1) Dah banyak kali 𝗸𝗶𝘁𝗮 𝗧𝗘𝗚𝗨𝗥 𝗽𝗶𝗵𝗮𝗸 𝗞𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝘁𝗲𝗿𝘂𝘁𝗮𝗺𝗮 𝗠𝗗𝗡 - 𝗠𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗜 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 DS Saifuddin Nasution Ismail supaya bertindak tegas ke atas 𝗣𝗡𝗴𝗵𝗮𝘀𝘂𝘁 𝗣𝗘𝗠𝗘𝗖𝗔𝗛 𝗯𝗲𝗹𝗮𝗵 𝗽𝗲𝗿𝗽𝗮𝗱𝘂𝗮𝗻 yg BUKAN setakat memainkan isu 3R tetapi juga mencerca, maki hamun, menghina dan FITNAH terhadap PMX malah mengajak kpd Pergaduhan kaum dan Kebencian Agama.
2) 𝗥𝗢𝗦𝗔𝗞 𝗳𝗮𝗯𝗿𝗶𝗸 𝘀𝗼𝘀𝗶𝗮𝗹 jika terus dibiarkan puak berfikiran 𝗞𝗛𝗔𝗪𝗔𝗥𝗜𝗝 melaksanakan agenda 𝗣𝗼𝗹𝗶𝘁𝗶𝗸 𝗞𝗲𝗯𝗲𝗻𝗰𝗶𝗮𝗻, 𝗣𝗲𝗿𝗸𝗮𝘂𝗺𝗮𝗻 𝗦𝗲𝗺𝗽𝗶𝘁 𝗱𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗯𝗲𝗻𝗰𝗶𝗮𝗻 𝗔𝗴𝗮𝗺𝗮.
3) MDN kata polis hanya bertindak atas laporan? OK. FAIR. Tapi kita nak faham juga era Reformasi dulu bukan ke kalau kita salah sket je 𝗽𝗼𝗹𝗶𝘀 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶 𝗯𝘂𝗮𝘁 𝗹𝗮𝗽𝗼𝗿𝗮𝗻 𝗮𝘁𝗮𝘀 𝗸𝗶𝘁𝗮? Rasanya Dato' Lokman Noor Adam Official pun pernah kena. Cuba tanya dia. Ini yg perlu diperjelaskan pada Rakyat sebab Rakyat berharap sangat segala kacau bilau terutama di SocMed dapat ditangani dgn 𝗧𝗘𝗚𝗔𝗦, 𝗣𝗔𝗡𝗧𝗔𝗦 𝗱𝗮𝗻 𝗕𝗘𝗥𝗞𝗘𝗦𝗔𝗡 𝗕𝗨𝗞𝗔𝗡 dok tunggu org buat laporan.
4) Saya yakin dan percaya masalah ini jadi macamni setelah PMX dan Kabinet memutuskan utk 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗴𝘂𝗻𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗦𝗲𝗸𝘀𝘆𝗲𝗻 𝟯(𝟭) (𝗰) 𝗵𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮 (𝗳) 𝗔𝗸𝘁𝗮 𝗵𝗮𝘀𝘂𝘁𝗮𝗻 𝟭𝟵𝟰𝟴 (𝗔𝗸𝘁𝗮 𝟭𝟱) ke atas para PNghasut, Pemfitnah, pemaki hamun dan penyebar Fake News yg dianggap "Rakyat". Pada saya 𝗽𝘂𝗮𝗸 𝗞𝗛𝗔𝗪𝗔𝗥𝗜𝗝 𝘁𝘂 𝗪𝗔𝗥𝗚𝗔𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔 𝗧𝗔𝗞 𝗕𝗘𝗥𝗚𝗨𝗡𝗔 yg tak sayangkan Negara dan 𝗞𝗘𝗟𝗨𝗔𝗥 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗞𝗲𝗮𝘁𝗮𝗮𝘁𝗮𝗻 terhadap pemerintah.
5) Cuba baca DUA siri kritikan saya yg PANJANG lebar terhadap Kerajaan MADANI mengenai Akta Hasutan 1948 :
i) 𝗞𝗘𝗥𝗔𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗣𝗔𝗗𝗨𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜 𝗗𝗔𝗡 𝗔𝗞𝗧𝗔 𝗛𝗔𝗦𝗨𝗧𝗔𝗡 𝟭𝟵𝟰𝟴 - 𝗣𝗔𝗥𝗧 𝟭
~ 𝗠𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶 𝗞𝗗𝗡 𝗺𝗲𝗻𝗲𝗴𝗮𝘀𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶𝗮𝗻 𝗞𝗮𝗯𝗶𝗻𝗲𝘁 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝟬𝟴 𝗦𝗲𝗽𝘁𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟯
Link : https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=308174442077156&id=100086538073514&mibextid=Nif5oz
ii) 𝗞𝗘𝗥𝗔𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗣𝗔𝗗𝗨𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜 𝗗𝗔𝗡 𝗔𝗞𝗧𝗔 𝗛𝗔𝗦𝗨𝗧𝗔𝗡 𝟭𝟵𝟰𝟴 - 𝗣𝗔𝗥𝗧 2
~ 𝗜𝗦𝗬𝗔𝗥𝗔𝗧 𝗬𝗚 𝗦𝗔𝗟𝗔𝗛 𝗮𝘁𝗮𝘂 𝗧𝗛𝗘 𝗪𝗥𝗢𝗡𝗚 𝗦𝗜𝗚𝗡𝗔𝗟 𝗱𝗮𝗻 𝗜𝗦𝗨 𝟯𝗥 (𝗥𝗔𝗖𝗘, 𝗥𝗘𝗟𝗜𝗚𝗜𝗢𝗡 & 𝗥𝗢𝗬𝗔𝗟𝗧𝗬)
Link : https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0D9saeKZkt1yUPJNb8Q881bDy3PQW2zD4hZdSMhPhpgrHHP8iba5Hti2gAeX6sEatl&id=100086538073514&mibextid=Nif5oz
6) 𝗦𝗲𝗹𝗲𝗽𝗮𝘀 "𝘀𝗲𝗿𝗶𝗲𝘀 𝗼𝗳 𝗰𝗿𝗶𝘁𝗶𝗰𝘀" nampaknya MenKom ada juga bertindak, beliau arahkan MCMC supaya bertegas dan siasat kaki fitnah dan PNyebar Fake News memburuk-burukkan Kerajaan MADANI. 𝗦𝗬𝗔𝗕𝗔𝗦 𝘂𝘁𝗸 𝗠𝗲𝗻𝗞𝗼𝗺 YB Fahmi Fadzil. Tapi MDN buat apa? Goyang teloq, tunggu laporan???
7) MCMC shj ke yg pantau?? Polis?? Betul kata Tan Sri Rafidah Aziz, kita di 𝗽𝗶𝗵𝗮𝗸 𝗞𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜 𝗸𝗲𝗹𝗶𝗵𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗡𝗢𝗧 𝗶𝗻 𝗖𝗢𝗡𝗧𝗥𝗢𝗟 dan tenggelam dgn segala Fitnah dan hasutan.
Confused. Polis boleh tolong lapor ke tidak ni?? Cuba jelaskan.🤔
- Zus Din
16042024
**********
News link : https://www.malaysiakini.com/news/702548
𝗥𝗮𝗳𝗶𝗱𝗮𝗵 𝘁𝗲𝗴𝘂𝗿 𝗮𝗵𝗹𝗶 𝗽𝗼𝗹𝗶𝘁𝗶𝗸 '𝘁𝗮𝗯𝘂𝗿 𝗽𝗮𝘀𝗶𝗿' 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗽𝗲𝗿𝗶𝘂𝗸 𝗻𝗮𝘀𝗶 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴
Diterbitkan: Apr 16, 2024 9:00 AM
Dikemaskini: 9:00 AM
Malaysia akan mundur jika kerajaan tidak melakukan apa-apa tindakan konkrit dilakukan untuk membendung isu-isu perpecahan yang diwujudkan dan diburukkan lagi atas tujuan politik peribadi, kata Rafidah Aziz.
Kegagalan pihak berkuasa bertindak juga akan memberi gambaran seolah-olah pemimpin Malaysia lemah dan boleh diugut, kata bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri itu.
“Malaysia akan dilihat sebagai sebuah negara tanpa kemudi, dipengaruhi oleh Napoleon kecil yang berfikiran sempit, yang memberi gambaran bahawa mereka seolah-olah menguasai (hold to ransom) pemimpin dalam kerajaan campuran.
“Dunia sedang memerhati kita,” tambahnya dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini.
Rafidah juga berkata tidak dinafikan sebahagian besar rakyat Malaysia berhasrat serta berusaha untuk hidup dalam persekitaran yang aman, muhibah dan harmoni.
“Tetapi, dari semasa ke semasa, didorong oleh ego yang melambung tinggi dan terang-terangan mendabik dada menunjukkan kuasa dan kepentingan yang diandaikan itu, maka ada pihak yang bertindak tanpa mengambil kira akibat negatif, terutamanya perpecahan dalam masyarakat.
"Ia seperti menabur pasir ke dalam periuk nasi orang lain," tambahnya.
‘𝗟𝗮𝘄𝗮𝗻 𝗮𝗽𝗶 𝗹𝗮𝗹𝗮𝗻𝗴’
Justeru, Rafidah berharap kerajaan dan pihak berkuasa berkaitan mengambil langkah tegas untuk menangani tindakan sedemikian.
Dia juga menyifatkan tindakan memecahbelahkan masyarakat ini sebagai batu penghalang kepada perpaduan nasional, yang mengalihkan perhatian dan pembinaan negara kepada usaha "melawan api lalang."
“Kita dan kerajaan tidak boleh terus-menerus tertekan dan terganggu dengan isu-isu tidak perlu yang dicipta ini, dan sengaja disemarakkan oleh orang yang mempunyai objektif politik peribadi mereka sendiri tetapi dengan mengorbankan rakyat dan negara,” tambahnya.
Semalam, Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR Manivanan Gowin mencadangkan 10 prosedur operasi standard (SOP) untuk diguna pakai polis bagi menangani jenayah berkaitan kaum, agama dan raja-raja (3R).
Dia juga berkata polis perlu memulakan siasatan walaupun tiada laporan polis.
Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri Saifudin Nasution Ismail mempertahankan kenyataan polis bahawa 'tiada tindakan jika tiada laporan dibuat'.
Saifuddin menjawab gesaan supaya polis menyiasat Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh kerana didakwa menghasut ucapan perkauman ketika memaparkan gambarnya menghunus (pedang Jepun) "katana" yang dimuat naik di halaman Facebooknya.
Terdahulu, ketua polis negara berkata siasatan tidak boleh dimulakan sekiranya tiada laporan difailkan.
Kenyataannya itu mendapat kritikan daripada beberapa pihak, dengan NGO Lawyers for Liberty menyelarnya sebagai pihak berkuasa melakukan pendakwaan terpilih.