DEMI PKR




NAIM JUSRI


Ada apa pada bendera ?

Demi logo di dada, mereka beri

sepenuh jiwa. Kredit total saya berikan

pada mereka. Tanpa penat lelah, mereka

luangkan masa, tenaga, wang demi parti

tercinta ini.

Kerana parti ini parti keramat.

KEADILAN lahir dari perjuangan rakyat.

Sampai sekarang tak pernah berganjak,

masih menjadi pilihan rakyat. Justeru,

pemimpin yang dipilih dan diangkat,

jangan sesekali ingkar mandat yang

diberi oleh rakyat.

KEADILAN untuk semua !

#JohorBangkit

#MajuBersama

#naim4gambir

 

JANJI NAK LANJE P UMRAH PERCUMA-INGAT LAGI TEMBERANG BN ?






 

KJ sindir siapa tu? – Story IG Khairy berbaur sindiran, jadi bualan- Rakyat meluat dah la tu..tak kan tak faham.


“KKM tak percaya, ubat kurus percaya”. Begitulah gambaran yang dapat diterjemahkan melalui status terbaru yang dimuatnaik di Instagram Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, hari ini.

Tangkap layar yang berbaur sindiran dari Instagram Menteri Khairy itu tular di media sosial.

Khairy menerusi Ig story pagi tadi, memuatnaik satu gambar kartun yang membandingkan dua situasi di mana ada individu yang mengatakan sudah mula meragui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), tetapi pada masa sama masih lagi mencari ‘cop KKM’ dalam produk dan ubat-ubatan yang belum tentu selamat.

 Dialog tersebut berbunyi: ‘KKM dajal. KKM tak boleh percaya. KKM menipu’

Kartun sama juga berbunyi: ‘ubat kurus terbaru, ada KKM tak?’ – ‘Mesti lah. Ada KKM baru selamat’.

KJ sindir siapa tu? - Story IG Khairy berbaur sindiran, jadi bualan

Susulan itu, orang ramai mula menyebarkan tangkap layar tersebut.

Ada yang turut menyokong gambar yang dimuatnaik oleh Khairy itu. Mereka mengenang semula situasi tahun lalu apabila rakyat Malaysia mula ‘bising’ kerana lewat dapat tarikh untuk suntikan vaksin.

Bagaimanapun, rata-rata reaksi dari netizen, mereka menganggap perumpamaan Khairy itu tidak sepatutnya begitu kerana membeli ubat kurus adalah pilihan, tetapi tentang pengambilan vaksin, ianya ibarat dipaksa.

Biarpun KKM menutup ruangan komennya di Facebook, netizen beranggapan respon Khairy itu sebagai tanda bahawa beliau sebenarnya baca kesemua komen dan kritikan orang ramai.

“Sindir sambil tengok cermin,” kata pengguna Facebook, Erwan Sahdan.

“Ubat kurus, produk kecantikan, jus minuman, berlambak kat luar tu pun KKM tak boleh banteras. Ada hati sembang,” kata Raini.

WAN AZIZAH BERSAMA CALON DUN KEMPAS






Bersama Puan Napsiah Khamis, calon KEADILAN DUN Kempas. Perhatikan pokok dibelakang sedang berbunga seperti musim sakura!

Cantik kan?

#JohorBangkit

#JohorMemilih

#MajuBermaruah

#Napsiah4Kempas

 

'Saya yakin jentera kita bergerak dengan lebih berstrategi' - Fuziah Salleh




 

Jentera KEADILAN bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan bergerak dengan lebih berstrategi kali ini

Menurut Pengarah Pilihan Raya KEADILAN, Fuziah Salleh, PRN Johor akan berbeza dengan PRN Melaka atau Sarawak dari segi persediaan dan kemantapan jentera.

"Saya telah berjumpa pimpinan dan jentera akar umbi 20 DUN (KEADILAN bertanding) dan saya yakin kali ini kita masuk PRN Johor berbeza dengan kita masuk perang sebelumnya

"Pimpinan sudah pun turun padang. Kita berjaya runding kerusi dan umum calon dengan cepat. Itu beri kita masa susun jentera dan meleraikan masalah akar umbi.

"Pimpinan kita mula memikirkan bagaimana nak selesaikan jentera di bawah. Jentera minta pelbagai bantuan.

"Kita ucap terima kasih dua Kerjaan Negeri Selangor dan Negeri Sembilan beri dukungan. Saya ucap tahniah kepada pimpinan yang turun padang awal," katanya dalam majlis pelancaran jentera pilihan raya KEADILAN, malam tadi.

Katanya lagi, data dan strategi amat penting untuk memastikan kemenangan dan bukan hanya bergantung kepada semangat sahaja."Strategi penting, data juga penting dan akhirnya baru kita mengharapkan keputusan yang baik. Kali ini kita boleh mengharapkan menang dua, tiga, lima dan tidak mustahil kita menang lapan kerusi," katanya.

Selain itu, Fuziah juga menyarankan agar jentera KEADILAN mengetengahkan isu kenaikan harga barang dan membawa penyelesaian sebagaimana dilakukan di Selangor yang berjaya menjual ayam dan telur lebih murah dengan bantuan Kerajaan Negeri.

"Kita lihat mengapa Selangor boleh jual ayam dengan murah, Selangor jual telur dengan murah.

"Kita boleh letak fokus (berkenaan isu), beritahu berapa ramai warga Johor yang terpaksa berpisah dengan keluarga setahun, kerja di Singapura dan tidak boleh balik? Kongsi perasaan ini dengan mereka. Kongsi masalah rakyat, graduan menganggur tidak ada pekerjaan.

"Saya yakin jentera kita bergerak dengan lebih berstrategi. Kami di JPRP akan terus bimbing, akan terus bantu. Saudara saudari perlu terjemahkan kemenangan itu jika kita susun jentera," katanya.

 

 

WAHAI MELAYU- MEREKA NI DAH LAMA BERPECAH- TAK KAN LAH SANGGUP BERPERANG SANA SINI.

 






MOHD AFFENDI ABAS

Adakah anda percaya mereka sebenarnya tidak berpecah? Mereka sebenarnya memang dah lama berpecah kalau tidak masakan mereka sanggup berperang antara satu sama lain!

Antara sebab mengapa mereka bertanding sesama sendiri adalah untuk memecahbelahkan undi pembangkang! Dengan cara ini sahaja mereka dapat kembali berkuasa di peringkat negeri @ persekutuan!

Pakatan Harapan terpaksa menggunakan pelbagai strategi & kaedah untuk memenangi PRN Johor ini demi memastikan Keluarga 69 ini tidak berkuasa lagi di peringkat negeri.

Banyak kerosakan yang dilakukan oleh kerajaan Keluarga 69 ini termasuklah kegagalan mereka dalam mengawal harga barang selain masalah vaksinasi & kes COVID-19 yang gagal dikawal!

Terpulanglah kepada rakyat Johor yang menentukan siapakah yang layak menjadi kerajaan!

Buat lah keputusan yang tepat demi menyelamatkan masa depan negara yang kini semakin parah dibawah pemerintahan kerajaan Keluarga 69 ini!

#PRNJohor

 

'Wujud momentum kebangkitan rakyat, kerja sungguh sungguh pasti menang'







Terdapat arus momentum kebangkitan rakyat di tengah tengah kesukaran hidup dan BN memaksa mereka memilih kerajaan baharu.


Menurut Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Johor, Syed Ibrahim Syed Noh, daripada maklum balas rakyat, KEADILAN Johor mendapati situasi kali ini berbeza dengan pola pengundian di Melaka.


Apatah lagi, katanya, KEADILAN Johor belajar daripada kelemahan di Melaka dan telah membuat persiapan awal.


"Kita di Johor, kita dapat pengalaman (dari Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka), kita buat strategi awal macam mana nak pastikan anggota kita boleh keluarkan 100%, pengundi atas pagar keluar 100%. Ini pengajaran besar. Saya syukur kita buat persiapan awal.


"Kita buat kerja, kita mesti usahakan untuk bertemu pengundi kita sebelum penamaan calon. Kita mesti manfaatkan teknologi maklumat yang ada, gunakan sosial media, buat forum dan sebagainya supaya rakyat dapat lihat dan dengar sendiri hujah yang dibawa oleh pimpinan kita.


"Di Johor kita ada momentum yang baik sekarang. Ini adalah kebangkitan momentum suara rakyat. KEADILAN telah buktikan dengan perkataan dan perbuatan bahawa kita boleh mentadbir dan boleh memenangi kerusi yang ditandingi," katanya dalam majlis pelancaran jentera KEADILAN Johor, malam tadi.


Ahli Parlimen Ledang itu menekankan agar jentera kempen menggunakan sepenuhnya isu harga barang untuk membangkitkan semangat rakyat menolak BN dan PN dalam PRN.


Jelasnya, rakyat Johor rata rata tidak berpuas hati dengan kegagalan kerajaan pusat dan negeri hal mengawal harga barang sehingga rakyat kesempitan.


"Saya jumpa macik di warung. Pergi sarapan diwarungnya, saya tanya macam mana berniaga? Dia kata, dulu modal sehari RM100 sekarnag modal RM300. Jadi saya tanya, kalau macam tu makcik naik harga?


"Jawabnya, saya tak sampai hati naik harga, saya bimbang orang tak datang kedai dan bimbang orang tak mampu beli makanan. Ini realiti berlaku, ini bukan dongeng.


"Kita jumpa ibu tunggal dalam program Back To School, tanya mereka suasana peniddikan. Pendidikan tidak tidak menentu sekejap ke sekolah sekejap on line. Mereka tak pasti masa depan pendidikan anak anak. Ini perkara asas masyarakat.


"Harga telur pula, dulu sepapan RM8 sekarang RM10 - 12. Minyak masak mahal, bawang mahal. Kalau tanya peniaga murtabak, mereka guna telur, minyak masak, mereka kata tak sampai hati naik harga jualan. Katanya, saya kurangkan untung. Masih ada untung. Esok lusa kalau naik lagi, peniaga pun mungkin tak ada untung langsung," ujar Syed Ibrahim sinis.


Dalam ucapan itu juga, beliau tidak lupa mengucapkan penghargaan kepada pimpinan KEADILAN yang telah turun lebih awal bertemu rakyat.


Misalnya Ketua Penerangan, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin yang telah pun bergerak ke 10 DUN, Pengerusi Penasihat KEADILAN Datuk Seri Dr Wan Azizah juga telah turun ke DUN. Begitu juga Presiden KEADILAN.


Dari maklum balas rakyat, katanya, mereka tidak segan silu memberitahu pemimpin KEADILAN mengenai kekecewaan terhadap situasi ekonomi semasa.

 

KAH..KAH..BERTEKAK SESAMA SENDIRI- PADAN MUKA

 

Masa khianat PPBM seronok sangat nk share kuasa dENgAn UMNO ,kononnya demi melayu ,puihhhh!!! sekarang kecoh kena bantai dengan umno kiri kanan , tak sedar diri bersatu ni ,dia lupa disaat dia bersetuju utk kongsi kuasa dgn umno dia lupa bahawa kleptokrat akan berkuasa semula ,yang bodoh tu bersatu sbb khianat mandat rakyat malaysia.

aku tak pernah lupa muka-muka yang khianat mandat rakyat!!ingat rakyat malaysia ,jangan lupa!!!

 



Loh menang permohonan habeas corpus untuk hak jagaan 3 anak

 


Loh menang permohonan habeas corpus untuk hak jagaan 3 anak






KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan permohonan habeas corpus ibu tunggal Loh Siew Hong untuk mendapatkan semula hak penjagaan tiga anaknya.

Hakim Collin Lawrence Sequerah membenarkan permohonan itu selepas mendengar hujahan daripada peguam Loh dan peguam yang mewakili ustazah Nazirah Nanthakumari Abdullah.

“Ia (perintah mahkamah) tidak sepatutnya dilayan secara menghukum,” katanya.

Loh menangis selepas mendengar keputusan itu.

Beliau sebelum ini memfailkan permohonan habeas corpus untuk mendapatkan semula anak perempuan kembarnya berusia 14 tahun dan anak lelaki berusia 10 tahun yang berada bawah jagaan pihak lain.

Tegasnya, beliau mendapat perintah Mahkamah Sivil bahawa beliau mempunyai hak penjagaan dan kawalan ke atas ketiga-tiga anaknya itu.

Loh berkata, dia mendapat tahu bahawa anak-anaknya diletakkan di bawah jagaan Nazirah dan mendakwa Nazirah enggan membenarkannya bertemu dengan mereka.

Terdahulu, peguamnya, A Srimurugan, memberitahu mahkamah bahawa kes berkenaan “menyedihkan” kerana ibu tunggal itu telah dipisahkan daripada anak-anak.

“Ini adalah seorang ibu dalam keadaan tertekan. Buat masa ini, dia tidak boleh mendekati anak-anaknya. Ia adalah layanan tidak berperikemanusiaan,” katanya sambil menunjuk ke arah kanak-kanak terbabit yang hadir di bilik saksi di mahkamah.

Srimurugan menegaskan bahawa kes Loh “tiada kaitan dengan agama”.

“Kami tidak tahu apa motif (individu yang didakwa menahan kanak-kanak itu secara haram),” katanya.

Peguam Aidil Khalid yang mewakili Nazirah berhujah bahawa permohonan habeas corpus Loh yang menamakan ustazah itu sebagai responden bersama bersifat akademik kerana kanak-kanak itu tidak lagi bersamanya.

Beliau berkata, kanak-kanak itu kini berada di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan telah dipersetujui oleh Loh.

“Dalam afidavitnya, dia menyatakan bagaimana dia dapat tahu (keberadaan) kanak-kanak itu. Dia tidak mempunyai hak penjagaan dan kawalan ke atas mereka kerana hanya berjumpa dengan kanak-kanak itu semasa cuti sekolah.

“Apabila bapa hilang, dia (Nazirah) mengambil tanggungjawab menjaga mereka. Mereka tidak boleh mengatakan dia menahan kanak-kanak itu secara haram,” kata Aidil.

Beliau juga bersetuju bahawa kes itu tidak boleh dikaitkan dengan agama.

“Bagaimanapun, saya mahu memperbetulkan keadaan bagi pihak Nazirah. Pemohon mendakwa ada percubaan untuk menukar agama anak-anaknya.”

“Mereka dikatakan telah menukar agama pada Julai 2020 tetapi dia (Loh) mendapat hak penjagaan penuh anak-anaknya pada 2021 dan Nazirah tidak tahu,” katanya.


Suka atau tidak pada Loh bukan persoalan, kata peguam

 

KUALA LUMPUR: Persoalan sama ada tiga anak Loh Siew Hong suka kepadanya tidak harus timbul selepas wanita itu mendapat hak penjagaan pemeliharaan dan kawalan tunggal, kata peguam.

Peguamnya, Shamsher Singh Thind berkata hanya satu isu saja yang timbul dalam kes itu, adakah penahanan ketiga-ketiga anak Loh sah atau sebaliknya.

“Isunya ibu kandung yang diberi hak oleh Mahkamah Tinggi. Beliau diberi hak penjagaan pemeliharaan dan kawalan tunggal.

“Setelah terima perintah, dia masih tak terima hak penjagaan dia. Ada pihak yang tanya kamu suka ibu kamu atau tidak soalan itu tak wujud.

“Hak seorang minor (bawah umur) adalah hak ibu bapa,” katanya pada sidang media di luar Mahkamah Kuala Lumpur.

ANWAR BERTEMU PEMANDU-PEMANDU TEKSI BERTANYA KHABAR DAN ISU

 



Mengadakan pertemuan singkat dengan pemandu-pemandu teksi sejurus tiba di Lapangan Terbang Senai. Mereka menyampaikan beberapa isu yang mesti diberi perhatian segera.

HABIS LA WAK ZAHID-MAHIADIN GUNA NAMA HADI DN AZMIN






Minyak sawit, ugutan India dan pendirian Pas dalam kerajaan




Menjadi kerajaan bukanlah senang. Banyak pertimbangan dari pelbagai sudut perlu dibuat sebelum apa-apa keputusan dibuat dan dilaksanakan.

Sebagai contoh isu berkaitan dengan harga sawit.

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini mempunyai dasar luar negara yang jelas dan lantang dalam memelihara kepentingan umat Islam di seluruh dunia.

Menjadi kerajaan bukanlah senang. Banyak pertimbangan dari pelbagai sudut perlu dibuat sebelum apa-apa keputusan dibuat dan dilaksanakan.

Sebagai contoh isu berkaitan dengan harga sawit.

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini mempunyai dasar luar negara yang jelas dan lantang dalam memelihara kepentingan umat Islam di seluruh dunia.

Ternyata teguran Tun Mahathir ini agak kurang disenangi oleh India hingga dilaporkan memanggil Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke India untuk memberi penjelasan.

Dan ini bukan kali pertama Tun Mahathir memberi kritikan terhadap India. Tun Mahathir sebelum ini juga lantang menyuarakan pandangannya terhadap tindakan kerajaan India di Kashmir.

Ini adalah lantaran tindakan pemerintah India yang telah meluluskan undang-undang menghapuskan autonomi wilayah majoriti Islam di Kashmir.

Pembatalan artikel 370 dalam Perlembagaan India yang memansuhkan hak istimewa Kashmir yang dinikmati Kashmir sebelum ini sangat mengejutkan dunia Islam khususnya.

“Memang kita khuatir kerana kita jual banyak minyak kelapa sawit kepada India. Tetapi kita harus bersikap jujur. Jika ada perkara yang tidak kena, kita harus menyuarakannya.

“Jika kita terus membiarkan perkara yang salah berterusan, dan ia mungkin melibatkan wang, saya rasa jika bukan kita yang melakukan kesalahan, ia akan dibuat oleh pihak yang lain.”

Itu penegasan Tun Mahathir pada sidang media selepas menghadiri Forum Integriti Bank Rakyat 2020, Januari lalu.

Pas India sawit Pakatan Harapan
Pas yang diterajui Hadi Awang sedar atau tidak, masalah diskriminasi agama dialami umat Islam di India?

Menyedari risiko bantahan Malaysia itu terhadap eksport minyak kelapa sawit Malaysia ke India, Mahathir berkata, kerajaan akan cuba mencari jalan penyelesaian bagi memastikan India terus membeli minyak kelapa sawit dari negara ini.

Walau bagaimanapun, Malaysia ketika era PH tetap tegas bersuara mengenai kepentingan umat Islam dan tidak pernah berganjak sedikit pun.

“Kita akan cuba cari jalan penyelesaian. Tetapi faktanya ialah, apa yang berlaku di India hari ini mengakibatkan rasa tidak gembira dalam kalangan rakyat mereka sendiri.

“Malah, seluruh dunia juga merasakan diskriminasi itu tidak patut,” ujar Dr Mahathir lagi.

Ternyata, antara kesannya ialah kejatuhan harga minyak sawit. Orang kampung bising, PH naik harga sawit jatuh.

Sebagai alternatif, Tun Mahathir pada Februari 2020 telah berbincang panjang dengan Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan tentang eksport minyak sawit Malaysia ke Pakistan dalam pertemuan dua hala Malaysia – Pakistan. Ternyata Pakistan bersedia untuk mengimport lebih banyak minyak sawit bertapis dari Malaysia.

“Kami mendapati bahawa India mengugut Malaysia kerana menyokong Kashmir. India mengugut untuk mengurangkan import minyak sawit.

“Pakistan akan berusaha sebaik mungkin untuk menanggung kerugian ini,” kata Imran Khan selepas perjumpaan bersama Tun Mahathir ketika itu.

Tahun 2019, Pakistan mengimport sebanyak 1.1 juta tan minyak sawit Malaysia.

Selepas pertukaran kerajaan, Presiden MCA, Wee Ka Siong segera menggesa kerajaan India mempertimbang semula keputusannya untuk memboikot import minyak sawit dari Malaysia selaras dengan pembentukan kerajaan baharu di Malaysia.

Dalam kenyataan pertamanya selepas Mahiaddin Yassin dilantik sebagai perdana menteri Malaysia kelapan, Wee berkata sebarang salah faham yang lalu dengan kerajaan India perlu diselesaikan.

“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menghantar mesej kepada kerajaan India. Keadaan telah berubah di negara kami.

“India perlu menimbang semula keputusannya untuk memboikot import minyak sawit dari Malaysia,” ujar Wee ketika itu sebagaimana dilaporkan media.

Gesaan Wee ini mendapat sambutan baik dari Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi ketika itu, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.

Sejak hari pertama masuk pejabat, Khairuddin menyatakan bahawa beliau komited untuk membina hubungan Malaysia dengan India, khususnya bagi eksport minyak sawit.

Selepas kejatuhan kerajaan PH, kerajaan Malaysia kembali kepada India semula untuk pasaran minyak sawit ini. Dan harga sawit pada hari ini sudah menunjukkan peningkatan semula.

Soalnya, adakah sekarang Malaysia sudah menarik balik bantahan yang dibuat kerajaan PH sebelum ini terhadap tindakan kontroversi India terhadap kawasan majoriti Muslim Kashmir dan pindaaan undang-undang kerakyatan yang jelas mendiskriminasi umat Islam?

Apa pula sikap kita terhadap saudara Muslim kita di India yang hendak masuk sekolah pun sukar Lebih teruk lagi, para guru turut dilarang memakai menutup aurat.

Pas ada dalam kerajaan? Tak tahulah Pas sedar atau tidak isu ini.

*HISHAM FAUZI merupakan bekas Pegawai Khas Menteri Di JPM (Agama) Dr Mujahid Yusof.



RAMADHAN TIBA- INGAT PESAN INI

Khairul Barieyah 13tgt6pon10o11cfr51l4h917 RAMADHAN DAH TAK LAMA LAGI. ADAKAH TERPAKAI LAGI HUKUM YG SI LEBAI MAN NYATAKAN UNTUK TAHUN INI 1443HIJRAH
😁