HUH KENA BANTAI KAW KAW


 

THE KEDAH FAILURE


 

TEDIAAA..UPSEREYNAPETEY


 

ADA SEKOQ NI SUKA LAK DAH...


Zuwairi Md Yusof







 Rakyat Malaysia bekalkan 6 SENJATA API dekat Yahudi Zionis ejen Israel?Nasib baik PDRM kita cekap dan dah kutip.Ini level International Assassin weh.Kebetulan pula ada sekor Melayu Isley Cytro PN cabar PMX pergi bazar Ramadan TAKYAH pakai Bodyguard.Lu nak something happen kat PMX ke?Suratan atau kebetulan elok PDRM terus tangkap soal siasat sekali SOLISIDTOR mana tahu dia pun terlibat sebab lain macam ciapan dia itu


Lepas PMX bantai kat Jerman, ejen assassin Israel masuk Malaysia.


Yg tolong supply senjata dah kena kutip.

Yg jadi driver pon dah kena kutip.

Kena kutip kat bazar plak tu.


Yg cabar PMX turun bazar TAKYAH bodyguard bila nak kutip?


Mohon @PDRMsia tahan dan siasat segera SOLISIDTOR



WAJARKAH ORANG BUKAN ISLAM DIPANGGIL KAFIR???



 WAJARKAH ORANG BUKAN ISLAM DIPANGGIL KAFIR??? 






Che Ibrahim


Sebenarnya ulama telah lama bincang tajuk ini, cuma apabila ada puak yang terasa terpaling Islam lebih cenderung kepada politik kebencian dan permusuhan terutama dengan kaum cina yang di segi politiknya lebih memihak kepada Dap, maka berlakulah apa yang sebenarnya tidak wajar di segi Islam. 


Sila baca apa ulama' kata dalam hal ini, tak faham tanya yang reti...



NAK JAGA HATI ORANG KAPIR KE?

 



Marwan Bukhari. 

Isu sebut Kafir atau Bukan Muslim hanyalah isu memilih panggilan bersesuaian dalam kehidupan seharian, tidak timbul langsung sebenarnya isu melarang daripada guna perkataan yang diguna oleh al-Quran. Pihak yang menuduh sedemikian terang-terang sedang memanipulasi isu dan bersungguh-sungguh mahu menuduh lawannya meninggalkan ungkapan al-Quran, padahal Al-Quran sendiri TIDAK HANYA menggunakan perkataan kafir dan sebanding dengannya seperti kafirun dan kuffar setiap kali merujuk kelompok bukan Muslim.


Bahkan, dalam al-Quran, ada ayat-ayat yang memanggil mereka sebagai “wahai ahli kitab” dalam cukup banyak ayat seperti dalam surah Ali ‘Imran: 64, 65, 70, 71, 98 dan 99,  dan surah al-Nisa’: 15, 19, 59, 68 dan 77.


Selain itu, al-Quran juga mengandungi ayat yang berbicara kepada semua termasuk orang kafir dengan memanggil mereka “wahai manusia”. Contohnya dalam surah al-Baqarah: 21, 168 dan 264, dan al-Nisa’: 1, 170 dan 174.


Al-Quran juga memanggil secara umum termasuk bukan Muslim dengan sebutan “wahai anak Adam” sebagaimana dalam surah al-A’raf: 26, 27, 31, 35 dan 172. Di sesetengah ayat, al-Quran merujuk kepada manusia termasuk bukan Muslim sebagai “wahai para hamba-Ku” seperti dalam surah al-Zumar, ayat 53.


Malah, menurut al-‘Allamah Yusuf al-Qaradawi rahimahullah,  al-Quran tidak menyebut perkataan “wahai orang kafir” melainkan dalam dua ayat sahaja iaitu surah al-Tahrim, ayat 7 dan surah al-Kafirun.


Penggunaannya dalam surah al-Tahrim, ayat 7 adalah dalam konteks bicara Allah kepada golongan kafir di akhirat. Manakala perkataan “wahai orang kafir” dalam surah al-Kafirun pula ditujukan kepada golongan musyrik penyembah berhala yang sedang membuat tawaran kepada Rasulullah SAW untuk mereka menyembah berhala satu tahun dan kemudian menyembah Allah pada tahun yang lain.


Surah al-Kafirun mahu menolak tawaran ini dengan gaya bahasa yang tegas dan arahan yang nyata tanpa sebarang kompromi. Lantas, baginda diperintahkan agar berbicara kepada mereka dengan muktamad termasuk dengan mengulang dan mempertegas. Meskipun begitu, surah ini tetap diakhiri dengan ayat yang membuka pintu toleransi kepada bukan Muslim iaitu “Bagi kamu agamamu, bagiku agamaku.” 


Malah, kata al-Qaradawi lagi dalam karangan beliau yang berjudul Khitabuna Al-Islami fi ‘Asr al-‘Awlamah:


“… Termasuk dalam makna berdakwah dengan hikmah dan mau’izah hasanah (pengajaran yang baik) dan berdebat dengan cara terbaik yang menjadi tuntutan kepada orang Islam khususnya pada zaman globalisasi ini adalah untuk tidak berbicara dengan pihak yang berbeza agama dengan kita dengan panggilan nama al-Kuffar (wahai golongan kafir) walaupun sememangnya kita beriktikad dengan kekufuran mereka. Apatah lagi jika pihak yang berbeza dengan kita itu adalah dari kalangan Ahli Kitab.”


Timbul pula dakwaan bahawa tindakan ini bererti menjaga hati orang kafir dan tindakan mengalah kepada mereka. Namun al-‘Allamah al-Qaradawi membantah dakwaan itu dengan menjawab:


“Saya tidak faham mengapa bentuk ucapan yang sopan santun begini dianggap sebagai “mengalah” dari pihak kita? Apa sebenarnya yang kita telah mengalah? Kita tidak sesekali mengalah dari segi iktikad bahawa agama kita adalah agama yang benar dan selainnya adalah batil. Kita juga tidak mengalah dari pegangan kita bahawasanya mereka yang tidak beriman dengan risalah Baginda Nabi Muhammad SAW adalah kafir. Inilah pegangan golongan beragama yang meyakini bahawa agamanya adalah benar, manakala selainnya adalah batil. Tidak sempurna iman seseorang melainkan dengan keyakinan ini.


Namun demikian, berbicara dengan pihak yang berbeza agama dengan kita dengan panggilan yang menyakiti mereka, mencederakan perasaan mereka atau menjauhkan mereka dari agama Allah adalah satu isu yang berbeza. Allah SWT tidak menuntut pun kita untuk berbicara sedemikian, sebaliknya Allah SWT mengarahkan kita dengan arahan yang sepenuhnya berbeza.” (Al-Qaradawi, Yusuf, Khitabuna Al-Islami fi ‘Asr al-‘Awlamah, hlm. 44-45)


Maksudnya, dalam berinteraksi dengan mereka, Allah mengarahkan kita agar berbicara dengan penuh hikmah, pengajaran yang baik dan jika berdebat pula, perdebatan itu berlaku dengan cara terbaik. Malah, panggilan yang baik juga sebenarnya sesuai dengan fitrah kita.


Oleh itu, di tanah air kita, panggilan bukan Muslim sudah digunakan secara meluas, malah kumpulan Islam yang kononnya bertegas dengan isu ini juga menggunakan perkataan “Bukan Muslim” semasa merujuk anggota dan penyokong mereka dalam kalangan bukan Muslim.



PEGAWAI HAL EHWAL KAPIAQ.

 

Bila nak ditukar kepada Pegawai Khas Hal Ehwal KAFIR????





ROH ROH ROH. CEH CEH CEH.

 




Ruh ruh ruh,

Ceh ceh ceh,

Daftar PADU Bro,

Nanti tercicir.


Kadar pendaftaran & pengemaskinian PADU naik mendadak sejak dua hari lepas. 


Setakat 11:59 malam, 29 Mac 2024, lebih 9.8juta rakyat Malaysia berjaya daftar dan kemaskini maklumat mereka di PADU.


Mungkin makin ramai sedar dan risau akan keciciran. 


Belum terlambat lagi untuk daftar. Layari www.padu.gov.my atau pergi ke kaunter PADU berhampiran kawasan anda


#ElakkanKeciciran

#DontGetExcluded

Media salah lapor ni. Tajuk sebenar :-



PRN : Abdul Hadi seru orang kapir jangan takut Pas




JIJIK.


 JIJIK


Rafidah Abdullah


Didalam bulan Ramadan yang mulia ini, ada manusia terus menerus berperangai JIJIK. 


Mereka tuduh orang macam saya tidak boleh melatih pakar. Hanya mereka di institut pengajian tinggi sahaja boleh. Kata kami yang menipu, saya mohon anda lihat cermin siapa PENIPU dan PENGANIAYA yang sebenar. Kawan-kawan saya Universiti tidak ada masalah pun menghantar doktor-doktor MASTERS kepada saya khususnya dan KKM, amnya. Saya JIJIK membaca penulisan yang nama penulis tidak disebut. Baling batu, sorok tangan - PENGECUT. 


Selepas Itu, ada hati nak serang saya, tapi tidak mahu buat sendiri. Uğut orang lain suruh buat. PENGECUT. 


Ingin saya mohon doa dari seluruh rakyat Malaysia, memberi saya dan rakan-rakan seperjuangan kekuatan untuk keadilan dan masa hadapan rakyat Malaysia. Manusia yang dah tua, dah bersara, dekat bersara dan secara jelas ada kepentingan diri - SILA KETEPI.



LITAR LUMBA LEMBU



Najib Bakar. 



 Ni rupa litar lumba Sungai Petani. Depa kata ada lembu sekali. Laaa memang pun litar tu lembu yang nak race. 


Hampa tak tengok ka rancangan realiti TV baru di TVGK (TV Greater Kedah)?


Rancangan Lembu Yang Berusaha (LYB).


Dah masuk episod 5. Hat leading la ni lembu baka Jeneri.



PAS PANGGE BALASUBRAMANIAM KAPIR?

 


 Che Ibrahim




Semasa Dr Balachandran berjumpa puak yang terpaling Islam itu, agak2 apa panggilan mereka kepada Dr Bala??


Dr Bala Al Kafir?... 

Jemput kafir Bala naik ke pentas?? 

Ke lagu mana???



ISU KAFIR.


 Che Ibrahim


 Betul dalam al Quran ada berpuluh puluh Kali Allah sebut golongan tidak beriman sebagai KAFIR, tapi:


1. Adakah Rasulullah saw setiap kali berurusan dengan Non Muslim, Rasulullah saw akan memanggil mereka wahai si kafir???


2. Pernahkah dalam mana mana majlis rasmi, pengunaan perkataan kafir telah digunakan selaras dengan apa yang al Quran sebut??


Contoh : Wahai Si Kafir Dr Bxxx..... Dijemput naik ke pentas untuk menyampaikan ceramah....


Wahai YB xxxxx kafir laknatullah, dijemput utk membahagikan sumbangan hariraya....


YB Kafir.... Minta penjelasan..... 


Dah Quran sebut, takkan kita tak mahu atau tak boleh sebut????



KENAPA?

 

Mohd Farul



Harakah guna bukan muslim

Seekor Hajah yang jahat pemikiran. 





Apabila kita nak noktahkan miskin tegar, bukan bermakna kita nak buang perkataan miskin dalam al-quran.


Bila kita nak hapuskan zina, bukan bermaksud kita nak hapuskan perkataan zina dalam al-Quran. 


Bila kita haramkan anak-anak kita, dalam rumah kita sebut bodoh, celaka, juga bukan bermaksud kita nak lawan al-Quran yang menggunakan perkataan tersebut.


Begitu juga bila Menteri cakap, saya haramkan anak-anak saya sebut kafir dalam rumah. 


Sebelum dia sebut tu, dia kata dia terkejut sebab anak dua cakap tak berkat bekerja dengan orang kafir.


Dalam rumah, adalah hak eksklusif seseorang.  Dia boleh didik cara dia, Bahasa dia, budaya dia.


Kenapa kita nak marah Menteri sebab tak bagi sebut kafir?


Saya dah pernah ulas isu kafir ni.

Link


https://www.facebook.com/share/p/HbVaKzERNZLZyXE2/?mibextid=oFDknk


Satu lagi, perkara yang perlu kita faham,  Malaysia ni terdiri dari negeri Borneo juga. Di Sabah dan Sarawak, mereka guna Injil berbahasa Melayu. 


Kenapa bahasa Melayu? La..kan itu bahasa kebangsaan kita.


Dalam Injil bahasa Melayu, mereka juga menggunakan perkataan kafir. Merujuk bukan beragama Kristian.


Kita kata dia kafir sebab bukan Islam, dia kata kita kafir sebab bukan Kristian. Sebab itu harmoninya kita sebut Non-Muslim atau bukan Islam.


Tak perlu saling kafir mengkafir. Kita faham apa maksud kita, cukup. Bukan wajib pun guna bahasa Arab untuk sebut kafir pada bukan Islam.


Bukan wajib pun panggil orang bodoh, celaka sebab ada perkataan itu dalam al-Quran. 


Kalau tuan-tuan nak didik anak-anak tuan puan silakan. Nak panggil kapior, kapiaq, ikut lah anak anda.


Tapi jangan maki, hina dan label orang lain tali barut kafir kerana mereka enggan ajar anak mereka dengan perkataan tersebut. 


Tuan puan yang belajar agama, mesti belajar istilah waqi'. Kita nak dakwah, nak addeen(cara hidup) kita ikut waqi' tempat tinggal kita.


Kat utara, releks ja panggil orang India bukan Muslim sebagai hindu.


"Hang pi kedai hindu tu beli santan"


Tapi di peringkat nasional, ia tak sesuai dan dianggap menghina. 


Di Melaka, la..Itam budak ni macam anak koling. 


Tapi di peringkat nasional tak sesuai.


Jadi mengapa marah sangat apabila perkataan yang dianggap tak sesuai di peringkat nasional?


Kenapa nak bawak juga budaya setempat kita?


Berpada-pada lah. Bulan Ramadan bulan habis lagi, syaitan belum dilepaskan lagi, tapi kita dah ambil tempat syaitan.


ATADAFA 

(Ambil tahu dan faham)


Muhammad Fairul Al Qasas 

Puncak Alam.


Fadhlina Sidek



SALAH UNDI DAPAT TAHI


Zuwairi Mohd Yusof


 Salah undi dapatlah tahi perkauman dan pelampau PN PAS,BERSATU untuk tempoh 5 tahun lamanya.Anda harus hadap semua ini sampai PRU16 nanti.Gaji pemain2 bola sepak yg asalnya bawah kerajaan PN KEDAH sudah di swastakan kepada KDA FC pun masih tak berbayar gaji bukti PN memang pandai sembang kencang tak reti mentadbir negeri.








Jika pemain2 tidak di bayar gaji ape nasib 24 kakitangan KEDAH AGRO HOLDING BERHAD yg juga tak dapat gaji berbulan lamanya sendiri mahu ingatlah ramai2 di KEDAH.Mulutnya bukan sekadar celupar dan biadap malah panglima PN ini juga suka bocorkan maklumat2 mesyuarat antara kerajaan MADANI melibatkan wakil2 dari semua negeri2 di pentas2 ceramah PN menunjukkan dia memang tidak boleh di percayai barua talibarut Malaysia sebenar.




AKSES KESIHATAN RAKYAT SARAWAK TERUS DITINGKATKAN





KKM sentiasa komited dalam memastikan akses kesihatan yang saksama untuk semua rakyat di seluruh negara termasuk negeri Sarawak. 


Beberapa inisiatif penting telah dan akan dilaksanakan. Perbincangan pembinaan Pusat Kanser Sarawak bersama Kerajaan Negeri sedang giat dijalankan, RM8.7 juta telah dibelanjakan pada 2023 untuk membaik pulih dan menaik taraf 39 buah klinik. Usaha ini akan diteruskan pada 2024 dengan peruntukan RM19 juta untuk 39 buah lagi klinik bagi kerja-kerja yang lebih komprehensif. KKM juga merancang pembinaan Klinik Kesihatan Sungai Asap yang baharu dan komprehensif di bawah RMK-13. Setakat ini, RM450 ribu telah diperuntukkan pada tahun ini bagi menaik taraf kemudahan sedia ada di klinik berkenaan. Dengan pelbagai usaha ini, KKM berharap dapat terus meningkatkan akses kesihatan yang berkualiti kepada rakyat Sarawak.


 #SarawakMajuMakmur #KKM #kesihatanuntuksemua



Orang kata Khawarij kan marah.


Abu Mishkat


 Orang kata Khawarij kan marah. 


Tetapi bila dia label orang liberal @ neo Muktazilah boleh pula. Siap pemimpin pun dituduh liberal dengan makna negatif ciptaannya sendiri. 


Sedangkan masa Pas berkuasa, tidak pula diusahakan untuk DBP hapuskan makna liberal yang baik dalam Kamus Dewan. 


Tidak juga diusahakan untuk hapuskan seruan mengamalkan cara hidup liberal terhadap kepelbagaian dalam Rukun Negara. 


Yelah, masa berkuasa tu Pas sibuk dengan 'kera dan tupai' kan.. 😆


Jihad mu itu jihad umat Pas jer Ust Duan weh. . Umat Islam lain ok dan semakin support kerajaan Madani yang praktikal dalam sebiah negara berbilang kaum dan agama.


LAMA DAH KENA SCAM


 

LAGI LAGI MUHONG...


 

HANG MUHONG 1. BUKA MULUT JA MUHONG


 

HANG MUHONG 2. BUKA MULUT JA MUHONG


 

HANG MUHONG 3..BUKA MULUT JA MUHONG


 

𝗣𝗔𝗗𝗨 : 𝗞𝗘𝗠𝗣𝗘𝗡 𝗞𝗛𝗔𝗪𝗔𝗥𝗜𝗝 𝗚𝗔𝗚𝗔𝗟




Zus Din


𝗞𝗘𝗠𝗣𝗘𝗡 𝗣𝗨𝗔𝗞 𝗞𝗛𝗔𝗪𝗔𝗥𝗜𝗝 𝗦𝗨𝗣𝗔𝗬𝗔 𝗝𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗙𝗧𝗔𝗥 𝗣𝗔𝗗𝗨 𝗧𝗘𝗡𝗬𝗔𝗧𝗔 𝗚𝗔𝗚𝗔𝗟


𝗧𝗲𝗿𝗯𝗮𝗿𝘂 𝘀𝘂𝗱𝗮𝗵 𝟵.𝟮𝟰 𝗷𝘂𝘁𝗮 𝗺𝗲𝗻𝗱𝗮𝗳𝘁𝗮𝗿 𝗱𝗴𝗻 𝗣𝗔𝗗𝗨 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗵𝗮𝗺𝗽𝗶𝗿𝗶 𝘀𝗮𝘀𝗮𝗿𝗮𝗻 𝟭𝟬 𝗷𝘂𝘁𝗮. 



TAK MASUK AKAL NAK BUNUH RAKAN SENEGARA DARI ISREAL KERANA MASALAH KELUARGA, TAPI GUNA ENAM PISTOL DAN 200 PELURU


Pertama sekali diucapkan syabas dan tahniah kepada PDRM kerana berjaya menahan seorang lelaki warga Israel bersama enam pucuk pistol dan 200 peluru di sebuah hotel di Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada Rabu lepas.


Menurut Ketua Polis Negara, Razarudin Husain, suspek berusia 36 tahun itu masuk ke Malaysia dengan menggunakan pasport Perancis.


Katanya, siasatan awal mendapati suspek mendakwa dia datang ke negara ini untuk mencari dan membunuh rakan senegaranya dari Israel kerana masalah keluarga.


“Lelaki berkenaan telah masuk ke negara ini pada 12 Mac lalu melaui Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA).


“Dia duduk di dua, tiga hotel sebelum ini,” katanya.


Razarudin memberitahu, pihak polis telah mendapatkan perintah tahanan reman terhadap suspek bermula 27 Mac lalu hingga 31 Mac depan.


Beliau berkata lagi, suspek telah membeli kesemua senjata dan peluru yang dimilikinya itu dengan menggunakan wang crypto.


Ada beberapa persoalan meragukan berdasarkan siasatan awal polis terhadap penahanan lelaki warga Israel itu.


Pertama, bagaimana lelaki Israel itu begitu mudah dapat membeli sehingga enam pistol dan 200 peluru di negara ini?


Tidak mustahil ada rangkaian lain, mungkin di Israel, yang menghubungkannya dengan pihak yang menjual senjata itu di Malaysia.


Tidak mungkin dia yang baru sampai ke negara ini boleh begitu mudah berurusan untuk membeli senjata dan peluru dengan jumlah sebanyak itu.


Kedua, langsung tidak masuk akal pengakuan lelaki Israel itu bahawa kedatangannya ke negara ini adalah untuk membunuh rakan senegaranya kerana masalah keluarga.


Jika hanya seorang lelaki yang ingin dibunuh kerana masalah keluarga, kenapa perlu membeli sampai enam pistol dan 200 peluru?


Untuk membunuh seorang lelaki biasa, sepucuk pistol dan beberapa butir peluru sudah memadai.


Ketidakmunasabahan ini menyebabkan pengakuan lelaki itu tertolak dengan sendirinya.


Ketiga, tidak munasabah kedatangannya ke negara ini untuk membunuh rakan senegaranya daripada Israel yang dikatakan berada di negara ini.


Persoalannya, mana mungkin warga Israel boleh ada di Malaysia kerana kita tidak mempunyai hubungan diplomatik, malah menguatkuasakan larangan kedatangan warganya ke Malaysia.


Keempat, oleh kerana lelaki Israel itu memiliki enam pistol dan 200 peluru, adalah dipercayai dia mempunyai beberapa rakan kumpulannya yang masih bebas berkeliaran di negara ini.


Dengan dipercayai berkumpulan sebegitu, adalah tidak masuk akal yang ingin dibunuh hanya seorang rakan senegaranya atas masalah keluarga semata-mata.


Beliau dipercayai ada agenda lain yang lebih besar yang hanya menunggu masa untuk melakukannya.


Dalam hal ini, sebagaimana dimaklumkan oleh Razarudin, adalah tepat sekali bila mana pihak polis mengambil pendirian tidak mempercayai pengakuan lelaki Israel itu.


Pihak polis kini akan terus menjalankan siasatan menyeluruh terhadap lelaki Israel itu untuk mengetahui motif kedatangannnya dan tujuannya memiliki sejumlah senjata serta peluru yang dirampas daripadanya.


Serentak dengan itu, pihak polis juga mula mengambil sikap berwaspada tentang keselamatan Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri dan beberapa VVIP yang lain.


Sekali lagi, tahniah serta syabas kepada PDRM dan mengetatkan lagi aspek keselamatan kepada VVIP negara ini, khususnya Perdana Menteri yang diketahui lantang bersuara dalam isu Palestin, adalah langkah paling wajar sekali. – ShahbudinHusin 30/03/2024.


https://shahbudindotcom.net/2024/03/30/tak-masuk-akal-nak-bunuh-rakan-senegara-kerana-masalah-keluarga-dengan-guna-enam-pistol-200-peluru.html



KEPALA BAPAK HANG. KEPALA BAPAK BJKAN MAKI TUAN TUAN. TU PUJIAN.


 

JANGAN MAIN MAIN.KEPALA BAPAK HANG.. . DULU HANG CAKAP LAIN..

 

ABU MISHKAT



Zaman sekarang ni jangan buat main ooo.. 


Komen 10 tahun lalu pun boleh muncul balik 😄



RUU PERLEMBAGAAN 2024





 Ketika membentangkan rang undang-undang itu, Menteri Dalam Negeri, YB Senator Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, sudah tiba masanya setiap kes permohonan kewarganegaraan yang tertunggak lama diselesaikan dengan kadar segera.


#MalaysiaMADANI

#JabatanPenerangan



KITA SAMA TAK DA BONUS RAYA. BERSYUKUR LAH.


Mukhlis Eddie


 Kita sama sama takde bonus raya, bersyukurlah dengan rezeki Allah...





DIAM DIAM NAK SIAP. YANG BISING SATU DUNIA JADI HUTAN BALIK SEMULA.




 Kerja-kerja terakhir keatas Horizon Beranang Circuit kini telah selesai dan ianya bakal dibuka secara rasmi kepada orang awam tidak lama lagi.


Diilhamkan oleh tenaga kerja Horizon Motorsports, litar ini direalisasikan diatas tanah berkeluasan 6 ekar dengan bantuan Majlis Perbandaran Kajang, menempatkan litar sepanjang 1km serta kemudahan sokongan seperti pit, tempat penonton, kafe dan lain-lain.


Apa yang menjadikan Horizon Beranang Circuit istimewa dan berbeza dari litar-litar kecil yang lain adalah dari segi susun atur litar dimana HBC mempunyai 12 pilihan susunan yang boleh disesuaikan mengikut keperluan latihan serta jentera lumba anda.


Pastinya ramai yang tidak sabar untuk menguji litar ini kelak. Sabar ya, min turun ‘test’ dulu. 🫣


Teruskan bersama Two Wheels..!


#TwoWheels #TWmedia #TWinfo #MGPM #TW #HorizonMotorsports #Horizon #HBC #Beranang



PMX MENERIMA KUNJUNGAN MENTERI DARI NEGARA CHINA

 






Lewat petang tadi saya menerima kunjungan hormat TYT Liu Jianchao yang merupakan Menteri Jabatan Antarabangsa Jawatankuasa Pusat, Parti Komunis China (CPC), Republik Rakyat China.


Kami membincang serta menyentuh mengenai acara kenegaraan yang akan berlangsung pada tahun ini yakni kunjungan rasmi Premier Li Qiang bersempena ulangtahun ke 50 tahun hubungan persahabatan Malaysia-Republik Rakyat China sejak termeterainya Kenyataan Bersama (Joint Communique) antara Perdana Menteri Tun Abdul Razak dan Perdana Menteri Zhou Enlai pada 31 Mei 1974. 


Kami juga bersetuju untuk memperkukuh kerjasama ekonomi terutamanya pelaburan dari China, mempertingkat kesalinghubungan, selain terus berpadu dalam lapangan pendidikan dan sektor belia. TYT Liu dan saya bersependapat untuk mempererat hubungan intra-parti dan berkongsi pendirian yang jitu dan kukuh terutamanya dalam konflik kemanusiaan melibatkan Palestin. 


Hubungan Malaysia dan China pasti akan terus diperkukuh demi kesejahteraan rakyat kedua-dua negara sahabat. 


#MalaysiaMADANI



Vodoh dan vangang peniaga bazar ramadan bergaduh pasal tapak.

 


Vodoh dan vangang peniaga bazar ramadan bergaduh pasal tapak. 


***************



Polis telah menahan empat lelaki dan tiga perempuan berhubung pergaduhan di sebuah bazar Ramadan di Petaling Jaya, Selangor.

Polis turut merampas sebuah kerusi plastik dan sebatang fork lock (pengunci kenderaan), menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar@Ismail dalam kenyataan.


"Kesemua suspek yang ditahan telah dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya dan dipohon tahanan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah sehingga 29 Mac (esok).


"Kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan memiliki senjata - senjata maut dalam rusuhan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali," katanya, sambil menambah suspek berusia antara 20-an hingga 40-an.


Menurut Selangor TV, Shahrulnizam berkaa salah faham tercetus antara seorang lelaki yang merupakan peniaga popiah dan seorang perempuan yang menjual air tembikai.


Lelaki itu dikatakan tidak berpuas hati terhadap perempuan itu yang didakwa memasuki tapak perniagaannya.


Lelaki itu kemudian didakwa menyerang perempuan itu dengan batang besi sehingga tercetus kekecohan.


Walaupun kedua-duanya berhasrat untuk menamatkan pergaduhan secara aman, anak kepada lelaki itu kemudian didakwa menyerang seorang ahli keluarga perempuan itu.


Sementara itu, Shahrulnizam berkata berdasarkan rekod lalu, polis mendapati:


Seorang suspek ada satu rekod melibatkan kesalahan dadah

Seorang suspek ada dua rekod melibatkan kesalahan dadah dan satu rekod melibatkan kesalahan jenayah


Seorang suspek ada dua rekod melibatkan kesalahan dadah

Seorang lagi suspek ada tiga rekod melibatkan kesalahan dadah dan satu rekod melibatkan kesalahan jenayah


Shahrulnizam juga meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkenaan kes tersebut untuk menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di talian 03-79662222.



KUKUH KEPALA BAPAK HANGG.. MAI KOT MANA KUKUH.


 

HAAA... WALAUN SUKA AMBIK. CERITA LAMA.


 

Masak laa walaun yang sebar ucapan lama Tuanku di luar konteks untuk mainkan sentimen perkauman.






Kenapa mudah sangat assassin ini membeli 6 pucuk senjata api di KL?



 Kenapa mudah sangat assassin ini membeli 6 pucuk senjata api di KL?


Tahniah pada PDRM kerana cepat bertindak. 


******************

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi jaminan kawalan di seluruh negara termasuk keselamatan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dipertingkatkan.


Jaminan itu diberikan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ekoran penahanan seorang lelaki warga Israel bersama enam senjata api di sebuah hotel di Jalan Ampang, dekat sini pada Rabu.


Beliau berkata, pihak polis akan lebih berwaspada dan mengambil langkah awal meningkatkan kawalan keselamatan terhadap rakyat dan barisan kepimpinan negara.


"Melihat kepada isu Palestin-Israel ketika ini, kita perlu berwaspada dengan tahap keselamatan golongan kenamaan membabitkan Yang di-Pertuan Agong dan Datuk Seri Anwar Ibrahim serta beberapa individu lain.


"Dakwaan suspek bahawa dia datang ke Malaysia untuk membunuh individu dari Israel juga tidak boleh diterima sepenuhnya kerana lelaki terbabit mungkin ada agenda lain," katanya dalam sidang akhbar di Masjid Al-Amin, Markas Briged Tengah, Pasukan Gerakan Am (PGA) Cheras pada Jumaat.


Terdahulu, seorang lelaki warga Israel yang menggunakan pasport negara Perancis untuk masuk ke negara ini ditahan di sebuah hotel di Jalan Ampang, dekat sini pada Rabu.


Pemeriksaan di bilik hotel tersebut menemukan enam pucuk senjata api jenis Glock 19 Marine, Glock 17 Gen 4, Smith and Wesson, Sih Sauer dan Stoeger berserta 200 peluru yang diletakkan di dalam beg miliknya.


Siasatan polis mendapati, kesemua senjata berkenaan dibeli suspek sebaik tiba di negara ini dengan menggunakan mata wang kripto.



TINGGAL KENANGAN

 

Rafizi Ramli




Litar lumba Horizon Beranang Circuit di Selangor sudah siap dan selesai di bina (TERBAIK SELANGOR)


Nak tanyalah Nu C pulak litar lumba air liur yang di jaja seluruh KEDAH tuu dah siap belom..? 

😆😆😆😆😆




TUDIAAAA NOH..


Najib Bakar


 Patutla litar lumba Sungai Petani tak siap, Nusi tukaq pi buat kat Beranang, Selangor rupanya. 


Tahniah la noh, sempoi!



WOIII HANG TAU APA.


 

INI APA PUNYA MB...HANG TERUK..AMBIK APA PUN HANG TAK BUAT..HANG KELENTONG SAJA.


 

SUBSIDI ADALAH UNTUK RAKYAT MALAYSIA. BUKAN UNTUK WARGA ASING. TAK DAFTAR TANGGUNG SENDIRI


 

BAB HARGA MINYAK DAN SUBSIDI


 

LAGI ISU KEDAH


 

SAMBUT RAYA DALAM TANGISAN KO


 

UNTUNG LA



 Ini conton kiraan subsidi sekiranya ia tidak disasarkan. Yang kaya raya dapat manfaat lebih dari yang pergi padang merbuk naik motor.





MB SANUSI. U SHOULD READ THIS.

 


Tulisan Yusrin Adnan


Bekas CFO MBI (zaman ust azizan). Baca sendiri untuk lihat parti so called islam ni. 


====


Sempena keberkatan dan kemuliaan subuh pagi Jumaat, aku mulakan separa CEASEFIRE pada hari ini di FB. 


Tetapi meraikan pendapat yang suruh BOM jugak, kita pakai SMARTBOMB pada hari ni. SMARTBOMB ni dia lebih complicated and more precise. Tidak ada korban yang tak bersalah.


Karya ini ditulis mengikut flow yang mai dalam kepala hotak aku. Kadang-kadang dia mai dalam Bahasa Melayu, sometimes it comes in English. So kepada para UN, hangpa install siap-siap Google Translate.


The failure…. Sat, sat, sat. Jangan bagi UNs pening awai….. 


Kegagalan pembayaran Kedah Agro Holdings Berhad (KAHB) adalah disebabkan ketiadaan support dan projek berdayasaing setelah sekian lama. 


During Tok Det’s time (lantakla UNs, hangpa pakai la Google Translate… flow dok mai dalam English) there is only one Kedah Agro, which is called Kedah Agro Industries Berhad (KAIB). 


The operations at that time was sustainable. 


CEO dapat gaji RM12K, 2 executives in Accounts and Operations respectively were paid RM1,500 each. So overhead tak sampai RM20K sebulan.


Waktu PAS mengambil alih pada 2008, Kedah Agro Group of Companies (KAHB) diwujudkan. 


Pengurusan terdiri dari kroni-kroni Che Had Dali and 5 other subsidiaries were incorporated. 


Anuar Tahir & Wan Kharizal were brought in to lead. I personally object the idea of incorporating many subsidiaries because it will lead to inflated overhead. 


Dato’ Phahrolrazi agreed with me. 


Dato Phahrol was the chairman of the group in his capacity sebagai Exco Pertanian, Kedah. 


But Che Had had the final say as he assured that projects for all subsidiaries were in the pipeline and will generate income within a year.


At that time, MBI was not the MBI in the current structure now. 


MBI, then was administered by the MB’s Office. (Aku tulih English la no? Sun Tzu’s Art of War says to confuse your enemies. So I’m doing just that to UNs). 


MBI in its current form was established on the paper that I presented in the EXCO Meeting in 2008/2009. 


Hence, when MBI was structurally formed, Almarhum Ustaz Azizan as MB awarded logging areas to MBI for capitalization purposes. 


The capital raised was RM16-20 million.  


MBI, then injected RM5.0 million as seed capital to KAHB. 


Monthly overhead increased to approximately RM100K. 


After 6 months, the projects promised by Che Had Dali have yet to materialized. So KAHB has been running without generating revenues for half a year. 


At this point, Anuar Tahir & Wan Kharizal approached me to complain about the high overhead and the demands of a few bosses heading the subsidiaries. Demands included company vehicles, additional staff and other costly items. 


As CFO of MBI, I cannot do anything directly because there is no locus standi. So the onus is on the management of subsidiaries to execute the projects. 


Long story cut short, Anuar Tahir & Wan Kharizal were transferred out of KAHB to another subsidiary of MBI due to differences of opinions (possibly frictions created by the then Political Secretary). 


Another CEO was brought in, Hj Hassan from Terengganu, former top management in Petronas. Very, very capable individual with great vision for KAHB. 


Unfortunately Hj Hassan suffered a heart attack during his short tenure and could not continue to serve KAHB. 


At this time, Zuraini (my wife) left the company due to disagreements with the new CEO, Datuk Shahabuddin, about financial procedures.


It is at this point that financial problems for KAHB start creeping up. 


Financial control were not properly implemented during Datuk Shahabudin’s tenure. Projects were thick and thin but there were no sustainable long term source of income for KAHB. 


When the seed capital of RM5.0 million ran out, MBI were forced to pump in funds to keep KAHB afloat. 


This continued after 2013 when Dato’ Seri Mukhriz Mahathir was MB to Datuk Seri Ahmad Bashah and back to Dato’ Mukhriz. 


Of course CEOs and top managements were changed in line with the political appetite of the day. But KAHB has always relied on MBI for funds. Hence, the problems highlighted in the Auditor’s General Report in 2017.


KAHB is only the tip of the iceberg for problems brewing in Kedah’s GLC. It is rumored that Insaniah Holdings is in the same pickle. 


Not to mention PKB which Sanusi has his schoolmate running the show. PKB is in danger of defaulting bank loans amounting up to RM100 miilion or more. If defaulted, all Kedah’s GLCs will be affected as they cannot undertake anymore loans from financial institutions. 


A fucked up situation for my friend, Sanusi.


KAHB’s reliance on MBI is PROBABLY compromised due to the fact that MBI no longer has the funds to splash. 


A fucked up situation for MBI CEO and my classmate Zafir Annuar. Zafir is a member of Kedah Civil Service (KCS) brought in by Sanusi in a fucked up situation. He is probably Sanusi’s scapegoat. 


If things go south in any matter of administration, he can just blame it on KCS. Has KCS has become Sanusi’s bitches?


Several issues and allegations were thrown at me allegedly of misusing funds. 


I am a graduate of Leonard N. Stern School of Business at New York University double-majoring in Finance & Economic with a minor in Accountancy. If I intended to benefit financially from MBI, I am smart enough to cover my tracks and my ass. But Allah SWT has protected me from such temptations. 


Alhamdulillah. All financial activities as a Special Officer to MB, CFO of MBI, General Manager of Yiked Holdings and CEO of Kedah IT were all properly recorded and documented. Money trails, audit trails, payment vouchers, receipts, invoices and other documents are in MBI’s office now. 


If there is any wrongdoings, please report them to the authorities. Korek la apa hangpa nak korek. InsyaAllah I AM CLEAN.


On the relationship with my ex-father in-law, Almarhum Ustaz Azizan, I have always loved him with all my heart and my actions whether considered positive or negative have always been to protect him from harm. 


During the end of his tenure, his health had enormously deteriorated. His judgments were compromised. 


I personally think his Political Secretary took advantage of that situation. That’s why people perceived my actions as opposing him but instead I was protecting him. 


Alhamdulillah, when I visited him at Hospital Pulau Pinang he apologized to me and we forgave one another several days before his death. May Allah forgive him. Allahumaghfirlahu warhamhu wa’afihi waghfu’anhu.


This writing is for my conscience. I ask not of any judgment from whoever nor do I judge anyone who comments on this.


Kepada rakyat Kedah, mungkin masanya tiba seorang yang mampu memimpin dilantik mengetuai Kedah dan bukannya badut sarkis. 


Prof. Haim Hilman Abdullah, time for you to come into the spotlight, brother. 


Ni la SMARTBOMB aku hari Jumaat ni. Yg kurang SMART or intellectually-challenged will struggle. 


Kelupoq jangan tak kelupoq! 


Adios.


Yusrin



MASA NAIK KATA HARGA DUNIA NAIK, MASA JATUH SALAHKAN PMX. WAKALIAMPUT.

Che Ibrahim


 Betul, wat ni ambo setuju. Ni baru orang panggil otak dah berfungsi, cuma kalu harga getah jatuh semula (minta jauh), maka ketika itu mungkin otak walaun tidak berfungsi semula, sah salah PMX.



TIPU LAH TAK LAKU



Mohd Fairul


 Pemerhatian saya...baik di bazar Ramadan, mahupun di kedai persiapan raya, jualan masih keras.


Tipu bila kata tiada sale langsung.


Jarang sangat pengunjung yang susah payah datang, nak parkir lagi, datang saja-saja.


Kebanyakan akan beli, tak kedai A, kedai B, tak kedai B, kedai C dan seterusnya.


Belajar cara orang cina menjual. Dia tahu pengunjung ada duit. Dia pujuk, dia terangkan, dia tawarkan, dia bagi diskaun, pastu orang beli walaupun barang tu tak ada dalam list.


Selain itu jualan di medsos juga amat tinggi trafik nya. Tiktok, Shopee dll. Boleh tengok syarikat penghantaran. Boleh tanya abang-abang rider.


Cuma...ramai peniaga memilih untuk tidak mengaku yang mereka sedang buat untung.


Sebab apa? Pelbagai sebab. Mintak dikasihani pun ya juga.

BEKAS SCAMMER?


 Ramai yang kesian



Tapi kena ingat yang tok red ni scam duit orang. Masuk mahkamah kes dah pun


Itu saya kata kat Malaysia ni scammer dilindungi. So pandai pandailah jaga duit kita sendiri ya


Buat cerita RM100

Buat cerita anak anak

Buat cerita isteri kiriman tuhan


Terus cair orang kita


Belajarlah sejarah sikit, tak jauh pun sejarah tu tak sampai 10 tahun pun takkan dah lupa


Harap tok red bolehlah satelkan hutang hutang orang tu ya


Sebagai orang Islam, kita jangan membenci tok red ni, bencilah perilaku dia menipu duit orang tu. Cuma janganlah jadi bodoh kena tipu orang yang sama.