan yang sebenar itu amatlah terpuji dan disanjung tinggi kerana
terbukti baginda benar-benar mengutamakan rakyat serta negara. – ShahbudinHusin
16/04/2024.
0
Ada walaunita yang hina orang makan di 𝗞𝗙𝗖 dan 𝗠𝗰𝗗𝗼𝗻𝗮𝗹𝗱'𝘀 baru-baru ni. Aku diberitahu rupanya walaunita tu model barangan 𝗡𝗶𝘃𝗲𝗮.
Seingat aku, Nivea jelas 𝗺𝗲𝗻𝘆𝗼𝗸𝗼𝗻𝗴 𝗜𝘀𝗿𝗮𝗵𝗲𝗹𝗹. Maka boikot Nivea 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗮𝗳𝗱𝗮𝗹 dari boikot KFC yang dipunyai oleh 𝗝𝗖𝗼𝗿𝗽. Tapi boikot tu 𝗽𝗶𝗹𝗶𝗵𝗮𝗻 𝗺𝗮𝘀𝗶𝗻𝗴-𝗺𝗮𝘀𝗶𝗻𝗴.
Cuma bila kau bising orang makan di KFC tapi sendiri 𝘱𝘳𝘰𝘮𝘰𝘵𝘦 barangan Israhell, itu memang hipokrit. Orang begini lebih sesuai diletak 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗹𝗮 𝗮𝗻𝗷𝗶𝗻𝗴.
Guane boh?
Raja Gelap II
.
Akhirnya mamat yang kata 𝘁𝗮𝗸 𝘁𝗮𝗱𝗮𝗵 𝘁𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 masa doa untuk YDP Agong/Sultan Johor masuk perangkap sendiri bila Pemuda UMNO buat 𝗹𝗮𝗽𝗼𝗿𝗮𝗻 𝗽𝗼𝗹𝗶𝘀 untuk postingnya itu.
Tapi cukup ke laporan polis je? Kalau ikut isu KK Mart, masih tak cukup. Setakat hanya didakwa 𝗺𝗮𝘀𝗶𝗵 𝘁𝗮𝗸 𝗺𝗲𝗺𝗮𝗱𝗮𝗶. Di zaman ini, rakyat kena 𝗮𝗺𝗯𝗶𝗹 𝘁𝗶𝗻𝗱𝗮𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶. Kan?
Khabarnya isteri mamat tu ada buat perniagaan 𝘰𝘯𝘭𝘪𝘯𝘦. Kena ada seruan 𝗯𝗼𝗶𝗸𝗼𝘁 produk isterinya. Walaupun isterinya tak kena mengena. 𝗕𝗮𝗿𝘂 𝗻𝗮𝗺𝗽𝗮𝗸 𝗯𝗲𝗿𝗷𝘂𝗮𝗻𝗴. Guane boh?
Raja Gelap II
Nak tutup malu hidang air 𝗖𝗼𝗰𝗮-𝗰𝗼𝗹𝗮, dikatakan air tu diminta dan diminum oleh bukan Islam yang turut ada di situ. Persoalannya, 𝘀𝗶𝗮𝗽𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗹𝗶?
Matlamat boikot bukan setakat tak minum. 𝗧𝗮𝗽𝗶 𝘁𝗮𝗸 𝗯𝗲𝗹𝗶. Kalau tak minum tapi masih hidang dekat orang lain, maknanya itu 𝗯𝗼𝗶𝗸𝗼𝘁 𝗽𝗮𝗹𝘀𝘂.
Kalau masih lagi beli air tu, untuk hidang kepada orang lain pun, bermakna tak ada kesan kepada syarikat itu. Jadi 𝗯𝗼𝗶𝗸𝗼𝘁 𝘁𝘂 𝘁𝗮𝗸 𝗺𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿𝗶 𝗸𝗲𝘀𝗮𝗻.
Kalau kata yang bukan Islam beli pun, tak ada dakwah ke? Yang bukan Islam kawan PAS tu 𝗺𝗲𝘀𝗿𝗮 𝗜𝘀𝗿𝗮𝗵𝗲𝗹𝗹 ke macamana? PAS tak boleh kawal?
Jadi kalau mereka 𝗻𝗮𝗸 𝗯𝗮𝘄𝗮 𝗮𝗿𝗮𝗸 pun boleh la ek? Sebab yang minum tu orang bukan Islam. Ke macam mana ni? Pening jadinya walaun.
Kalau nak tahu, inilah ertinya peribahasa 𝘮𝘦𝘯𝘦𝘨𝘢𝘬𝘬𝘢𝘯 𝘣𝘦𝘯𝘢𝘯𝘨 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘣𝘢𝘴𝘢𝘩. Dah salah pun masih tak mahu mebgaku. 𝗟𝗮𝗴𝘂 𝗺𝗮𝘂 𝙨𝙥𝙞𝙣.
Agaknya ada tak gambar air manusia 𝗯𝗲𝗿𝗸𝗲𝗽𝗮𝗹𝗮 𝗯𝗮𝗯𝗶 𝗱𝗮𝗻 𝗮𝗻𝗷𝗶𝗻𝗴 minum air 𝗖𝗼𝗸𝗲 lepas ni? Tanya je. Guane boh?
Raja Gelap II
.
Satu ketika Nadir fikir PN adalah kerajaan yang kuat untuk Islam dan boleh membantu Palestine.
Niat Nadir murni, untuk sokong Palestine.
Allah makbulkan doa Nadir dengan memandu keputusan YDPA untuk melantik Anwar Ibrahim dan PHBN sebagai kerajaan.
Ternyata Anwar lah pemimpin yang kuat yang membela Palestine.
Akhirnya Nadir sendiri mengakuinya. Cuma adakah dia sedar ini doanya sendiri.
Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim berkata, ia termasuk potensi dampak ke atas Malaysia dan kedudukan pasaran kewangan.
#MalaysiaMADANI
#JabatanPenerangan
Oleh: Azuan Ab Rahman
Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan
kesyukuran kerana Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir
Al-Nuri Kamaruzaman dapat bersatu semula dengan keluarganya.
"Alhamdulillah, keluarga saudara Nadir berjaya
disatukan," kata Anwar
Kegembiraan itu dikongsikan Anwar dalam hantarannya di Facebook
sebagai membalas hantaran media sosial Muhammad Nadir yang mendedahkan beliau
telah disatukan semula dengan keluarganya susulan satu 'Misi Gila' dilaksana
kerajaan bagi membawa keluar keluarganya dari wilayah bergolak Gaza.
Muhammad Nadir dalam catatan '183 Hari Yang Panjang' menerusi
hantaran di akaun Facebook serta Instragram beliau malam tadi telah mendedahkan
Anwar adalah individu penting yang memainkan peranan utama dalam misi sukar
tersebut.
Beliau turut menyatakan rasa kagum terhadap diplomasi dimainkan
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar sehingga membolehkan misi itu dijalankan
dengan sangat cepat, teratur dan lancar.
Sementara itu Anwar melalui hantaran di laman sosialnya turut
menyatakan penghargaan kepada Presiden Mesir, Abdel Fattah Al Sisi dan Kerajaan
Mesir atas kerjasama yang diberikan, dalam membawa keluarga Muhammad Nadir
Al-Nuri keluar dari kawasan bergolak itu.
Nasrul Hishcamp
Kelantan akan memanfaatkan wang ihsan yang disalurkan oleh kerajaan persekutuan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada minggu lepas untuk membayar emolumen sektor awam negeri seperti yang dinyatakan oleh Kementerian Kewangan.
Menteri Besar Datuk Nassuruddin Daud berkata sekalipun kerajaan negeri ada peruntukan untuk tujuan itu, pemberian wang ihsan tersebut membantu meringankan beban yang ditanggung.
“Saya ucap terima kasih kepada Perdana Menteri (kerana) sentiasa bantu Kelantan, bukan sahaja (dari segi pemberian) wang ihsan tetapi dalam perkara lain juga,” katanya ketika ditemui pemberita di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Menteri Besar Kelantan, di Maahad Tahfiz Kampung Meranti, di sini hari ini.
"Hubungan kita (kerajaan negeri) dan persekutuan baik sejak dari dulu lagi.