PERUTUSAN TAHUN BARU CINA 2022

 PERUTUSAN TAHUN BARU CINA 2022 


Teman-teman kita dari kaum Cina akan meraikan hari besar lagi bermakna yakni Tahun Baru Cina yang akan jatuh pada hari esok tanggal 1 Februari. 


Mengikut tradisi astrologi Cina, tahun ini adalah tahun harimau yang membawa maksud berani, amanah serta pemurah. 


Selalu saya sebut bahawa perayaan-perayaan besar ini adalah kesempatan bagi kita semua untuk belajar dan saling kenal antara satu dengan yang lain. Elemen kerukunan dan toleransi adalah pengikat yang nyata dalam membawa negara ini ke depan. 


Lantaran itu, semangat kekitaan serta kebersamaan antara kaum mesti terus disemarakkan. Jangan lagi kita dibuai dan terperangkap dalam naratif yang memecahbelah kerana yang akan menanggung kesan adalah rakyat, bukan penguasa. 


Sifat amanah juga penting tatkala kita membicarakan soal rasuah dan kebejatan di negara ini hari ini. Mana mungkin negara ini melonjak sekiranya aspek menjunjung tatakelola yang baik masih dipandang enteng? Perangi rasuah bukan dengan slogan dan retorik, tapi mesti dengan sikap dan perbuatan. 


Semoga tahun harimau ini membawa kebaikan serta anjakan baharu kepada negara. Dan semoga ekonomi kita kembali bangkit dan mengaum. 


Mewakili keluarga majmuk KEADILAN, saya ucapkan Selamat Tahun Baru Cina 2022 kepada seluruh masyarakat Cina di Malaysia. 


ANWAR IBRAHIM


#CNY #CNY2022 #tigeryear



KEH..KEH..KEH



 








ANNUAR MUSA TIDAK BANTU ISMAIL SABRI?

 

Menjadi perbualan di kalangan beberapa pemimpin UMNO kebelakangan ini tentang kedudukan Annuar Musa selaku Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta peranannya dalam mempertahankan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob.

Sebagaimana disedari ramai, Ismail Sabri kini dikritik kiri kanan dan depan belakang atas pelbagai isu sejak beliau mengambil alih teraju pentadbiran negara daripada Mahiaddin Md Yasin pada Ogos tahun lalu.

Sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia dengan kawalan terhadap pelbagai saluran komunikasi dan penerangan dalam negara, Annuar sepatutnya menjadi menteri paling ke hadapan dalam mempertahankan Perdana Menteri.

Lagi pun, dirasakan itulah sebab utama beliau dilantik mengetuai portfolio kementeriannya sekarang ini.

Tetapi, ramai yang melihat beliau seperti tidak melakukan peranan tersebut dengan sepenuhnya, kalau ada pun ia cuba dilakukan sekali-sekala saja.

Malah, ada yang berkata, usaha Annuar mempertahan dan membela Mahiaddin sebelum ini lebih terserlah berbanding apa yang dilakukannya kepada Ismail Sabri sekarang, walhal ketika itu beliau adalah Menteri Wilayah Persekutuan yang tiada kaitan sama sekali dengan komunikasi atau penerangan kepada rakyat.

Kenapakah ini berlaku?

Adakah Annuar lebih sayang Mahiaddin berbanding Ismail Sabri?

Seorang pemimpin UMNO daripada utara berkata, Annuar juga seolah-olah tidak ambil peduli dan langsung tidak memberi reaksi jika berlaku sebarang kritikan atau serangan terhadap Ismail Sabri di media sosial.

“Seolah-olah menteri yang mengawal televisyen, radio dan pelbagai saluran media ini mahu rakyat menelan begitu saja semua kritikan terhadap Perdana Menteri,” tambah pemimpin tersebut dengan agak kecewa.

Ketika era Mahiaddin dulu, tambahnya, jika berlaku serangan sebegitu, kita bukan saja boleh melihat ada reaksi balas yang sepadan, baik di media sosial atau media tradisional, malah Annuar sendiri kerap tampil menunjukkan pembelaannya melalui platform media sosial yang dimilikinya.

“Namun sejak era Ismail Sabri, cuba periksa, sudah berapa kali beliau pernah menulis membela dan mempertahankan Perdana Menteri?” soal pemimpin UMNO itu lagi.

Seorang pemimpin UMNO di Wilayah Persekutuan pula berkata, SKMM atau Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia yang berada di bawah kawalan kementerian Annuar malah lebih cepat bertindak jika ada kritikan atau komplen terhadap kementerian atau menterinya sendiri berbanding kalau terdapat kritikan kepada Perdana Menteri.

Di era Mahiaddin, meski berjawatan Menteri Wilayah Persekutuan, selain sangat aktif mempertahankan Perdana Menteri ketika itu, Annuar juga seolah-olah ketua cybertrooper kerajaan di media sosial.

Malangnya dengan jawatannya sekarang, sementara itulah yang sepatutnya beliau letakkan sebagai keutamaan di bahunya, tetapi ia nampaknya langsung tidak berlaku.

Kenapa?

Dan sampai bila Ismail Sabri harus diperlakukan sebegini? – ShahbudinHusin 31/01/2022.



KISAH ANAK WAK DITROLL

 


BELACAN KINI


Anak Zahid balas komen netizen yang belasah gang Zahid yang tarik kolar pakcik dalam lif.

Kata anak Zahid ini safety purpose lelaki itu tidak dibenarkan naik lif bersama-sama Zahid.

Tak sedar diri bapak menyeleweng dan ada kes rasuah lagi mahu cakap safety reason.

Negara ini lagi safe kalau Zahid ke dalam hawau !

 






DAPAT HABUAN GAMAKNYA SAHAM GENTING- YA LAH PAK LEBAI MANA MAU TEGUR DAN WALAUN BUKAN FAHAM BAB -BAB SAHAM NI KAN

 




Adakah ini satu suratan atau kebetulan, selepas luluskan pinjaman RM2.5 B Genting HK tanpa CAGARAN, dia dapat saham GENTING bernilai RM1.7 juta pada masa itu. Boleh ke kita samdarkan harapan Ummah pada mereka yang tidak dapat membezakan antara HALAL & HARAM.


OMAT MAT NOOR






KERAJAAN PERLU BUKA PUSAT UNDI POS DI SINGAPURA


Nampak canggung kenyataan Azmin pasal PKR, PN pun berkecamuk

 

 

ZAFRUL DIKATAKAN CEO CIMB YANG MELULUSKAN PINJAMAN TANPA CAGARAN KEPADA GENTING HONG KONG ??SILA JAWAB...

 

Kamukah Zafrul CEO CIMB yang luluskan pinjaman tanpa cagaran kepada Genting Hong Kong?. Zafrul kata bank boleh luluskan pinjaman tanpa cagaran. Dan dia kata pinjaman tanpa cagaran kepada syarikat Genting Hong Kong yang bankrap itu telah dibuat sebelum wabak COVID-19.

Menurut kenyataan media syarikat Genting Hong Kong pada tahun 2012, pinjaman yang dibuat pada tahun 2012 adalah pinjaman bercagaran (secured loan) untuk tempoh 7 tahun (sehingga tahun 2019).

Kamukah Zafrul CEO CIMB yang luluskan pinjaman tanpa cagaran kepada Genting Hong Kong?

Yang menjadi isu adalah pinjaman tanpa cagaran dan bukannya pinjaman bercagaran di atas. Sebab apabila syarikat ini bankrap, dengan ketiadaan cagaran, amat sukar untuk bank dapatkan semula pinjaman atau pelaburan mereka dari syarikat yang bankrap itu.

Memandangkan pinjaman yang dibuat sehingga tahun 2019 adalah bercagaran, oleh itu, pinjaman tanpa cagaran yang bermasalah dibuat pada atau selepas tahun 2019 lah kan, Zafrul? Masa itu kamu sebagai CEO CIMB yang luluskanlah, kan? Jawablah.

Dari pelacur, gigolo, bohsia dan berudu...🙈

 

NORMAN RADZUAN


Dari pelacur, gigolo, bohsia dan berudu...🙈


BN, PH dan PN...Muhyiddin yg paling gelisah

BENARKAH PENGUNDI BERALIH ARAH?


Saya mengikuti pertemuan pacaran Bersatu dan PAS semalam. Ya pastinya mereka memutudkan utk meneruskan kerjasama walaupun PAS cuba 'curang' utk menjalinkan hubungan dgn UMNO utk PRN Johor.


Situasi PAS ini ibarat sang suami yg sanggup berpisah dgn isteri pertama demi mengejar harta dunia kerana buah hati baru seorang yg berkuasa dan kaya. Kemudian ingin merujuk kembali dgn isteri pertama bila isteri baru sudah tidak berharta lagi. Mantan Isteri pertama menolak kerana mantan suaminya ingin dia bermadu dgn isteri barunya itu😃


Kembali kpd pertemuan kedua pacaran ini... saya melihat suasananya agak sugul. Tuan Ibrahim dan Takiyuddin tidak ceria seperti selalunya. Nak tegur itu Tuan Guru... itu mengikut bacaan bahasa badan yg saya cuba hayati... mungkin benar mungkin tidak.


Saya yakin Muhyiddin, Takiyuddin serta Tuan Ibrahim tahu mereka mungkin tidak mampu mengulangi kejayaan yg lalu. Bersatu ketika itu menumpang populariti kebangkitan rakyat melalui PH.


Bagaimanapun oleh kerana Bersatu mempunyai 8 DUN di Johor... kekuatan akar umbinya tetap ada cuma pengundinya belum pasti. Bagi saya Bersatu kali ini byk bergantung kpd pengundi PAS.


Pun begitu PH jgn over konfiden. Jgn jadi seperti di Melaka kerana bukan sahaja gagal mengambil alih Melaka tetapi  PN memberi kejutan memenangi 2 kerusi dan mengatasi PH di beberapa kawasan DUN. Lebih penting ahli2 PKR yg asyik mahu bergerak solo kena ingat di Melaka dan Sarawak kita mendapat telur ayam.


Jadi bila pemintaan ahli utk menggunakan logo sendiri kalian kena buktikan dgn bekerja keras. Nanti bukan sahaja diketawakan oleh lawan tetapi rakan2 komponen kita di dlm PH.


Apabila wujudnya PN... keyakinan UMNO semakin tinggi. Ini kerana UMNO tahu bila wujudnya PN pengundi mereka tidak tergugat tetapi pengundi PH yg akan tergugat sekurang kurangnya 10%-20% di setiap DUN.


Yg menarik saya nantikan PRN Johor ini ialah ia merupakan pentas cerminan PRU15 nanti. Kita mesti ingat di PRN Johor yg dinanti nantikan ialah keputusan Undi18. Selain itu ialah adakah mood org Melayu benar2 sudah beralih arah atau tidak.


Ini perlu kita ingat, di Melaka PH memainkan isu rasuah Najib, pengkhianatan, korupsi pimpinan kerajaan negeri tidak laku atau langsung tidak memberi kesan kpd org Melayu di Melaka.


Apapun samada BN memenanginya atau tidak... Muhyiddin adalah org yg paling runsing dgn PRN Johor ini. Baru dibubar PAS nak bekerjasama dgn UMNO, baru dibubar dua ADUN sudah tinggalkan Bersatu... apatah lagi jika tewas teruk jgn terkejut jika PAS minta bercerai buat sekalian kalinya dgn dalil2 terbarunya.


Muhyiddin dulu pernah berkata PAS ini parti ajaran sesat tetapi demi kuasa dia tak kisah dgn kata2nya itu. Saya dpt merasakan sebaik tamat PRN Johor PAS bakal meninggalkan Bersatu. Sedangkan Azmin Ali dan Zuraida yg merupakan MPT Bersatu pun dilihat seperti tidak bersungguh2 berjuang utk Bersatu.


Muhyiddin kena ingat Ku Li mengatakan PAS ini pelacur, A Kadir Jasin kata PAS ini gigolo, Khalid Nordin pula berkata PAS ini bohsia dan terbaru Shabery Chik kata PAS ini ibarat berudu. Gambaran betapa teruknya sikap pemimpin2 PAS berpolitik daripada mulut team Muafakat Nasional sendiri.


PAS hanya bernasib baik kerana mempunyai pengikut yg digelar walaun. Jika tidak dgn sikap pemimpin PAS ini sudah lama mereka ditolak jika mengikut lojik dan akal.


Kenapa PH gagal? PH gagal kerana mereka tidak bersatu seperti PRU14. PKR dilihat seperti sendirian manakala Amanah dan Dap dilihat byk mengambil pendekatan yg berbeza walaupun seolah olah segala keputusan diselesaikan di Majlis Presiden.


Persoalan terakhir benarkah pengundi beralih arah. 

Ia banyak berkait rapat dgn animisme dan dinamisme org Melayu dlm berpolitik. Benar berlaku peralihan pengundi tapi dlm sekitar 10%. 


Faktor lain juga menyumbang peratusan mengundi PH merosot seperti dlm PRN Melaka ialah ramai tidak pulang mengundi, PH tidak dibenarkan berkempen secara fizikal dan seperti saya katakan jika PH berjaya minimumkan masalah dalaman parti, kerja satu pasukan yg jitu seperti PRU14 kita byk membantu.


Apapun bukan hanya PH tetapi BN dan PN juga buat julung kalinya tidak berani mendabik dada. Ini kerana masing2 tertanya 175 ribu pengundi 18 ini akan mengundi siapa? Jadi jgn kita hairan masing2 akn byk berkempen isu anak2 muda.


Saya yakin di hati kecil Muhyiddin mesti ada sedikit kekesalan atas apa yg dilakukan. Tidak pernah berlaku dlm sejarah negara pengkhianatan ke atas undi rakyat hanya utk bergelar PM 18 bulan. 


Apa yg dilakukan Muhyiddin menjadi pengajaran sikap tamak membawa kerugian dan menyesal tidak berguna lagi kerana Tuhan telah memberi dia peluang buat kali kedua. Walaupun khabarnya Bersatu ingin mengajak berkolaboratif dgn PH... buat masa ini jangan. Muhyiddin itu mcm Mahathir tak boleh dipercayai.



BOSS LU YANG LULUSKAN CUKAI JUDI,,,MANAKAN TIDAK YAYASAN NOAH DAPAT DARI DUIT GENTING

 

Upernya Najib Rosmah yang luluskan pinjaman cagaran pada company judi,Dah muflis??

Agak-agak nya siapa yang nak bayar tu.


Crdits#NurPencetusKeadilan


OWHHH INI MENANTU ZAHID RFID

BAB SEKOLAH



Hari ni saya taknak bercakap pasal politik. Bosan melihat political stunts dari kedua-dua belah. Ada beberapa rakan FB di sini yang minta saya ulas mengenai sekolah. So sis cuba ya? Here goes...


2. Ada dua isu yang berbangkit mengenai sekolah ni. (1) Isu beg sekolah berat (2) Isu pendidikan agama dalam silibus Sekolah Kebangsaan. 


3. Bagi isu (1) beg berat ni bukannya benda baru. Sejak saya sekolah 30 tahun lalu pun, benda sama jadi isu. Sebagai solusi, negara lain sediakan loker percuma di sekolah. Namun, di sekolah negara kita, kebanyakkannya loker percuma tidak disediakan untuk pelajar. Pelajar perlu menyewa. 


4. Kalau pelajar miskin dan sekolah jauh, perlu bertabah.Tak mampu nak sewa, dikendong la beg berat dari rumah.


5. Namun pada saya, solusi loker untuk beg berat ni dah jadi solusi basi pra-milenial. Di zaman youtube dan podcast ni perlukah lagi pembelajaran sekolah 100% di buat secara manual melalui buku?


6. Zaman Covid ini menyaksikan keperluan pembelaran dibuat secara maya. Anak-anak pun diberi seorang satu gadget untuk masuk kelas. Makanya, lebih afdallah Kementerian Pelajaran mula mengorak langkah ke arah pembelajaran digital. 


7. Ini termasuk buku, silibus dan peperiksaan. Tibalah masa didigitalkan. Buat lebih banyak video ala youtube atau podcast. Ini bukan benda baru. Banyak negara dah pratikkan. Memudahkan anak-anak kita bersekolah kerana sesuai dengan jiwa mereka yang milenial. Sekarang mereka belajar melalui Youtube sahaja. Dan baca buku pun melalui telefon secara digital. 


8. Bukan lah bermaksud kita perlu gantikan cikgu sekolah dengan robot Siri atau Youtube. Kita masih perlukan sentuhan Cikgu dalam membimbing pelajar. Cuma bila bab buku dan periksa, kan boleh saja diguna gadget yang ada.


9. Bab kedua mengenai matapelajaran agama dalam silibus sekolah kebangsaan. Kalau ikut sejarah, ia bermula masa zaman Pak Lah. Bila beliau perkenal konsep Islam Hidhari. Makanya silibus sekolah rendah pun ditukar. Diterapkan lebih banyak matapelajaran agama.


10. Kalau tuan puan tengok matapelajaran budak sekolah rendah sekarang, 30%-40% mata pelajaran agama. Dari Pendidikan Islam, Arab, Jawi, Ulum dan pelbagai lagi. Sebagai perbandingan, Matematik dan Sains masa pembelajarannya kurang 20%. 


11. Pada saya, sebagai solusi, tak payah buang terus matapelajaran agama tu dari silibus pelajar. Cadangan saya, kita perlu panjangkan waktu persekolahan dan adakan dua sesi. Satu sesi pembelajaran formal di waktu pagi. Dan sesi sebelah petang dikhaskan untuk pembelajaran informal: agama dan sahsiah. 


12. Waktu Pendidikan informal tu masuklah semua matapelajaran agama dalam 3 jam. Jam 2 hingga 5 petang. Ini wajib bagi semua pelajar Islam. Bagi pelajar bukan Islam, boleh buat mengikut agama masing-masing. Dalam seminggu buatlah 2-3 hari, pendidikan agama diterapkan. Itu pun dah 15 jam seminggu. Hari lain masukkan pendidikan informal seperti belajar coding, computer, enterprenurship atau skill lain yang bersesuaian mengikut zaman.


13.  Singapura dan Thailand dah masukkan coding sebagai subjek wajib dalam sekolah rendah. Kita masih lagi sibuk dengan retorik mata pelajaran agama.


14. Pada saya, lanjutan masa persekolahan sampai petang ni banyak faedahnya. Satunya kepada ibubapa, tak bebankan mereka nak cari transit. Semua isi rumah, punya masa yang sama di luar rumah. Sekolah atau pejabat waktunya 8-5. Ia memudahkan keluarga mengurus masa. 


15. Satu lagi, ia boleh memperkasa Sekolah Kebangsaan. Kalau Pendidikan formal sebelah pagi hanya tertumpu kepada subjek2 teras: BM, BI, Sains, Matematik, Sejarah dan Ilmu teras lain, maka lebih ramai bukan Melayu yang tertarik untuk masuk Sekolah Kebangsaan. Tak boleh salahkan mereka menjauhi bilamana 40% mata pelajaran adalah relevan dengan agama lain daripada mereka. Kalau terbalik kena tang kita bagaimana? Kena pikirkan jua.


16. Nanti ada lah walaun yang nak komen cadangan ni liberal dan sekular. Sekali lagi saya cakap, bukan kita nak mansuhkan matapelajaran agama, cuma kita asingkan semua Pendidikan Agama kepada sesi belah petang. Lagi senang pelajar fokus, tambah boleh buat amali sekali untuk solat Jemaah Zohor dan Asar. Bukankan lebih afdal?


17. Nanti ada juga yang cakap, ini sama dengan sekolah agama rakyat sebelah petang. Ya, betul, tapi ia sekarang tak wajib dan dibuat oleh Kerajaan Negeri. Saya cadangkan ia diwajibkan Oleh Kerajaan Persekutuan. Buatlah untuk sesi belah petang di Sekolah Kebangsaan supaya mak ayah pun tak perlu dibebankan dengan transit anak. 


18. Nanti ada jugalah yang cakap. Kalau sekolah satu sesi 8-5, jenuhlah Kerajaan nak bina bangunan sekolah untuk tempatkan semua pelajar. Berbanding sekarang yang 2 sesi. Saya katakan pada mereka, bangunan pencakar langit berbilion-bilion pun kita boleh bina. Inikan pula untuk anak2 kita. Isunya nak ke taknak sahaja…


Wallahu a’alam…


Salam hormat,

Liyana Marzuki



Polis perlu siasat Azam Baki, bukan penunjuk perasaan

 


Tindakan berterusan pihak polis memanggil untuk siasatan ke atas peserta demonstrasi #TangkapAzamBaki sejak beberapa hari lalu menimbulkan tanda tanya apakah keutamaan pihak berkuasa di Malaysia.Terbaru Presiden Amanah Mat Sabu dan Ketua Pembangkang juga Presiden PKR Dato Seri Anwar Ibrahim di panggil ke Bukit Aman untuk disiasat.

Menurut Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia, Manivanan Gowin, pihak polis seharusnya menyiasat Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki yang telah pun dibuat beberapa laporan polis ke atas beliau terkait isu pemilikan sejumlah besar saham.

Namun dengan menyiasat penunjuk perasaan melaungan Azam berundur, katanya, hanya akan menyebabkan imej negara menjadi lebih buruk di mata dunia.

"Tindakan sepatutnya perlu dilakukan terhadap Azam Baki bukannya kepada aktivis. Mengapa yang tidak bersalah dalam melakukan rasuah pula disoal siasat, yang mempunyai kes dilindungi? Dalam sejarah Malaysia, ini bukan perkara baru, dah berlaku sejak 20 tahun dahulu.

"Tindakan ini sebenarnya menindas suara rakyat yang mahukan negara bebas rasuah. Sepatutnya pihak polis tangkap individu yang diperkatakan itu. Apa rasional soal siasat mereka (aktivis) ini? Ini tidak bagus untuk negara," katanya.

Tambah Manivanan, Malaysia tidak akan menjadi negara demokrasi maju dalam kalangan negara ASEAN dengan langkah ke belakang dalam kes Azam Baki.

Malah, katanya, pelabur asing juga khuatir untuk menanam modal di negara ini yang dilihat kabur undang undang dan penguatkuasaannya lewat kes Azam Baki.

"Saya rasa ini bukan satu langkah ke depan untuk satu negara yang maju. Negara maju perlu mempertahankan hak mana-mana pihak yang menyuarakan kesilapan ataupun kerakusan pihak yang salahguna kuasa dan rasuah, " katanya lagi.

Sehingga semalam, puluhan aktivis, ahli politik, NGO dan orang perseorangan telah disiasat kerana terlibat dalam tunjuk perasaan pada 22 Januari lalu. Malah sebelum itu beberapa ahli politik juga disiasat kerana menyertai konvoi serahan memorandum di Ibu Pejabat SPRM mendesak Azam Baki meletak jawatan.

 

Iklan AEON perli kelab kereta Honda Civic FC viral di media sosial, bikin netizen terhibur

 Iklan AEON perli kelab kereta Honda Civic FC viral di media sosial, bikin netizen terhibur


Sejak tular rakaman video kelab kereta Honda Civic FC tular di media sosial, nama Lebuh Raya Temiang-Pantai menjadi bualan netizen sehingga hari ini

Walau bagaimanapun, baru-baru ini Facebook AEON Retail Malaysia (AEON) telah memuat naik satu posting ‘menyindir’ kelab kereta Honda Civic FC yang mencetuskan kritikan orang ramai apabila meletakkan kenderaan beramai-ramai di lorong kecemasan Jalan Pintas Temiang pada minggu lalu.

Dalam posting AEON berkenaan, mereka memberikan pesanan ‘sinis’ kepada orang ramai agar meletakkan kereta di ruangan parkir pasar raya itu dalam keadaan yang teratur dan bersivik.

Malah, pasar raya yang mempunyai lebih 60 buah cawangan di negara ini juga turut pada masa sama mempromosikan secara tidak langsung kereta permainan Hot Wheels yang dijual oleh pihak mereka.

Image from AEON Retail Malaysia (Facebook)

“Siapa makan cili dia yang terasa pedasnya” – Netizen

Posting itu telah mendapat pelbagai reaksi pengguna media sosial yang terhibur dengan mesej yang cuba disampaikan oleh AEON menerusi hantaran gambar grafik tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, posting berkenaan sudah pun mendapat lebih 500 likes, 116 comments dan 188 shares di Facebook.

Menurut netizen lagi, mereka memuji pasukan marketing AEON yang up-to-date dengan perkembangan semasa dalam menghasilkan iklan pemasaran yang kreatif dan dapat menarik perhatian orang ramai.

Berikut di bawah antara komen menarik netizen di Facebook:

Pandai ya admin AEON ini bergurau, nasib baik geng-geng kereta Honda Civic tak marah ðŸ˜›

Sanusi nafi DUN Kedah akan dibubar

 


Sanusi nafi DUN Kedah akan dibubar


Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan dakwaan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah akan dibubarkan susulan penarikan sokongan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) terhadap kepimpinannya hanya merupakan khabar angin.

Menurutnya, beliau sebelum ini tidak tahu mengenai perkara ini dan hanya menerima perkhabaran berkenaan daripada pihak media, hari ini.

“Tak adalah (isu tarik sokongan ini), (ia hanyalah) khabar angin sahaja, Alhamdulilah semua okey (di peringkat pentadbiran kerajaan), (sekarang ini pun) ada Datuk Sabrina (ADUN Bandar Baharu) di dalam (program) ini, tiada isu (tarik sokongan) (dalam pentadbiran kerajaan) Negeri Kedah.

“(Kepimpinan di peringkat negeri) aman, (selari dengan nama) Kedah Darul Aman, (lagipun) kita tidak buat benda atau perkara (yang membuatkan) orang (atau rakyat) marah (dan) saya harap (ia berterusan) macam itu.

“(Jadi) janganlah buat benda (yang buat) orang marah, ada apa-apa bincang, runding dan (berjumpa), saya tiada masalah, ‘anytime’ dan ‘anywhere’ dengan ‘anybody’ (kita) boleh jumpa.

“(Orang Kedah) mulut sahaja kasar (tetapi) hati baik, betul kan Datuk Sabrina?, mulut saja kasar dalam hati ada taman..orang Kedah memang cakap macam itu tetapi orang kedah semua baik-baik,” katanya sambil berseloroh.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas majlis menandatangani Memorandum Persafahaman (MoU) antara KXP Airport Holdings dengan POS Aviation dan KLIA College di Wisma Darul Aman, Alor Setar pada Ahad.

Sementara itu ADUN Barisan Nasional (BN) Bandar Baharu, Datuk Norsabrina Mohd Noor ketika ditemui turut menafikan dakwaan bahawa beliau bersama seorang lagi ADUN parti itu akan menarik sokongan terhadap kerajaan negeri Kedah.

Menurutnya, beliau tidak pernah sama sekali membincangkan mengenai perkara itu dengan mana-mana pihak sebaliknya mahu fokus kepada tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat untuk membangunkan Kedah.

“Tidak dibincangkan, tidak diperkatakan dan tidak dipersoalkan (mengenai sokongan terhadap Menteri Besar) sebab dua adun (yang disebut) tu kamilah, (saya dan ADUN Sungai Tiang).,

“Ya (benar) tiada apa-apa (rancangan untuk tarik sokongan) maksudnya (kami) buat kerja macam biasa, hubungan (dengan pentadbiran) macam biasa, kalau tidak (saya) tak hadir (program) hari ni.

“(Sekarang ini masa) fikir pasal Kerajaan Kedah sahaja, apa (perkara) yang boleh majukan Kedah, itu sahaja, (jadi) prestasi jangan cari kontroversi,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial mengenai tangkap layar yang mendakwa dua ADUN UMNO dan dua ADUN Bebas di Kedah akan menarik sokongan terhadap kerajaan negeri sekali gus menyebabkan berlaku pilihan raya negeri.

Semakan yang dibuat di akaun media sosial Facebook terbabit hari ini, tidak menemui status tersebut dipercayai telah dipadamkan sejak petang semalam.

Kerajaan Negeri Kedah pimpinan Sanusi ketika ini memiliki 23 kerusi DUN dengan Pas mempunyai kerusi tertinggi iaitu 15 kerusi diikuti Bersatu (enam) dan BN (dua).

Pakatan Harapan pula memiliki 11 kerusi iaitu PKR (lima), Parti Amanah Negara (empat) dan DAP (dua), sementara dua lagi kerusi dimiliki Parti Pejuang Tanah Air.

TERUS BERSAMA BERSATU ADALAH PILIHAN KALAH BUAT PAS

 

Dalam tujuh resolusi Muzakarah Bersatu – Pas baru-baru ini, selain salah satunya ialah memberi peringatan tentang sokongan bersyarat kepada Ismail Sabri Yaakob, kedua-dua parti itu juga memuktamadkan ketetapan untuk menyertai PRN Johor atas tiket Perikatan Nasional atau PN.

Di samping itu, mereka juga membuat ketetapan untuk terus memperkukuh jalinan kerjasama Pas dan Bersatu sebagai ‘satu pasukan’ sehingga ke peringkat jentera akar umbi.

Ertinya, meskipun Pas kalah semua kerusi yang ditandinginya bersama Bersatu menggunakan logo PN dalam PRN Melaka sebelum ini, mereka seperti tidak mengambil iktibar daripada kekalahan tersebut.

Sebagai parti yang lebih besar daripada Bersatu, Pas sepatutnya berani berfikir dan bertindak di luar kotak demi kelangsungan masa depannya sendiri.

Kalah di Melaka dan memilih terus bersama Bersatu yang semakin mengalami defisit sokongan rakyat, tidak lebih hanya menjanjikan jaminan kekalahan lebih mudah berulang di Johor nanti.

Dengan bertanding atas tiket PN juga, jentera akar umbi Pas lebih mungkin diperguna dan dilasak oleh Bersatu atas nama kebersamaan dan permuafakatan PN.

Walhal, jentera akar umbi daripada Bersatu sendiri boleh dikata tidak mengambil peranan yang sewajarnya, sesuai dengan kedudukannya yang mengetuai gabungan PN.

Dalam konteks Bersatu di Johor, malah di mana-mana saja, jangankan jentera pilihanraya, jumlah ahli dan cawangan di setiap bahagian pun hanya sekadar ada saja bilangannya.

Mengheret Pas bertanding atas tiket PN hanyalah dengan satu tujuan iaitu untuk membolehkan Bersatu menumpang jentera akar umbi di ranting-rantingnya yang jumlah lebih besar serta ramai.

Jalan lebih selesa buat Pas sepatutnya ialah mereka bertanding atas logo sendiri dan bukan lagi atas tiket PN di Johor, terutama selepas keputusan PRN Melaka yang tidak menjanjikan apa-apa harapan atas tiket kebersamaan.

Di samping nama Pas itu sendiri lebih kukuh dan dikenali berbanding jenama PN, keberanian untuk bertanding atas tiket sendiri secara tidak langsung akan membuka ruang jika benar parti itu ingin bersama dengan UMNO di masa-masa akan datang.

Ini tidak, dalam keinginan untuk berbaik dan meminta kerusi daripada UMNO, Pas sebaliknya terus mengukuhkan hubungan dengan Bersatu dan terus bertanding atas tiket BN.

Apabila permintaan untuk mendapatkan kerusi yang munasabah ditolak oleh UMNO, Pas seolah-olah meroyan pula menyalahkan parti itu serta mengungkit pertolongan yang pernah diberikannya sebelum ini.

Lalu, terkeluarlah perumpaan itik patah kaki yang tentu saja membuatkan UMNO jadi sakit hati.

Jika Pas memikirkan survivalnya, ia bukan saja harus bergerak sendiri dan melupakan Bersatu, malah tidak harus sama sekali membawa nama Bersatu dalam sebarang perundingan berbahagi kerusi dengan UMNO.

Di PRN Johor, Pas sepatutnya berani bertanding atas tiket sendiri dan mengambil langkah seperti yang PKR lakukan.

Dengan itu, apa juga keputusan PRN Johor nanti, Pas lebih mudah menetapkan langkah untuk kepentingannya sendiri..

Secara tidak langsung, barulah kemudiannya ruang untuk mereka meneroka kerjasama dan memperbaharui hubungan dengan UMNO akan terbuka dengan sendirinya.

Sebaliknya, pilihan Pas untuk kekal bersama Bersatu dan terus bertanding atas panji-panji PN, bukan saja di Johor, tetapi juga jika terus melakukannya dalam PRU15 akan datang, kekalahan lebih mungkin menjadi destinasi persinggahannya berbanding menikmati kemenangan yang diangan-angankan. – ShahbudinHusin 30/01/2022.


Skandal 1MDB : SPRM serah kertas siasatan terhadap Zeti, Nor Mohamad Yakcop kepada Peguam Negara

 

SPRM dan polis telah menjalankan siasatan terhadap bekas Gabenor Bank Negara Zeti Akhtar Aziz, suaminya Tawfiq Ayman, dan bekas menteri Nor Mohamed Yakcop.

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengemukakan kertas siasatannya mengenai hubung kait bekas Gabenor Bank Negara Zeti Akhtar Aziz dan 1MDB kepada Jabatan Peguam Negara.

FMT dimaklumkan kertas siasatan SPRM itu menyusul siasatan polis ke atas keluarga Zeti sebelum ini berhubung dana yang dikaitkan kepada ahli perniagaan yang diburu polis Low Taek Jho atau Jho Low.

Hasil siasatan Bukit Aman itu diserahkan kepada Peguam Negara bulan lalu.

Sumber memberitahu FMT, kertas siasatan SPRM terhadap bekas Menteri Kewangan ll Nor Mohamad Yakcop mengenai isu sama, juga akan di hantar ke pejabat Peguam Negara.

“(Semua) siasatan terhadap perkara ini akan dihantar kepada Pejabat Peguam Negara untuk diserahkan kepada PDRM kerana PDRM telah menjalankan siasatan terhadap suami Zeti (Tawfiq Ayman),” kata sumber itu.

Menurut sumber itu, polis telah mengambil keterangan Tawfiq pada tahun lepas berhubung “penerimaan wang ke dalam akaun milik beliau di Singapura yang diperoleh hasil daripada terbitan (bon) RM5 bilion oleh Ambank pada tahun 2009.”

“Siasatan SPRM memberi tumpuan kepada pemulangan aset yang mana setakat ini telah berjaya memperoleh sebanyak AS$15.4 juta membabitkan akaun Cutting Edge Industries Ltd milik Tawfiq,” katanya.

Mac lalu, polis dilaporkan menyiasat Tawfiq berhubung dana kaitan 1MDB yang didakwa di salurkan ke sebuah akaun bank miliknya di Singapura.

Sebelum itu, polis Singapura dilaporkan memaklumkan Bank Negara mengenai transaksi mencurigakan pada tahun 2015 dan 2016 melibatkan syarikat milik suami Zeti dan anaknya. Transkasi itu membabitkan dana daripada akaun yang dikaitkan kepada Jho Low.

Ketika itu, Zeti adalah gabenor Bank Negara.

Minggu lalu, Zeti dan Mohamed dilaporkan disiasat oleh SPRM. Menurut Utusan Malaysia, siasatan itu dijalankan di bawah Akta SPRM 2009 dan Akta Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001.

(VIDEO) Ribut, puting beliung badai Ipoh, ratusan kediaman rosak

 

VIDEO-VIDEO  YANG DIKIRIM KEPADA WRLR OLEH PENDUDUK IPOH










Taman Tasek Damai dan Kampung Tawas di Ipoh terjejas selepas dilanda ribut teruk lewat petang tadi. (Gambar Facebook Bomba)

IPOH: Ratusan rumah mengalami kerosakan akibat angin ribut dan puting beliung di beberapa kawasan termasuk sekitar Kampung Tawas dan Taman Tasek Damai di sini, petang tadi.

Kejadian itu menyebabkan rata-rata penduduk di Kampung Tawas yang kebanyakannya didiami masyarakat Cina menzahirkan rasa sedih kerana bakal menyambut tahun baharu, hanya dua hari lagi.

Menurut seorang mangsa Teoh Boh Chee, 60-an, beliau terkejut apabila tiba-tiba terdengar bunyi angin kuat pada kira-kira pukul 6 petang.

“Saya sedang memasak ketika itu dan melihat sendiri bumbung rumah tercabut lalu diterbangkan angin.

“Saya tidak tahu apa perlu dilakukan kerana Tahun Baharu Cina hanya dua hari lagi…bagaimana kami hendak menyambutnya dalam keadaan begini,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian.

Sementara itu, seorang peniaga Yong Chee Fong, 35, berkata beliau bersyukur kerana 10 pelanggan dan beberapa orang pekerja yang berada di kedai makannya terselamat daripada kejadian bumbung runtuh akibat kejadian ribut berkenaan.

(Gambar Facebook Bomba)

“Sudah 10 tahun saya berniaga makanan di sini, tetapi ini pertama kali terjadi ribut yang teruk dan banyak peralatan di kedai rosak,” katanya.

Seorang lagi penduduk, Mita Devi, 36, berkata dia melihat sendiri kejadian ‘puting beliung’ yang berlaku kira-kira 20 minit dan menerbangkan atap rumah.

“Saya hanya mampu berdoa agar kami sekeluarga terselamat dan syukurlah rumah kami tidak mengalami kerosakan terlalu teruk,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Ipoh Barat M Kulasegaran ketika melawat lokasi kejadian berkata semua mangsa terlibat diminta membuat laporan polis bagi memudahkan proses penyaluran bantuan kewangan daripada pejabatnya dan kerajaan negeri.

“Kita anggarkan ratusan rumah yang terlibat di dua kawasan ini, jadi diharapkan mangsa buat laporan polis segera supaya memperoleh bantuan,” katanya.

Dalam pada itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada kira-kira pukul 6.40 petang dan segera mengerahkan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh ke lokasi terlibat.

Beliau berkata, bencana itu turut menyebabkan beberapa insiden pokok tumbang dan kerosakan rumah penduduk namun tiada kecederaan mahupun kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.