Undi tolak belanjawan, bukannya berkecuali, Kadir beritahu Ku Li

PETALING JAYA: Wartawan veteran, A Kadir Jasin menggesa Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah hadir mengundi bagi menolak Belanjawan 2021 pada bacaan ketiga yang dijangka berlangsung hari ini, bukannya bertindak berkecuali atau tidak menghadiri sidang Dewan Rakyat.
Katanya, beliau menghormati prinsip Razaleigh yang juga dikenali sebagai Ku Li.
“Tapi kalau Ku Li tak hadir Parlimen, Muhyiddin selamat satu undi menentang.
“Elok Ku Li hadir dan undi tolak belanjawan kerajaan yang tak sah itu.
“Prinsip tanpa tindakan tidak akan meninggalkan apa-apa kesan,” tulisnya di Facebook.
Semalam, Ku Li dan bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad mengadakan sidang media bersama dan memberi bayangan kerajaan Perikatan Nasional boleh tumbang pada undian akhir Belanjawan 2021.
Dua pemimpin veteran itu menggesa semua Ahli Parlimen mengetepikan fahaman politik parti masing-masing dalam undian akhir itu.
Ku Li dilaporkan berkata, beliau tidak akan mengundi untuk meluluskan belanjawan itu, tetapi beliau tidak menjelaskan jika beliau akan mengundi menolak atau bertindak berkecuali.
INI SEMUA SERAMPANG EMPAT MATA MAHATHIR - HALANG ANWAR, SEKAT KU LI, BENAM NAJIB DAN KEKALKAN MUHYIDDIN
Bersama Tengku Razaleigh Hamzah, bekas musuh politiknya, Tun Mahathir Mohamad semalam mengadakan sidang media untuk menawarkan diri mereka menerajui negara dengan matlamat menjadikan Malaysia kembali sebagai “Harimau Asia”.
Mereka juga sedia memberi khidmat secara percuma dan tidak mengharapkan sebarang gaji kerana bermatlamat hanya ingin menyelamatkan negara dan menolong rakyat melalui pengalaman yang dimiliki sebelum ini.
Meskipun tidak memperincikan bagaimana mereka boleh mengambil alih kerajaan dan menerajui negara, tetapi adalah difahami bahawa ia tentulah bersandarkan keyakinan mereka Belanjawan 2021 berkemungkinan akan ditolak dalam bacaan kali ketiga yang pengundiannya akan dilakukan hari ini.
Jika belanjawan gagal melepasi undi majoriti, bermakna kerajaan PN pimpinan Muhyiddin Yassin dikira tumbang dengan sendirinya.
Untuk menolak belanjawan, Tun Mahathir dan Ku Li menyeru semua 220 Ahli Parlimen membuat undian tanpa memikirkan kepentingan parti dan kedudukan masing-masing.
Sebaliknya, mereka menggesa semua Ahli Parlimen membuat keputusan demi kebaikan rakyat yang menerima impak negatif selepas pandemik Covid-19 melanda negara.
Dengan mengadakan sidang media dan menawarkan diri untuk mengembalikan kegemilangan negara, adalah jelas bahawa Tun Mahathir ingin menjadi Perdana Menteri sekali lagi.
Bermakna, setelah dua kali menjadi Perdana Menteri dan dua kali juga meletakkan jawatan, beliau yang kini berusia 95 tahun masih belum puas meneroka nikmat dunia yang cuma sementara ini.
Tetapi, jika diperhalusi, tindakan Tun Mahathir tampil bersama Ku Li semalam adalah tindakan politik yang mempunyai niat serampang empat mata.
Di sebalik menyatakan kerajaan sekarang tidak ada strategi untuk membawa dasar bagi membela rakyat, tetapi hanya terlibat dengan politik untuk kepentingan diri sendiri semata-mata, penampilannya bersama Ku Li itu sendiri sebenarnya sarat dengan maksud politik.
Pertama, mengadakan sidang media secara bersama Ku Li menjelang kemungkinan kerajaan tumbang kerana Belanjawan 2021 ditolak untuk bacaan kali ketiga, Tun Mahathir telah berjaya mendahului Pengerusi PH dan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim untuk mempromosi dan menonjolkan dirinya sendiri sebagai calon Perdana Menteri.
Bersekali dengan PH yang juga mengeluarkan kenyataan media menolak pengundian belanjawan, kemungkinan Muhyiddin tidak dapat mengekalkan kedudukannya adalah tinggi.
Selain Ku Li yang secara terbuka menyatakan tidak akan mengundi, Presiden Pas, Hadi Awang juga tidak ada di Parlimen hari ini kerana berada di Perak mengadap Sultan Nazrin.
Ini bermakna, sementara Muhyiddin lebih mungkin tidak cukup undi dan dijatuhkan Anwar yang disokong PH pula turut berdepan kekurangan sokongan untuk dilantik sebagai Perdana Menteri.
Selain Ahli Parlimen Pejuang yang bersama Tun Mahathir, Ku Li sendiri, blok Warisan dan barangkali segelintir daripada DAP, Amanah serta UMNO yang tidak memberi sokongan kepada Anwar, mereka yang berkenaan mungkin lebih memihak kepada Tun Mahathir sendiri.
Daripada satu segi, menonjolkan dirinya awal itu Tun Mahathir telah berjaya mengganggu kelancaran Anwar menjadi Perdana Menteri yang diberitakan mendapat sokongan daripada beberapa Ahli Parlimen UMNO.
Perlu diingat, setiap kali ada ura-ura Anwar mahu mengambil alih kuasa, setiap kali itu jugalah Tun Mahathir akan muncul dengan pelbagai idea untuk menghalangnya.
Kedua, mengadakan sidang media bersama Ku Li semalam juga bermakna Tun Mahathir mahu menghalang kemaraan politik Ahli Parlimen Gua Musang itu sendiri.
Jika ditakdirkan berjaya memperolehi sokongan, sudah pastilah yang akan menjadi Perdana Menteri selepas ini adalah Tun Mahathir dan bukannya Ku Li.
Apatah lagi dengan ghairah menonjolkan pengalamannya selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri sebelum ini dan kejayaannya membawa negara menjadi “Harimau Asia”, Tun Mahathir seolah-olah mahu memberitahu beliaulah bakal Perdana Menteri buat kali ketiga, manakala Ku Li adalah calon Timbalan Perdana Menteri.
Selepas berjaya memegang kuasa, bolehkah dipercayai beliau akan memberi laluan mudah kepada Ku Li menjadi penggantinya?
Selepas berjaya menewaskan Ku Li pada pemilihan 1987 lalu dan kemudian menyekat kemasukan belas Menteri Kewangan itu ke dalam UMNO untuk sekian lama, Tun Mahathir jelas sekali lagi mahu melakukan sekatan terhadap bekas musuh politiknya itu.
Ketiga, dengan kemungkinan belanjawan ditolak dan Muhyiddin dijatuhkan, Tun Mahathir yang sedar kedudukan dirinya yang dibenci serta tidak disukai oleh pelbagai kelompok Ahli Parlimen, tetapi masih mahu kembali sebagai Perdana Menteri, ia mungkin memberi laluan lebih mudah bagi pengundian kali ketiga diluluskan.
Tidak mustahil ada Ahli Parlimen yang berpendirian daripada Muhyiddin dijatuhkan dan mungkin Tun Mahathir kembali sebagai Perdana Menteri, lebih baiklah dikekalkan saja Presiden Bersatu di kerusinya sekarang.
Dengan pengundian akan diluluskan untuk Muhyiddin aka terus dikekalkan menerajui negara ini.
Walaupun dengan itu Muhyiddin akan terus menjadi Perdana Menteri, ia bukan masalah besar bagi Tun Mahathir.
Masalah besar bagi Tun Mahathir hanyalah jika Anwar atau Ku Li, dua pemimpin yang pernah menjadi musuh politiknya dapat menjadi Perdana Menteri ketika beliau masih lagi bernyawa.
Keempat, dengan berjaya menjadikan Munyiddin terus kekal berkuasa dan Anwar serta Ku Li disekat kemaraannya, Tun Mahathir juga berjaya menyekat seorang lagi musuhnya, Najib Razak daripada bernafas semula dalam politik selepas ini.
Bagi Tun Mahathir, meskipun beliau tidak berjaya berkuasa semula buat kali ketiga ini, kejayaan dapat menyekat kemaraan semua musuh-musuh politiknya itu adalah suatu kepuasan tak terhingga buat dirinya.
(Shahbudindotcom 15/12/2020)
DAH LEPAS JAWATAN NAK AJAK LAGI SEBAB NAK JADI PM
MAN TOBA
Punya panjang bebel dalam PC, boleh disimpulkan Tun bersama Tengku Razaleigh umumkan 2 perkara :-
BODOH ITU PERCUMA" PESANAN UNTUK HARAKAH DAN PAS
Bob Kelanang
Semalam jurucakap Istana Perak, Datuk Seri Mohd Annuar Zaini menasihatkan Harakahdaily agar belajar lebih beradab dan menjunjung adat Negeri Beraja – Rakyat Bersultan.
Ini susulan tindakan portal milik Pas itu tidak menghormati Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dalam penyiaran gambar di portal tersebut.
Portal itu telah memuatnaik gambar Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria setanding dengan Sultan Nazrin.
Tegas Annuar Zaini, jangan sampai disama tarafkan kedudukan seorang Adun dengan darjat seorang Raja Pemerintah.
“Nasihat saya kepada Ketua Pengarang HARAKAH DAILY, belajarlah lebih beradab dalam menjunjung adat NEGERI BERAJA – RAKYAT BERSULTAN.
“Bila meletakkan gambar; jangan sampai disama tarafkan kedudukan seorang ADUN dengan darjat seorang Raja Pemerintah,” katanya yang juga Ahli Dewan Negara Negeri Perak di laman Facebooknya.
Susulan dari teguran dari pihak Istana Perak, pihak HARAKAH DAILY telah menukar gambar yang dimuat naik dalam portal berita mereka sebelum ini. Tetapi gambar yang telah digantikan itu menjadi tular semula kerana, pereka grafik HARAKAH DAILY memuat naik gambar Sultan Perak berlatar belakangkan bendera Pas.
Ia serta merta mendapat kecaman dari warganet yang mempertikaikan tindakan portal berita Pas itu sebagai tidak beradab dan bodoh. Seorang pengguna twitter Ariff Eye Ahmad telah menegur perbuatan tersebut, “3 kali ubah tiga kali biadap… last sekali ubah letak Bendera PAS belakang gambar Sultan… Bodoh! Bodoh! Bodoh! PAS memang BODOH! BODOH itu percuma #SembahDerhaka”
Hasil carian mendapati ramai pengguna media sosial melahirkan kekesalan kepada parti Pas yang dilihat sengaja mencipta provokasi dan secara terang-terangan melanggar titah Sultan Perak untuk mengadap baginda sebelum ini. Tindakan Pas dan portal berita mereka iaitu HARAKAH DAILY amat memalukan dan menjatuhkan imej sebuah parti yang selalu melaung-laungkan parti itu parti Islam tetapi akhlak pimpinan serta portal berita mereka jauh terpesong dari apa yang dianjurkan oleh agama Islam.
BODOH ITU PERCUMA, PAS PARTAI BODOH
PH TIDAK PERLU BAWA MAHATHIR ATAU PARTINYA KEMBALI KE DALAM PH
Saya tertarik dengan kenyataan Salahuddin Ayob tentang persetujuannya agar PH punyai gabungan lebih besar bersama Pejuang, Warisan, Muda dan Upko bagi menghadapi PRU15 akan datang.
Bagi diri saya, bila sebut nama Pejuang di situ saya terbayangkan Mahathir, pengkhianat yang beri laluan mudah kepada pengkhianat lain untuk merampas kerajaan PH Februari yang lalu. Semua tahu, dari mulut Mahathir sendiri dia kata bahawa dia tidak boleh bekerjasama dengan Anwar Ibrahim. Terpandang pula nama Warisan di situ, teringat kata-kata Shafie Apdal baru-baru ini bahawa Pengerusi PH dan Ketua Pembangkang harus ditukar baru. Maksudnya, dia cadangkan Anwar Ibrahim meletakkan jawatan sebagai Pengerusi PH atau Ketua Pembangkang atau disingkirkan.
Meskipun Warisan bukan dari komponen PH, tetapi Shafie Apdal tidak malu untuk menyatakan sedemikian kerana itulah kemahuan saka tua itu. Beliau tidak tahu menghormati PH langsung. Tidakkah beliau terfikir jika PH pula menyatakan bahawa Warisan perlu tukar Presidennya Shafie Apdal akibat gagal mempertahankan kuasa Warisan di PRN Sabah baru-baru ini? Bagaimana perasaan Shafie Apdal?
Saya pelik mengapa semua di atas ini langsung tidak terfikir oleh Salahuddin Ayob sehingga dengan mudah untuk mencadangkan sesuatu yang tidak masuk akal? Belum bersama PH lagi, mereka telah tunjuk belang mereka terhadap Anwar Ibrahim, apakah PH nanti boleh aman tenteram apabila musibat-musibat ini berada di dalam PH?
Cadangan saya, jika di dalam mesyuarat Majlis Presiden PH nanti jika dibincangkan isu untuk membawa PH bersama gabungan tersebut, Keadilan harus terima hakikat bahawa rakan-rakan kita mahu juga kepada orang-orang seperti itu. Keadilan harus berikan mereka peluang, dan Keadilan perlu keluar dari PH dan kita boleh teruskan perjuangan tanpa bersama atok. Buktikan kita tetap kuat dan bermaruah walaupun tanpa atok.
Biar kita berunding dengan musuh dari kita bersama atok pengkhianat. Pengkhianat lebih bahaya dari musuh. Dalam peperangan walaupun di zaman Nabi, banyak sejarah perundingan atau gencatan senjata dengan musuh dilakukan atas sebab-sebab tertentu. Tapi bukan dengan pengkhianat.
WFAUZDIN NS
MAHATHIR MAHU JADI PM LAGI "KERANA RAKYAT"? INI APA CRITA?
RINA HAMZAH
MAHATHIR MAHU JADI PM LAGI "KERANA RAKYAT"?
MAKA DIA PERLU MENJAWAB TENTANG BANTUAN-BANTUAN ISTIMEWA KEPADA
ANAKNYA MOKHZANI DAN ANAK SAUDARANYA AHMAD RAZLAN AHMAD RAZALI SEWAKTU MENJADI
PM KE-7 ANTARA MEI 2018 DAN FENRUARI 2020.
IA PERSOALAN MUDAH UNTUK DITIMBULKAN.
PERTAMA, KITA PERLU SEDAR BAHAWA MOKHZANI MENJADI PENGERUSI
SEPANG INTERNATIONAL CIRCUIT ATAU SIC, SALAH SATU PROJEK MEGA SEWAKTU MAHATHIR
MENJADI PM KE-4 DAHULU.
TIDAK CUKUP DENGAN ITU, ANAK SAUDARANYA RAZLAN, IAITU ANAK
KEPADA ALLAHYARHAM TAN SRI AHMAD RAZALI MOHD ALI, BEKAS MENTERI BESAR SELANGOR
YANG JUGA ABANG KEPADA TUN DR SITI HASMAH, ISTERI MAHATHIR, TELAH DILANTIK
MENJADI CEO SEPANG INTERNATIONAL CIRCUIT SEJAK 2009 HINGGA KE 2018.
HARUS DILIHAT DARI DOKUMEN INI, IAITU PETIKAN DARI LAPORAN
KEWANGAN BAGI TAHUN KEWANGAN 2019 UNTUK SIC.
BANYAK PERSOALAN YANG TIMBUL, TETAPI DI SINI KITA CUMA MINTA
MAHATHIR MENJAWAB DUA SAHAJA DAHULU.
1. BAILOUT SEBANYAK RM170 JUTA BAGI MENAMPUNG KOS PEMBAYARAN
CUKAI TERTUNGGAK SIC ANTARA 2010 HINGGA 2017.
MENURUT DOKUMEN INI, SIC GAGAL MEMBAYAR CUKAI WALAU SETAHUN PUN
SEDANGKAN PADA ERA ITU LITAR LUMBA ITU MENJADI HOS KEPADA ACARA MEGA FORMULA 1
DAN JUGA MOTOGP DAN MENDAPAT SUNTIKAN DANA KERAJAAN TAHUNAN UNTUK MENAMPUNG
SEGALA PERBELANJAAN. MALAH RAZLAN SENDIRI PERNAH BEBERAPA KALI MUNCUL DI MEDIA
MENGATAKAN SIC TIDAK MENGALAMI KERUGIAN MALAH UNTUNG.
JADI KENAPA TIDAK MEMBAYAR TUNGGAKAN CUKAI?
PADA 2018, LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MEMULAKAN PROSES MENGUTIP
CUKAI TERTUNGGAK DARI SIC SEBANYAK RM73,143,986.00 (RM73.1 JUTA).
KITA HARUS INGAT, PADA MEI 2018 MAHATHIR TELAH MENAIKI TAKHTA
SEKALI LAGI SEBAGAI PERDANA MENTERI MALAYSIA DAN SECARA AJAIB JUGA, SEPERTI
DOKUMEN DILAMPIRKAN, GERAN KERAJAAN KEPADA SIC TELAH MENINGKAT SEBANYAK RM71
JUTA KEPADA RM171 JUTA UNTUK TAHUN 2019, BERBANDING HANYA RM99 JUTA PADA TAHUN
2018.
APAKAH INI TIDAK NAMPAK SEPERTI MENUTUP LUBANG YANG DIGALI OLEH
MOKHZANI?
2. RAZLAN JUGA NAMPAKNYA TIDAK MAHU KETINGGALAN DENGAN
SEPUPUNYA. DIA TELAH MEWUJUDKAN PETRONAS YAMAHA SEPANG RACING TEAM ATAU SRT
YANG DIMILIKI OLEH SIC, YANG AKHIR-AKHIR INI BANYAK MENDAPAT KRITIKAN DAN
DIHENTAM OLEH NETIZEN SEBAGAI SATU PROJEK YANG TIDAK MENEPATI PELAN ASAL
SEBAGAI PLATFORM PEMBANGUNAN UNTUK PELUMBA TEMPATAN DIBAWA KE PENTAS DUNIA. SEBALIKNYA
RAZLAN MEMBUANG PELUMBA TEMPATAN DAN MEMBUAT KENYATAAN DI MEDIA BAHAWA SEMUANYA
TIDAK LAYAK DAN BELUM SAMPAI KE TAHAP YANG MEMUASKAN UNTUK DI BAWA KE PENTAS
DUNIA. MANA JANJI DIA UNTUK MENGGILAP PELUMBA TEMPATAN?
TAPI BUKAN ITU YANG KITA MAHU BINCANGKAN.
LIHAT LAMPIRAN.
BAJET UNTUK SEPANG RACING TEAM DI BAWAH KENDALIAN RAZLAN JUGA
SEPERTI MENDAPAT KEAJAIBAN SENTUHAN PERDANA MENTERI, DI MANA DARI RM12 JUTA
PADA TAHUN 2018, IA MELONJAK KE RM73 JUTA PADA 2019. BAJET INI MASUK DARIPADA
PETRONAS DAN AGAK PELIK JUGA DALAM ERA INI PENGERUSI PETRONAS TURUT MELETAKKAN
JAWATANNYA.
TIDAK HAIRANLAH KENAPA RAZLAN MENGOSONGKAN KERUSI CEO SIC PADA
2018 UNTUK MEMBERI FOKUS SEBAGAI PENGENDALI PASUKAN SRT INI. DURIAN RUNTUH
SUDAH MAU DATANG.
JUGA PERLU DITERANGKAN IALAH SIC ADALAH SEBUAH AGENSI YANG
DILETAKKAN PEMILIKKANNYA DI BAWAH KEMENTERIAN KEWANGAN. MAKA, MENTERI KEWANGAN
PAKATAN HARAPAN IAITU LIM GUAN ENG, JUGA PERLU MENJAWAB APAKAH BELIAU MENERIMA
ARAHAN ISTIMEWA DARI PERDANA MENTERI UNTUK MELULUSKAN PERUNTUKAN-PERUNTUKAN
SEPERTI INI.
JADI JIKA BENAR MAHATHIR MENGUMUMKAN BAHAWA DIA PERLU MENJADI
PERDANA MENTERI KERAJAAN INTERIM KERANA RAKYAT DAN OLEH KERANA RAKYAT SANGAT
TERDESAK DAN MEMERLUKAN DIA UNTUK MEMIMPIN SEBUAH KERAJAAN PERPADUAN, MAHATHIR
PERLU MENJAWAB APAKAH DUA ORANG INI, MOKHZANI DAN RAZLAN, MEWAKILI SELURUH
RAKYAT MALAYSIA?
SELEPAS DIA MENJAWAB INI NANTI BOLEHLAH KITA TANYA YANG LAIN
PULA.
C&P
PS: Jika benar pendedahan diatas maka benarlah mahathir bermain
wayang konon2 nak jadi pm kembali kerana rakyat!!!! Walhal dia gusar dan takut
segala salah laku meyamun diketahui umum. Adakah apa yg diperkatakan diatas
benar?????



WOIII...HANGPA BINCANG PROJEK APA ?
DIKALA PENCARUM KWSP MENGERLUH KEKECEWAAN TAK DAPAT KELUAR DUIT KWSP, TIKA ITULAH PAK MENTERI SIBUK AGIH PROJEK. NILAI SENDIRI WHATAPP ANTARA ANNUAR MUSA DENGAN TENGKU ZAFRUL YANG DIFORWARD KEPADA TAKIYUDDIN. DITAKDIR ALLAH, TAKIYUDDIN PULA TERSILAP HANTAR KE GROUP WHATAPP. TENGOK, YANG UNTUNG SYARIKAT EMAK ZAFRUL DAN SYARIKAT ANAK MUHIYIDDIN JUGA AKHIRNYA
MAN TOBA



28 POSTING SEHINGGA KINI. LAGI BERITA MENYUSUL
LAGI BERITA AKAN MENYUSUL
TERIMA KASIH KERANA MENYOKONG WRLR.
SILA TEKAN > UNTUK MEMBACA BERITA AWAL

GEGAR VANGANGDAA 2OTX..??




1) Bacaan Kali Ketiga Tajuk Panjang B2021 dan Undian Kali Kedua
MUNGKIN berlaku esok (15 Disember 2020) walau pada awalnya kita menjangkakan 17
Disember 2020.
2) Adakah ini yg dimaksudkan oleh Lokman Noor Adam bahawa ia
adalah "VoNC" yg mana DSAI sudah ada 113 + at least 8 MP UMNO akan
menyokong menolak B2021?? Kita tidak tahu. Elok kita tunggu.
3) Dalam masa yg sama apakah DSAI akan berjaya kemukakan CUKUP
JUMLAH SD utk pertimbangan DYMM SPB YDPA?? Pun kita tidak pasti. Sabar lah kita
tunggu.
4) Tapi hari ini 2OTX (Dua Org Tua Xpired) tetiba mengadakan PC
bersama? Apa yg mereka bimbangkan? JUJURnya saya malas nak follow PC mereka sbb
bimbang saya "MELUGAI" dan rasa nak termuntah. Tapi cukuplah dgn
sinopsis yg dituliskan oleh MSO.
5) Pada saya ia hanyalah sebuah PC yg menggambarkan NATIJAH
kebimbangan mereka JIKA benar DSAI akan diangkat jadi PM. Lalu mereka meracau
bab "Ekonomi Harimau" dan soal KERAMITA PN yg hanya punya majoriti
tipis dan menyebbkan "Trust Deficit" di kalangan Pelabur Asing? Tak
payah ckp pun dah jadi rahsia umum. Saya juga dah banyak kali menulis bab
"Trust Deficit" dan "FDI" yg terkesan akibatnya.
6) PT95 dah "expired", dia tidak punya sokongan yg
cukup utk jadi PM, diratib2kan KUNUNnya DSAI tidak punya "numbers"
sebaliknya "doa" itu sedang berbalik kpd diri dia. PT95 hanya ada
sekitar 4 ketoi MP parti haram. Warisan boleh supply sekitar 8 ketoi MP? Amanah
dan DAP ada yg nak sokong ke? Tak kot?
Sbb nak
ajak 15 MP bangun sokong Undian Belah Bagian pd 26 Disember lalu pun PT95 tak
mampu.
7) Siapa di kalangan MP yg sokong Ku Li?? JIKA dalam UMNO pun
dia kalah bertanding jawatan Presiden itu petanda UMNO sendiri tolak Ku Li yg
dah "expired". Ku Li juga tak mungkin boleh cukup "numbers"
utk jadi PM. Dia ajak MP UMNO tarik sokongan kpd TSMY dan KERAMITA PN pun takde
sape mahu sahut. MP UMNO anggap Ku Li "dah tak boleh pakai". Ku Li
sendiri tak berani nak umum secara terus terang dan rasmi. MP yg takde teloq bukanlah
PM material.
8) Lalu, kemunculan mereka (2OTX) kita faham bahawa ia hanyalah
sbb bimbang DSAI mungkin akan jadi PM. TIADA apa yg "dua sejoli" itu
mampu tawarkan kepada rakyat melainkan "Retorik". Malah mereka berdua
sudah pun "expired".
9) Sebab itu MSO kata 2OTX hanya umpama pengacara GEGER
BERGANZA...tapi pada saya aksi 2OTX itu adalah sekadar GEGAR
VANGANGDAA.....2OTX BUKAN lagi tandingan DSAI. Biasanya bila mereka muncul, itu
bermakna peluang DSAI diangkat jadi PM muncul semula dan membimbangkan mereka.
JIKA BENAR....Mampukah mereka sekat DSAI?
Wallahualam.
- Zus Din
14 Disember 2020
NO ANWAR NO DAP
SELESAI DAH GAMAKNYA...HARAP GITULAH
SELESAI.....


TAKKAN NAK JADI PM LAGI KOT.....TANYA PASAI ANWAR BERUBAH AIR MUKA
Ingatkan PC apa yg pakcik berdua ni buat sebentar tadi. Rupanya
nak syarah pasal ekonomi dah teruk. Tu je? Buat FB live pun boleh tak perlu PC.
Semua orang tau. Ingatkan nak umum tubuh parti baru bersama Ku Li ke atau Ku Li
nak join parti Pejuang ke....
Paling best dia tak lupa nama Najib. Dia kutuk Umno kleptokrasi,
tapi dia tak sedar sebelah dia tu orang Umno. Dendam dia pada Najib tak habis2
. Bila wartawan sebut nama Anwar, berubah terus muka. Haha...

DULU BERSAMA TAPI KINI TIDAK LAGI
Dr M



