RUMAH SAYA DALAM PARLIMEN PEKAN, NAJIB MASIH WAKIL RAKYATNYA, JANGAN GOPOH MEMUJI, JANGAN GOPOH BERMIMPI



Mahkamah Tinggi telah menjatuh hukum, tetapi Najib Razak belum tumbang, masih ada Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan. Jadi jangan mimpi dahulu tentang Pilihanraya Parlimen Pekan (rumah saya dalam kawasan parlimen ini).

Kelakarnya ada rakan-rakan lama yang kini mendokong Perikatan Nasional mengata penghakiman kes Najib Razak ini bukti ketelusan pentadbiran Muhyiddin Yassin. Kalangan rakan lama ini dahulunya ada yang jadi pahlawan perjuangan. Jadi pahlawan ini jangan mudah tergoda dengan musuh yang menghidang manisan, kelak kita ditikam ketika santai duduk bersila. Bukankah Anwar Ibrahim pernah dibebaskan mahkamah ketika Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri? Sambil kita meraikan keberanian mahkamah membuat keputusan secara berintegriti, tidak pula sampai kita mengaitkan bahawa Barisan Nasional telah berubah menjadi baik. Bahkan rakan lama yang saya maksudkan itu pun pada waktu itu masih melawan BN pimpinan Pak Lah, tidak pula mengata Pak Lah dan BN sudah menjadi telus. Menjadi pejuang ini, satu perkara penting yang perlu kita sematkan di hati kita adalah, pertentangan kita selamanya bukanlah kerana orang, bukan kerana Mahathir secara peribadi, bukan kerana Pak Lah secara peribadi, bukan kerana Najib secara peribadi, bukan kerana Muhyiddin secara peribadi, tetapi kerana sistem, sistem yang diguna oleh pemimpin-pemimpin ini, sistem yang menguasai organisasi yang diterajui oleh pemimpin-pemimpin ini. Selagi pemimpin-pemimpin ini percaya dan memegang sistem yang condong rasuah, korup, zalim, autoritatif, mengekang, pecah-perintah, salahguna kuasa, politik naungan yang salah, kronisme dan nepotisme berasas materi, menekan dan mengugut, angkuh dan sombong, machiavellian, membunuh karakter, politik kotor, politik khianat, selagi itulah pemimpin jenis ini kita lawan. Reformasi maksudnya merobah sistem, jalannya adalah mengangkat pemimpin yang percaya dengan perubahan sistem, mengangkat pemimpin yang punya gagasan tentang sistem baharu yang bertunjang keadilan dan kebaikan. Innallahaya'muru bil 'adliwal ihsaan (Sesungguhnya Allah suka kamu berlaku adil dan berbuat kebaikan).

Zukri Aksah
Ketua Komunikasi Nasional
GERAK98

gambar: Himpunan #KitaLawan, ketika itu kita lawan Najib, bukan Dr. Mahathir bin Mohamad yang lawan, bukan Parti Pribumi BERSATU Malaysia yang lawan.
kredit gambar: Malek Baretta (Pak Malek masih lawan ke dah jadi kawan? 😁)

Anwar Ibrahim dunggu ke auta?

Anwar Ibrahim berkata hari ini dalam wawancaranya bersama Sin Chew Daily bahawa beliau percaya yang Tun Dr Mahathir Mohamad akan menyerahkan jawatan perdana menteri kepadanya seperti yang dijanjikan. “Itu benar. Sekarang kita tahu. Pada masa itu kita tidak tahu. Kita sangka dia adalah orang yang terhormat. Kamu berikan komitmen secara terbuka, kita percaya kamu.” Anwar Ibrahim ni dunggu ke auta? Sudah lima tahun Malaysia Today berkata yang Mahathir tidak akan serah kuasa, terutama sekali kepada Anwar. Baru hari ini Anwar sedar ke? Bila kita cakap mereka kata kita bohong. Sekarang ni merek kata tak sangka perkara ini akan berlaku pulak.

LAGU SAMBUTAN 21 TAHUN PKR



SIAPALAH PUNYA KERJA NI??



HAMDAN TAHA


Siapa punya kerja lah spin kata Hakim tu anak saudara Tun Dr Mahathir. Ramai pula yang percaya tu.....saya tak suka tun m ni tapi Hakim pun nak kaitkan dengan dia tu kenapa...? Dan lebih malang perbicaraan kes ini bukan baru hari ni berlaku tapi dua tahun...
Jika Hakim tu anak saudara Dr M lama dah peguam Dato Najib minta dia di kecualikan....nak sokong pun biar lah hujah tu tepat dan bukan fitnah....
Macam juga kes Presiden umno hari ni ada pengakuan dari saksi bagi 6 juta kepada Yayasan Budi kerana nak sesuatu atau pun nak projek...tak dapat pula tu...jika bukan Timbalan Perdana menteri ketika itu tak ada siapa pula nak derma sampai 6 juta....dan yang pelik Presiden Umno boleh terima tu....dia tak pelik ke cina bagi 6 juta....saja suka suka ker







Lebai...apa punya lebai, songkok atas kepala..sokong penyamun...hampas sungguh.


KESIAN MAKCIK KIAH

SRC UNTUK TABUNG ANAK YATIM DAN IBU TUNGGAL ? HAHAHA....
YE KE ? KENAPA MASUK AKAUN NAJIB ? KENAPA DIBELANJAKAN DAN TIDAK DIBENTANGKAN ? ADUSSS....KESIHAN KAKAK NI YANG TIDAK TAHU APA...


TERBUKTI DULUNYA APA YANG DIDEDAHKAN OLEH ANWAR


RINA HAMZAH

Dan kerana inilah untuk kali keduanya DSAI didiamkan di dalam penjara untuk sekian kalinya dengan memplot cerita saiful. Hampir kesemua yang menganiayai DSAI sekarang sedang diberikan Allah kifarah, ada yg mati dgn tragis, ada keluarga tunggang langgang ada yang dihina seperti madey lalui sekarang dan najib bakal menerima nasib yang sama kita tunggu Dan lihat. Allahuakhbar, sesungguhnya janji Allah itu pasti.



Image may contain: 3 people

APA KEPUTUSAN BESAR BAKAL UMNO LAKUKAN BERIKUTAN KEPUTUSAN TERHADAP NAJIB


Sebaik keputusan bersalah dijatuhkan terhadap Najib Razak dalam kes salah guna kuasa, pecah amanah dan penggubahan wang haram melibatkan dana SRC International, Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, suatu keputusan politik yang besar akan dibuat oleh parti lanjutan daripadanya.
“Saya amat simpati dan berasa sedih bukan saja sebagai seorang Presiden UMNO, namun yang paling penting, beliau adalah sahabat saya.
“Tapi ini bukan penghujung dunia, proses masih berjalan, namun tentunya kita akan mengambil satu keputusan politik yang agak besar hasil keputusan mahkamah hari ini.
“Tentunya ada sesuatu yang akan dilakukan UMNO dan tunggu keputusannya yang akan kami bincangkan nanti,” katanya lagi.
Zahid seterusnya meminta ahli parti agar bersukap terbuka terhadap keputusan yang diputuskan oleh parti berhubung perkembangan kes Najib ini.
Begitu pun, beliau meminta ahli parti agar “berlapang dada” terhadap keputusan mahkamah kerana percaya masih ada ruang untuk Najib mendapatkan keadilan melalui proses perundangan negara.
“Saya yakin Najib seorang yang cekal dan tabah,” tambahnya lagi.
Apa agaknya keputusan politik besar yang akan diambil UMNO susulan hukuman terhadap Najib ini?
Jika kita masih ingat, dalam sebuah rakaman audio yang dibocorkan oleh Lokman Noor Adam, Zahid Hamidi pernah menyebut bahawa usaha UMNO mahu menjadi kerajaan semula dengan menyokong Tun Mahathir Mohamad, antaranya adalah untuk menyelamatkan kedudukan Najib.
Tetapi, sekarang dengan Najib akhirnya dijatuhkan hukuman penjara selama 12 tahun dan denda RM210 juta, apa yang UMNO mahu lakukan walaupun mereka sudah merupakan sebahagian daripada kerajaan?
Apakah UMNO menyesal berada dalam kerajaan?
Apakah dengan ini UMNO akan menarik diri daripada kerajaan PN dan menumbangkan Muhyiddin Yassin dengan tujuan agar PRU semula dapat diadakan?
Adakah dengan hukuman terhadap Najib ini membuatkan Zahid Hamidi juga berasakan masa depan politiknya bersama beberapa lagi pemimpin UMNO yang turut didakwa di mahkamah akan turut menjadi gelap?
Jika benar UMNO akan membuat keputusan demikian, apakah semua Ahli Parlimen UMNO akan akur atau sebahagian mereka akan menolaknya lantarannya sudah sedap dengan nikmat jawatan dalam kerajaan yang dinikmati sekarang?
Bagaimana jika ramai tidak setuju, sebaliknya merasakan lebih wajar UMNO terus berada dalam kerajaan dan menyokong kepimpinan Muhyiddin sehingga PRU akan datang? (Shahbudindotcom 28/07/2020)

Selamat Tinggal Najib!


RENTASAN 718 | INI PUNCA NAJIB RAZAK DISAHKAN BERSALAH ATAS SEMUA PERTUDUHAN MEMBABITKAN DANA SRC?


MENARIK DALAM RENTASAN 718 1. KES SRC - NAJIB DIDAPATI BERSALAH 2. SYAITAN MANA GUNA MEDIA? 3. MENGAKU SAHAJALAH UMNO TIADA CALON PERDANA MENTERI 4. TERUSKAN PERJUANGAN MELAWAN RASUAH, KATA ANAK MUDA




"NAJIBVIDEO ULASAN BERITA : RAZAK DIDAPATI BERSALAH KES SRC"


Tajuk : BICARA NAJIB RAZAK : TANPA GUNDAH GANJARA!! "NAJIB RAZAK DIDAPATI BERSALAH KES SRC" Moderator : SITI FATIHAH SALAHUDDIN




VIDEO : PRESIDEN PAS MENEPUK AIR DI DULANG


"Sepatutnya ulama berperanan mencerahkan umat, mengeluarkan mereka dari kejahilan, bukan mengelirukan umat," katanya ketika dihubungi JOM Channel. Beliau melihat senario ini wujud bukan kerana tiada ilmu tetapi tiada amanah. "Apa yang berlaku ialah, apabila ulama tidak amanah dengan ilmu, terlalu terpengaruh dengan kemahuan nafsu pengikut, mahu disanjung, menyebabkan kebenaran tenggelam dan kekeliruan muncul," tegasnya.




VIDEO: RUU355 - PAS KHADAM MCA?



Beliau berkata, apabila PAS disoal sama ada tujuan RUU 355 ini adalah untuk pelaksanaan hukum hudud, parti itu berdolak-dalik mendakwa RUU ini bagi meningkatkan martabat Mahkamah Syariah. "Apakah perasaan ribuan orang Melayu Islam yang hadir ke Himpunan RUU355 pada 18 Februari 2017 di Kuala Lumpur yang ikhlas mahu melihat RUU ini diluluskan?" soalnya dalam satu kenyataan.




[Video] ‘Kalau Umno tak keluar PN, Zahid akan senasib Najib’

[Video] ‘Kalau Umno tak keluar PN, Zahid akan senasib Najib’
Ahli Parlimen Umno diingatkan agar berani bertindak untuk keluar daripada Perikatan Nasional.
Perkara ini ditegaskan oleh seorang penyokong Dato’ Seri Najib di luar perkarangan mahkamah yang berhimpun menyatakan sokongan terhadap mantan perdana menteri itu.
“Ahli parlimen Umno mesti berani keluar daripada PN.
“Kalau tak, nasib Presiden (Dato’ Seri Dr Zahid Hamidi) pun sama macam,” kata lelaki itu.
Dalam perkembangan berkaitan, seorang yang mendakwa dirinya ahli Umno turut menyatakan pandangan sama yang mana Umno mestilah keluar daripada Perikatan Nasional.
“Hari ini selaku ahli parti Umno yang mendokong Barisan Nasional mendesak Presiden Umno mengarahkan semua ahli parlimen BN keluar daripada Perikatan Nasional,” katanya seperti yang dipetik daripada video yang disiarkan oleh Johor Kini.
Para penyokong BN dan Umno turut melaungkan ‘Hidup Barisan Nasional’ dan ‘PN Zalim’ sebagai protes terhadap keputusan mahkamah.
“Kami tak percaya Mahathir dan Muhyiddin, kami percaya Najib,” laung para penyokong tersebut.

ADA TUKANG BACA DOA BERKOPIAH PUTIH TENGAH CUCI NAJIB ATAU HALAU COVID19?



Aku kabor dah, Allah Maha Adil. Dia perlihatkan atas muka seorang-seorang daripada mereka, kehinaan ciptaan tangan mereka sendiri.

Rakyat marhaen langgar SOP, saman semacam. Pemimpin UMNO kumpul ramai-ramai berhimpit, di tengah gelombang Covid, tiada penguatkuasa yang berani angkat muka. Penat dah Ketua Pengarah Kesihatan nasihatkan, baru kelmarin.

Ada pulak tukang baca doa berkopiah putih di situ. Tengah sucikan Najib Razak atau tengah halau Covid?

Berita radio pulak melaporkan, usai perhimpunan tapak perhimpunan penuh dengan sampah sarap. Cantik!

Dan yang lebih sadis, semua ini dilakukan atas nama bangsa dan agama. Tapi tak apa, Allah Maha Adil, dan Dia Maha Menyaksikan.

Kredit FB Sahul HM

SYABAS MALAYSIA - RAFIZI RAMLI*

*TERKINI*

*SYABAS MALAYSIA - RAFIZI RAMLI*

KUALA LUMPUR – Bekas Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli mengucapkan tahniah kepada rakyat Malaysia berikutan keputusan Mahkamah Tinggi yang mendapati bekas Perdana Menteri, Najib Razak bersalah di atas tujuh tuduhan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan dana milik SRC International Sdn Bhd.

Rafizi yang pernah bersuara mengenai SRC sebelum ini berkata, cabarannya sebelum ini berbaloi.

“Saya jarang ulas mengenai politik sekarang. Tapi sebahagian besar masa saya sebagai Ahli Parlimen dihabiskan berdepan dengan skandal 1MDB dan SRC.

“Saya tak pernah berharapkan apa-apa dari usaha itu, tapi hari ini saya rasa segala kesusahan itu berbaloi. Syabas Malaysia,” kata bekas Ahli Parlimen Pandan itu melalui akaun Twitter hari ini.

Sementara itu, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Akmal Nasir menyifatkan keputusan hari ini membuktikan perjuangan rakyat menentang rasuah tidak sia-sia, begitu juga usaha Rafizi sebelum ini.

Meskipun yakin Najib akan membuat rayuan namun Ahli Parlimen Johor Bahru itu tetap berpendirian pendedahan parti pembangkang mengenai penyelewengan yang melibatkan SRC International akan terdedah.

“Sudah pasti @NajibRazak akan merayu selepas ini, hari ini mengingatkan kita bahawa mempertahankan prinsip itu sukar, kebenaran itu akan terdedah jua,” ujarnya.

Terdahulu, Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali ketika membacakan penghakiman berkata, pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes yang dibawa terhadap tertuduh.


Kes SRC: Najib Balun Duit Rakyat (Apa tindakan Muhyiddin)



1. Dijatuhkan hukuman bersalah. 12 tahun penjara dan denda RM210,000,000.00. Jika tidak membayar denda maka tambahan 5 tahun penjara akan dikenakan.

2. Bukti nyata Najib balun duit rakyat melalui SRC apabila dia disabitkan bersalah ke atas semua 7 pertuduhan oleh Hakim Mahkamah Tinggi.

3. Adakah Najib akan dipenjarakan dan  membayar denda?

4. Najib pasti akan merayu di Mahkamah Rayuan dalam tempoh 14 hari. Oleh itu dia tidak akan dipenjara dan membayar denda pada waktu ini.

5. Mahkamah Rayuan akan bersidang entah bila. Mungkin cepat mungkin lambat.

6. Jika Mahkamah Rayuan menolak rayuan Najib dengan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi, maka Najib kekal bersalah.

7. Najib akan mengemukakan permohonan ke Mahkamah Persekutuan pula. Keputusan Mahkamah Persekutuan adalah keputusan muktamad dan terakhir sama ada Najib bersalah atau tidak.

8. Keputusan Mahkamah Tinggi pada 28 Julai 2020 memberi kegembiraan kepada rakyat yang bencikan rasuah dan penyelewengan. Sebaliknya memberi khabar sedih kepada mereka yang sukakan rasuah, sogokan dan penyelewengan.

9. Aki mengambil pendirian lebih berwaspada walau jauh di sudut hati memanjatkan rasa syukur ke hadhrat Allah SWT dengan keputusan ini.

10. Tumbangnya Najib di Mahkamah (sehingga Mahkamah Persekutuan) bererti beliau hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen Pekan.

11. TS Muhyiddin Yassin mendapat sokongan majoriti yang sangat kecil terhadap beliau selaku Perdana Menteri di kalangan Ahli Parlimen. Kedudukan beliau tidak kukuh.

12. Hukuman kepada Najib akan mengurangkan satu kerusi sokongan terhadap Muhyiddin.

13. Keputusan akhir terhadap Najib nanti akan menentukan kelansungan PN selaku kerajaan sama ada kekal atau tumbang.

14. Adakah Muhyiddin sanggup mengambil risiko?

15. Ini belum lagi berhadapan dengan tindakan Ahli-Ahli Parlimen Muafakat Nasional - Umno dan Pas yang amat sayang kepada Najib.

16. Bagi menyelamatkan kedudukan beliau, Muhyiddin hanya mempunyai dua pilihan.

17. Pilihan pertama ialah campurtangan dalam urusan Mahkamah dengan mengarahkan sama ada Hakim Mahkamah Rayuan mahupun Hakim Mahkamah Persekutuan membebaskan Najib.

18. Pilihan kedua ialah membubarkan Parlimen dan mengadakan pilihan raya tergempar.

19. Terdahulu Aki menyatakan mengambil sikap berwaspada dengan keputusan Mahkamah Tinggi hari ini ialah kerana Aki fikir  Muhyiddin akan tetap campurtangan dalam urusan mahkamah yang lebih tinggi nanti iaitu dengan membebaskan Najib bagi menyelamatkan kedudukan beliau.

20. Tidak salah untuk rakyat yang baik-baik untuk bergembira dengan keputusan hari ini.
Namun jangan berhenti memperjuangkan kebebasan badan kehakiman dari cengkaman pemerintah yang zalim.

Salam Reformasi,

Aki Rock

Sekadar ramalan THE WAR JUST STARTED


Norman Radzuan

Amaran Zahid akan berlaku perubahan politik
APA SELEPAS INI...EPISOD MAKIN MENDEBARKAN

Hari ini buat keluarga dan penyokong Najib ia satu berita yg sedih. Buat penyokong2 PH ia satu kemenangan besar. Buat mereka yg anti kpd rasuah ( korupsi ) ia satu berita gembira.

Seperti biasa Najib bila dibenarkan berucap di depan media dia akn membuat muka selamba seolah olah tidak bersalah sepertimana sebelum ini. Walaupun dia sendiri pernah mengaku berbelanja berjuta juta tanpa sedari ia bukan wang miliknya.

Yg saya sedikit sedih keputusan penting Najib ini beliau bukan bersama ahli keluarga terdekat. Berbeza dgn saudara Anwar... setiap hari anak2 dan isterinya akn hadir ke mahkamah dgn membawa bekalan makanan yg dimasak sendiri.

Ketika Anwar dibawa ke penjara anak2 melambai lambai dari belakang. Kawan dan penyokong Anwar tanpa disediakan bas setiap hari dtg ke mahkamah. Ingat lagi di hari keputusan mahkamah ramai penyokong Anwar dikejar dan ditembak air FRU semata mata utk menyuraikan mereka.

Selepas keputusan tadi...kata KJ UMNO kena move on. Tulisan KJ itu telah dikritik hebat penyokong kuat Najib... Lokman Adam. Tanya saya, kata2 KJ itu adalah tepat dan profesional tapi sayang dia telah disalah ertikan oleh pentaksub Najib. UMNO bukan milik Najib... tapi perjuangan UMNO itu milik semua ahlinya.

UMNO sebenarnya terpecah 3. Satu team & penyokong yg menyebelahi Hishamuddin yg kini ramai menyertai Bersatu. Satu team & penyokong pula yg berfikiran seperti Tok Mat dan KJ yg mahu UMNO melupakan Najib dan Zahid Hamidi serta move on. Satu team & penyokong bersama Najib dan Zahid.

Daripada 3 team itu... saya memilih team Tok Mat dan KJ adalah yg terbaik. Sb UMNO perlu lupakan Najib dan Zahid. Mereka perlu bebaskan parti dgn kepentingan peribadi pemimpin. Dari dulu saya katakan patutnya UMNO memilih KJ sebagai Presiden UMNO jika benar mahu pulihkan parti Melayu terbesar itu.

Tapi seperti dijangkakan corak pemikiran KJ dgn ahli2 UMNO jauh berbeza. Intelektual KJ sebenarnya sesuai dia berada di dlm PKR. Kenapa saya katakan PKR?

Sb dlm pemerhatian saya, PKR ahlinya rata2 golongan intelektual. Jika ada bangsa India sebagai ahlinya, ramai golongan profesional. Begitu juga jika ada bangsa Cina menjadi ahlinya ramai golongan profesional. Sebab itulah juga PKR menguasai Melayu bandar.

Hanya org bandar berfikiran intelektual yg boleh menerima wadah perjuangan PKR. Kita boleh bawa org kampung ke bandar tapi kita sukar utk mengubah pemikiran kampung mereka utk disesuaikan dgn cara berfikiran org bandar. Maksud saya jenis asal Melayu mencuri duit rakyat tak mengapa. Dgr lagu Anak Kecil Main Api menangis...

Next... sebentar tadi Zahid mengeluarkan kenyataan memaklumkan kpd ahli2 UMNO jika berlaku perubahan politik hendakah ahli2nya berlapang dada. Bermakna tidak mustahil UMNO akn tarik diri dari bersama PN kerana beranggapan TS Muhyiddin tidak campurtangan kuasa eksekutif membantu penghakiman ke atas kes Najib.

Sebab apa Zahid berkata demikian? Pertama kerana dia juga akan berhadapan dgn kes mahkamahnya. Kedua Najib Razak masih mampu dielakkan disumbat ke dlm penjara kerana proses rayuan akn mengambil masa berbulan bulan lamanya.

Jika kerajaan PN dijatuhkan Zahid percaya BN akan kembali sebagai kerajaan. Jadi peluang utk Najib dan dirinya terlepas dari hukuman lebih cerah. Ia perkara luar biasa di luar negara tetapi di negara kita jika kita ikuti tradisi ia tidak mustahil berlaku.

Dlm masa sama jika rakyat bijak atau PH bijak... ia boleh dijadikan bola tanggung utk menyedarkan rakyat...Lihat bagaimana UMNO dahulu kononnya bersama PN demi utk rakyat tapi hakikatnya mereka berbuat demikian hanya utk pemimpin2 mereka dilepaskan dari hukuman.

Menjadikan politik dan parti utk menjadi kaya raya di kalangan mereka menggunakan kuasa rakyat, utk melepaskan diri mereka dari hukuman pun menggunakan kuasa rakyat. Itu dari sudut politik di Malaysia yg dilihat lebih mudah memberi kefahaman kpd org2 kampung yg sentiasa ditipu pemimpin2 mereka.

Apabila Najib dijatuhkan hukuman ia menguatkan teori PN yg dikatakan dibelakangnya Tun mahukan Najib dan Zahid dinyahkan daripada UMNO. Kata2 Tok Mat meminta Muhyiddin kembali kpd UMNO itu bukan ajak2 kosong. Mesti ingat in politics, nothing happens by accident. If it happens, you can bet it was planned that way.

Apa akan jadi jika UMNO tarik diri menyertai PN? Saya yakin Muhyiddin akn bekerjasama dgn Tun. Tun akn membawa Amanah, DAP dan Warisan mengambil alih kedudukan UMNO utk kerajaan PN bertahan.

Tun tahu jika PRU berlaku, BN ada peluang utk kembali menerajui kerajaan. Jika Najib terlepas giliran Tun pula menanti... sekadar pandangan peribadi nak percaya boleh tak mahu pun tak mengapa.

Kenapa saya tidak menyebut PAS? Siapa yg menonton video Pasir Salak, bro Tajuddin memberitahu PAS tidak boleh dipercayai apabila Hadi Awang mengeluarkan kenyataan menyokong Tun dan kini Muhyiddin.

PAS bagi saya ia hanya sampah politik yg tak boleh dipercayai. Dulu sokong  Ku Li, kemudian sokong Najib, lepas tu pergi dkt Tun dan skg pertahankan Muhyiddin. PAS tiada arah tuju utk pembangunan ekonomi dan kemajuan negara... mereka just jual agama ini seperti pemimpin UMNO jual nama bangsa utk jawatan mereka.

Lihatlah semua apa yg mereka bicara dulu kini sepi. Pelbagai alasan mereka utk tidak membuat apa yg mereka ucapkan selama ini. Dulu mereka gasak musuh politik mereka seolah olah tiada hari esok lagi.

Berbalik kpd soal UMNO...Kalau nak tahu itulah sebabnya beberapa pemimpin UMNO tidak bersetuju UMNO keluar PN terutama mereka yg kini berkedudukan Menteri. Mereka bimbang Tun, Warisan, Dap dan Amanah akn mengambil alih.

Apatah lagi mereka rasa terselamat kerana kerajaan tidak mengambil tindakan undang2 korupsi ke atas mereka. Jika sebaliknya berlaku bukan sahaja hilang kuasa tetapi kemungkinan kes mereka akan dibuka....

Sebab itu saya katakan mengapa LGE dan Mat Sabu setia dgn Tun. Mereka melihat option ini bukan sekadar PH Plus. Kes berlaku di Kementerian dan di PP barangkali memungkinkan keduanya terikat. Tak tahu la dgr kwan2 kata begitulah.

UMNO sendiri pun 'cuak' ( aku guna bahasa pasar senang org Melayu faham ) juga. Jika Zahid tarik sokongan kpd PN, adakah wajar mereka mengikut Zahid yg dilihat hanya ingin melepas tengkuknya sahaja hingga sanggup mengorbankan parti.

Jadi kita tunggu sahaja apa terjadi akan terjadi. Ia sekadar teori sahaja . Saya bukan Tuhan menentukan segalanya.... boleh percaya dan boleh menolak andaian saya.... Wasalam.

MAKI HAMUN UNTUK MAHATHIR, MUHYIDIN DAN BUBAR PARLIMEN DI PERKARANGAN MAHKAMAH HARI INI



Jeritan di luar mahkamah tadi dari penyokong Bosskurr..
" Mahathir zalim, Muhyidin zalim, bubar parlimen, Umno keluar dari PN.."

Aku simpati dgn mereka yg tegang urat2 leher maki hamun muhyidin.  Sampai ada yg jerit tuduh Muhyidin ada skandal dgn bini orang.  Dahsyat sungguh tuduhan mereka.

Tapi, adakah mereka itu tahu dan sedar bahawa di antara yg bersekongkol angkat Muhyidin jadi PM ikut atap itu adalah Najib boskurr sendiri?  Tahukah mereka presiden mereka sendiri iaitu Zahid pun sokong muhyidin?  Sedarkah mereka tok guru kononnya iaitu lebai Hadi pun sokong muhyidin?

Jangan menyesal...nasi dah jadi bubur.  Lain kali jgn ikut atap.

Oppss...lupa.  Hadi ada datang tak beri sokongan kat Najib tadi?  Takkan geng muafakat nasional tidak bersimpati dgn Najib kot....baru korang kenal perangai pak2 lebai, kan?  Mereka dah jadi menteri la beb...

WFAUZDIN NS

Apa disebalik ungkapan PELARIAN oleh MAT SA



ISU UCAPAN BANG MAT DI PARLIMEN BERKAITAN PELARIAN

1. Ini adalah transkrip ucapan Bang Mat yang ada kalimah pelarian. Baca transkrip di bawah sekali, selepas no 9. Semua kalimah pelarian ditulis dalam huruf besar.

2. Tak jumpa pun kalimah Bang Mat hina Nabi SAW atau sahabat secara langsung seperti yang dibising-bisingkan.

3. Mungkin ucapan dalam perenggan terakhir Bang Mat sebut, "khasnya Nabi Muhammad SAW yang menjadi pelarian atau berhijrah daripada Mekah ke Madinah" dianggap menghina Nabi SAW.

4. Bang Mat sebut "pelarian atau berhijrah". Bang Mat tak sebut, "pelarian" dan berhenti di situ, tapi disebut "pelarian atau berhijrah". Boleh difahami Bang Mat menterjemah kalimah hijrah itu dengan pelarian.

5. Ya, mungkin terjemahan itu tak tepat sepenuhnya, tetapi mengatakan Bang Mat hina Nabi SAW kerana memanggil Nabi SAW pelarian adalah tidak tepat.

6. Memang tidak wujud dalam kamus kalimah hijrah diterjemah dengan pelarian, tetapi dalam konteks perbincangan pelarian yang Bang Mat cuba bawa, terjemahan itu memudahkan kefahaman orang ramai terhadap isu ini.

7. Tujuannya supaya orang ramai tidak melihat pelarian yang Bang Mat kategorikan kepada pelbagai kategori dihukum borong sebagai jahat dan layak disakiti atau dihalau.

8. Isu ini mirip isu Tok Guru Nik Aziz sebut Tuhan samseng suatu ketika dulu. Bising orang Umno kata Tok Guru hina Tuhan. Kes ini pun lebih kuranglah. Bising orang Pas dan Umno kononnya Bang Mat hina Nabi SAW.

9. Bacalah transkrip ucapan Bang Mat di bawah. Tapi kalau malas baca, tapi rajin maki, penyakit tu tak ada ubatlah...!

TRANSKRIP UCAPAN BANG MAT

"… Saya ingin menyentuh juga soal PELARIAN. Memang kita lihat PELARIAN yang datang ke Malaysia ini berbagai kategori. Di antaranya kerana tarikan ekonomi. Yang kedua datang sebagai pelancong, kemudian terus tak mau balik. Yang ketiga pelarian politik akibat tekanan di tempat mereka atau di negara mereka. Kemudian pelajar luar yang datang belajar di sini kemudian mencari peluang untuk tidak balik lagi menjadikan Malaysia second home."

"Saya ingin menyebut di sini, PELARIAN ini kita kena ada ketegori, jangan kita menghina semua PELARIAN. Islam ditegakkan oleh orang PELARIAN. Bahkan Nabi Musa AS memimpin PELARIAN daripada Mesir untuk menyelamatkan diri hasil tekanan Firaun. Jaafar Bin Abi Talib, bapa saudara Nabi SAW memimpin pasukan hijrah yang pertama ke Habsyah, dilindungi oleh maharaja Kristian di Ethiopia atau Habsyah."

"Nabi SAW sendiri setelah diancam nyawanya di Madinah (Mekah) dia berhijrah ke Madinah, dan diterima oleh penduduk Madinah dan kemudian menjadi ketua negara. Sebab itu antara PELARIAN ini kita kena jaga. Jangan kita borongkan mereka semua itu sebagai sama. PELARIAN ekonomi lain, PELARIAN tekanan politik lain, PELARIAN cari makan lain, PELARIAN kerana nak dapat kerakyatan dan sebagainya, itu lain."

"Ada perkataan-perkataan yang buruk yang kita kata PELARIAN kerana diancam nyawa mereka, datang ke sini ada yang mengatakan biar kita tenggelamkan mereka di tengah laut. Bayangkan kalau itu berlaku kepada keluarga Nabi SAW, Jaafar Bin Abi Talib dan rombongan yang melintasi Laut Merah, untuk menyelamatkan diri daripada tekanan di Mekah dan diberi perlindungan oleh maharaja Kristian."

"Kita juga kena ingat dalam kita mengecam mereka yang datang kerana tekanan, kezaliman di negara mereka, kita lupa tiga juta lebih orang Islam menjadi PELARIAN DI Eropah sekarang. Lebih satu juta dilidungi di Jerman, bahkan di Jerman, bila mereka daftar saja sebagai PELARIAN, diberi perlindungan roti kapadia aur bakan, iaitu makanan, tempat tinggal dan pakaian disediakan.

"Di Sweden, Finland dan sebagainya. Sebab itulah dalam kita mengecam hal PELARIAN ini kita kena jaga kategori-kategori pelarian itu. Jangan dianggap kita ini lupa sejarah. Jangan dianggpa bahawa kita lupa Islam itu ditegakkan oleh para PELARIAN, khasnya Nabi Muhammad SAW yang menjadi PELARIAN atau BERHIJRAH daripada Mekah ke Madinah".

"Perkara yang paling penting kita ditekankan di sini ialah soal sindiket pelarian yang perlu diperangi, tak kiralah mana kerajaan. Kerajaan BN ka, PH ka, tebuk atap ka tak kira. Yang penting mesti diperangi soal sindiket ini".

AKHIRNYA NAJIB KECUNDANG


‘Wallahi, wabillahi, watallahi,’ Najib bersumpah dalam mahkamah!

‘Wallahi, wabillahi, watallahi,’ Najib bersumpah dalam mahkamah!

“WALLAHI, wabillahi, watallahi, saya tidak mempunyai pengetahuan berhubung RM42 juta itu,” kata bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, ketika diberi peluang untuk merayu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebentar tadi.
Menurutnya, beliau tidak meminta, tidak ditawarkan wang itu dan tiada bukti serta saksi berhubung perkara itu.
Kes ditangguhkan untuk keputusan sebentar lagi.
Muktamad!! Najib dijatuhi hukuman penjara 12 tahun, denda RM210 juta

Muktamad!! Najib dijatuhi hukuman penjara 12 tahun, denda RM210 juta

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun kepada Najib Razak dan denda RM210 juta atas salah guna kuasa.
Bagi tiga pengubahan wang haram dan tiga tuduhan pecah amanah, setiap pertuduhan membawa hukuman penjara 10 tahun.
Semua hukuman penjara dijalankan serentak. Tidak ada denda untuk tuduhan pengubahan wang haram.

Muhyiddin tersenyum puas bila Najib dihukum, dakwa AMT Umno

Muhyiddin tersenyum puas bila Najib dihukum, dakwa AMT Umno

Penjara 12 tahun, denda RM210 juta untuk Najib walau bersumpah dengan nama Allah

Penjara 12 tahun, denda RM210 juta untuk Najib walau bersumpah dengan nama Allah

KEPUTUSAN KES SRC INTERNATIONAL ADALAH KEMENANGAN RAKYAT


Majlis Presiden Pakatan Harapan mengambil maklum keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang telah mendapati Dato’ Sri Najib Razak bersalah atas tujuh pertuduhan pecah amanah, salah guna kedudukan dan pengubahan wang haram melibatkan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.
Keputusan ini adalah satu kemenangan besar buat rakyat Malaysia. Proses pengadilan ini pasti tidak akan bermula sekiranya rakyat tidak bangkit untuk memberi kemenangan kepada Pakatan Harapan dan mengalahkan Barisan Nasional pada PRU14. Malah bila disoroti sejarah isu ini, masalah urus tadbir 1MDB dibangkitkan kali pertama di Parlimen oleh YB DS Anwar Ibrahim pada 2011.
Majlis Presiden merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat di dalam proses ini, termasuk mantan Peguam Negara yang telah memulakan proses perundangan ini.
Majlis Presiden menjemput seluruh rakyat Malaysia untuk meneliti dan menelurusi penghakiman yang telah dibuat hari ini.
Majlis Presiden berpendirian bahawa reformasi institusi menyeluruh perlu dilaksana untuk memastikan iklim politik yang memungkinkan kebobrokan dan kerosakan besar yang berlaku pada zaman pentadbiran Barisan Nasional tidak berulang lagi. Ini hanya boleh dilakukan dengan pengembalian mandat rakyat ke tempatnya.
YB DS Anwar Ibrahim
Parti Keadilan Rakyat
(KEADILAN)
YB Hj Mohamad Sabu
Parti Amanah Negara
(AMANAH)
YB Lim Guan Eng
Parti Tindakan Demokratik (DAP)
28 Julai 2020.

AMANAH BUAT LEBIH BAIK DARIPADA RUU 355

KEPUTUSAN NAJIB BUKTI KEBEJATAN UMNO


Penerangan KEADILAN menyambut baik keputusan mahkamah yang mensabitkan salah terhadap DS Najib dalam 7 pertuduhan yang dihadapinya dalam kes penyelewengan dana SRC berjumlah RM42 juta.
Ini sebenarnya jumlah kecil daripada banyak lagi kes melibatkan DS Najib terutamanya 1MDB yang telah mula dibangkitkan oleh KEADILAN, khususnya DS Anwar Ibrahim sejak tahun 2011 lagi di Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia.
Keputusan hari ini juga dicapai melalui kebebasan sistem kehakiman, prinsip yang diperjuang dan menjadi sebahagian asas penubuhan KEADILAN. Kita akan terus berjuang memastikan reformasi institusi dilaksanakan dan dipertahankan serta terus menambah baik persekitaran demokratik seiring dengan tata kelola kerajaan yang baik.
Penerangan KEADILAN, bersama rakan-rakan di blok pembangkang percaya rakyat kini sudah tidak boleh dimomokkan dengan pelbagai ancaman dan fitnah. Kami akan terus bersama dan berikhtiar mengembalikan mandat rakyat untuk membolehkan reformasi menyeluruh dilaksanakan di segenap peringkat.
Kami yakin rakyat mahukan reformasi dan akan terus menyokong pemimpin dan parti yang komited dengan agenda ini.
YB DATUK SERI SHAMSUL ISKANDAR MOHD AKIN
Ketua Penerangan
Parti KEADILAN Rakyat
28 Julai 2020.

TAK LEH BLAH...Pemimpin Pas turut hadir, baca doa untuk Najib


Image may contain: 2 people, people sitting, shoes and outdoor


Pemimpin dan ahli Pas turut hadir memberikan sokongan kepada Mantan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Antara pemimpin yang hadir ialah Yang Dipertua Pas Kawasan Pekan, Abu Kassim Manap bersama pimpinan kawasan serta beberapa ahli Pas lain.
Ditanya berkenaan keputusan Najib, beliau berharap keputusan bekas perdana menteri itu tidak dicampur oleh politik.
“Saya harapkan kemenangan yang adil, tiada campur tangan. Saya yakin Bossku (Najib) akan baik baik sahaja. Insya-Allah,” katanya lapor Malaysiakini.
Dalam satu video yang dikongsikan di laman Facebook, pemimpin yang hadir juga telah mengetuai bacaan doa bersama Najib.
Mereka berdoa agar Najib diberikan kekuatan dan kesabaran yang tinggi serta memberi kemenangan yang besar kepada Ahli Parlimen Pekan itu.