'Saya yakin jentera kita bergerak dengan lebih berstrategi' - Fuziah Salleh




 

Jentera KEADILAN bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan bergerak dengan lebih berstrategi kali ini

Menurut Pengarah Pilihan Raya KEADILAN, Fuziah Salleh, PRN Johor akan berbeza dengan PRN Melaka atau Sarawak dari segi persediaan dan kemantapan jentera.

"Saya telah berjumpa pimpinan dan jentera akar umbi 20 DUN (KEADILAN bertanding) dan saya yakin kali ini kita masuk PRN Johor berbeza dengan kita masuk perang sebelumnya

"Pimpinan sudah pun turun padang. Kita berjaya runding kerusi dan umum calon dengan cepat. Itu beri kita masa susun jentera dan meleraikan masalah akar umbi.

"Pimpinan kita mula memikirkan bagaimana nak selesaikan jentera di bawah. Jentera minta pelbagai bantuan.

"Kita ucap terima kasih dua Kerjaan Negeri Selangor dan Negeri Sembilan beri dukungan. Saya ucap tahniah kepada pimpinan yang turun padang awal," katanya dalam majlis pelancaran jentera pilihan raya KEADILAN, malam tadi.

Katanya lagi, data dan strategi amat penting untuk memastikan kemenangan dan bukan hanya bergantung kepada semangat sahaja."Strategi penting, data juga penting dan akhirnya baru kita mengharapkan keputusan yang baik. Kali ini kita boleh mengharapkan menang dua, tiga, lima dan tidak mustahil kita menang lapan kerusi," katanya.

Selain itu, Fuziah juga menyarankan agar jentera KEADILAN mengetengahkan isu kenaikan harga barang dan membawa penyelesaian sebagaimana dilakukan di Selangor yang berjaya menjual ayam dan telur lebih murah dengan bantuan Kerajaan Negeri.

"Kita lihat mengapa Selangor boleh jual ayam dengan murah, Selangor jual telur dengan murah.

"Kita boleh letak fokus (berkenaan isu), beritahu berapa ramai warga Johor yang terpaksa berpisah dengan keluarga setahun, kerja di Singapura dan tidak boleh balik? Kongsi perasaan ini dengan mereka. Kongsi masalah rakyat, graduan menganggur tidak ada pekerjaan.

"Saya yakin jentera kita bergerak dengan lebih berstrategi. Kami di JPRP akan terus bimbing, akan terus bantu. Saudara saudari perlu terjemahkan kemenangan itu jika kita susun jentera," katanya.

 

 

No comments: