TERBAIK.KENA LAGI SI PEMFITNAH :Terkini!: Timbalan menteri kesihatan, exco Perak didenda RM1,000 ingkar PKP

Terkini!: Timbalan menteri kesihatan, exco Perak didenda RM1,000 ingkar PKP


GERIK: Mahkamah Majistret di sini hari ini mendenda Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Noor Azmi Ghazali dan Exco Perak, Razman Zakaria masing-masing RM1,000 kerana melanggar perintah kawalan pergerakan (PKP) 2 minggu lalu.
Azmi yang juga ahli Parlimen Bagan Serai serta Razman yang merupakan pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, NGO dan Masyarakat Sivil Perak tiba serentak pada 9.20 pagi tadi.
Kedua-duanya dan beberapa individu lain didakwa melanggar Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.
Pada 18 April lalu, gambar Azmi, Razman dan beberapa individu menghadiri satu jamuan di Maahad Tahfiz Quran Lid Dakwah Wal Imamah di Lenggong tersebar di media sosial.
Kawalan di sekitar mahkamah diperketatkan dengan kehadiran polis, selain media yang mula tiba seawal 7 pagi tadi bagi membuat liputan prosiding kes itu.
Bernama


KENAPA PERSOAL KEBAIKAN? KENAPA BISU KPD KEJAHATAN?


Saridah Sh Abdullah

Imej mungkin mengandungi: 2 orang, teks
Masih ingat Allahyarham Tok Guru Nik Aziz? MB Kelantan 20 tahun. Macam-macam akses seorang MB kepada khazanah negeri. Kehidupan zuhud menjadi pilihan hati. Bahkan Allahyarham memotong gaji bulanannya untuk dimasuk ke tabung negerinya. Elaun keraian tidak diambil dan duduk di rumah sendiri. Hutang BN tinggalkan dibayarnya WALAUPUN Kelantan sentiasa dianaktiri oleh kerajaan pusat.
Kenapa dipilihnya zuhud daripada hidup mewah? Hatinya bahagia meraih redha Tuhannya.
DS Anwar Ibrahim, menteri kewangan 8 tahun. Macam-macam boleh diambilnya, lebih dari 1MDB pun jika beliau mahu, kerana network dunia Arabnya lebih besar dari Najib. Tapi beliau telah membawa Malaysia dikenali hingga ke peringkat antarabangsa melalui pelan-pelan kewangannya sehingga muncul sebagai Asian Tiger! Dilalui penjara dengan berani setiap kali digertak tanpa tunduk kepada tirani membolos diri. TIADA Menteri Kewangan sebaik atau lebih baik darinya sehingga kini!
Kenapa sanggup dia berkorban walau tanpa penghargaan? Malah dicerca dan dihina! Hatinya bahagia meraih redha Tuhannya.
Ust Ebit Lew ke merata cerok negara membantu simiskin tanpa mengira bangsa dan agama. Walau disindir dan ditanya mengenai dana. Dia tetap teruskan walau penat dan sedih kerana baginya bahagia hanya ada di Hati yang mendapat redha Tuhannya.
Kenapa kita gemar bertanya pada pilihan orang yang bahagia membahagiakan orang lain? Kenapa kita membisu terhadap perbuatan orang yang menipu, mencuri hak kita? Oh biarlah Allah membalasnya, kita diajar begitu. Betulkah? Atau kita diajar supaya takut kepada orang jahat dan membuli orang baik?
Kita tidak diajar untuk memuji tetapi mengeji? Kita diajar untuk tidak menghargai tetapi untuk berdengki? Jika begitu resam budaya kita, kita akan hilang dari dunia. Bermula dengan identiti kita! Tulisan yang hilang, bahasa yang tidak disayang, budaya songsang dipertahan, empati ehsan menjadi kehairanan.
Hairan melihat kezuhudan, hairan melihat keadilan, hairan melihat kejujuran, hairan melihat perjuangan untuk penambahbaikan.
Sudah terbiasa dengan kebiadapan, sudah terima penipuan sebagai sebahagian kehidupan, sudah mangli dengan penindasan, sudah akur dengan penjajahan akal fikiran.
Lihat mata sepet, kulit putih itulah Cina. Lihat kulit gelap, hidung tinggi itulah India. Tidak hilang identiti mereka. Melayu rupa bagaimana? Ada yang persis Arab, ada Mat Saleh, ada sedikit sepet, ada hitam manis. Kita adalah bangsa darah yang bercampur sudah! Sepatutnya Melayulah yang terbaik membimbing semua bangsa, menjadi bangsa contoh dunia!
Tetapi kerana Melayu pilih yang pencuri, penipu, perasuah, pedagang agama dan penjenayah sebagai ketua mereka, MAKA Melayu telah MENGKHIANATI bangsa mereka sendiri! Jangan lagi nak salah Allah, kun fa ya kun, qada dan qadar. Melayulah satu-satu bangsa yang mewarisi Islam sejak lahir ke dunia. Tapi orang Melayu juga menolak tepi iman mereka apabila memilih tertipu dengan gemerlapan dunia! Bumi Melayu paling bertuah kurniaan Allah tetapi menjadi sial kerana keadilan tidak terpasak dalam pengagihan khazanah.
Biar Ust Ebit Lew terus mencari Melayu yang susah untuk ditarbiyah agar menjadi Melayu bermutu bermaruah. Jika UEL tidak sampai, kita pun tak kenal Melayu yang terabai!

Dilema UMNO dalam kerajaan PN – Bahagian 2



The Cabinet list jigsaw puzzle | The Star Online

Kepimpinan BERSATU menyedari kedudukan politiknya yang rapuh. Keutamaan jangka pendeknya adalah untuk memastikan kestabilan kerajaan sekarang. Mereka akan menawarkan kedudukan dalam GLC dan agensi kerajaan lain kepada ‘backbenchers’ PN untuk menjamin kesetiaan mereka. Mereka akan terus ‘menarik’ Ahli Parlimen pembangkang untuk bekerjasama bersama PN dengan pelbagai tawaran. Perdana Menteri akan terus meminta ‘restu’ Tun Mahathir. Pemimpin BERSATU juga pasti ingin mengukuhkan kedudukan masing-masing dalam parti dengan memenangi kedudukan dalam pemilihan parti yang akan datang.

Tetapi walaupun BERSATU dapat meningkatkan majoriti parlimen PN dalam jangka masa pendek, ia tidak boleh berharap untuk meneruskan keadaan sekarang sampai waktu PRU15. BERSATU sedar bahawa UMNO dan PAS tidak mempunyai insentif untuk membahagikan kerusi parlimen dengannya pada PRU15. Ia tahu bahawa ia jauh lebih lemah dari segi jentera politik dan penjenamaannya berbanding dengan UMNO dan PAS. 

Oleh itu, ia hanya mempunyai satu pilihan untuk memanjangkan usia politiknya iaitu untuk menggantikan UMNO sebagai parti Melayu utama dalam gabungan pemerintah. Untuk mencapai matlamat ini, BERSATU akan melakukan perkara berikut: 

(I) Memujuk lebih ramai Ahli Parlimen dan ADUN UMNO untuk menyertai BERSATU dan ‘memecahbelahkan’ UMNO sebagai persiapan menjelang PRU15 (II) Terus memberi tekanan kepada UMNO dengan tidak menggugurkan kes mahkamah yang melibatkan pemimpin UMNO (III) Cuba membina gabungan alternatifnya kepada BN / MN / PH 

Sudah tentu, ada yang mengemukakan kemungkinan BERSATU akan bergabung semula dengan UMNO sama seperti yang dilakukan oleh Semangat 46 (S46). Tetapi pada masa itu, S46 tidak mempunyai satu pun penyandang jawatan pemerintah sedangkan dalam BERSATU sekarang, terdapat ramai Ahli Parlimen yang sudah biasa dengan kedudukan berkuasa dan akan melakukan apa sahaja untuk mempertahankan jawatan mereka. Mereka tahu bahawa selepas penggabungan dengan UMNO, kebanyakan mereka akan hilang kuasa dalam ‘pembersihan’ dalaman dan tidak akan dibenarkan bertanding pada PRU15. Tidak boleh lupa, kebanyakan pemimpin BERSATU, terutamanya di peringkat akar umbi, menyertai UMNO kerana mereka tidak dapat memperolehi jawatan penting dalam UMNO. Memandangkan realiti ini, kemungkinan tinggi penggabungan ini tidak boleh diterima oleh BERSATU. 

UMNO juga sedar bahawa BERSATU memerlukan lebih masa untuk melemahkan UMNO dan membuat persediaan menghadapi PRU15. Oleh itu, strategi jangka panjang yang optimum bagi UMNO untuk memenangi balik kuasa adalah untuk TIDAK memastikan bahawa kerajaan Muhyiddin dapat bertahan selama tempoh penuh sehingga PRU15 (yang harus dipanggil menjelang 2023). Oleh itu, UMNO harus memilih masa terbaik untuk menarik sokongannya terhadap kerajaan ini untuk mencetuskan pilihan raya umum. Ini mungkin tidak akan berlaku dalam waktu terdekat kerana negara ini menghadapi krisis kesihatan dan ekonomi yang disebabkan oleh virus Covid-19. Tetapi setelah ada tanda- tanda bahawa krisis kesihatan Covid-19 menjadi lebih terkawal, kepemimpinan UMNO boleh bertindak pada bila-bila masa. 

Salah satu perkara yang sukar untuk diramalkan adalah strategi Ahli Parlimen UMNO yang tidak diberi jawatan kabinet, terutama mereka yang mempunyai kes mahkamah yang belum selesai. Apakah kemungkinan mereka akan ‘sabotaj’ kerajaan Muhyiddin, misalnya, dengan tidak hadir untuk memberi sokongan kepada rang undang-undang di parlimen dan sekali gus, mencetuskan kejatuhan kerajaan? Kemungkinan ini lebih tinggi sekiranya kes mahkhamah yang melibatkan Presiden UMNO, Setiausaha Agung UMNO dan beberapa Ahli Majlis Tertinggi UMNO tidak digugurkan dalam masa yang sesuai. 

Sementara itu, kita sudah dapat melihat beberapa tanda tidak puas hati di kalangan pemimpin UMNO terhadap kerajaan sekarang. Sasaran mereka nampaknya tertumpu pada pemimpin BERSATU, setakat ini. Sebagai contoh, Ketua Pemuda UMNO, Dr Asyraf Wajdi Dusuki, mempersoalkan keputusan Azmin Ali untuk membenarkan sektor tambahan beroperasi dari 15 hingga 28 April. 


Bekas Ahli Parlimen Johor Bahru, Shahrir Samad, juga mempersoalkan perlunya MITI terlibat dalam sektor seperti gunting rambut, dan bertanya adakah MITI kini menjadi ‘Super Minister’ di bawah Menteri Kanan, Azmin Ali. 


Dr Zambry Abdul Kadir, mantan Menteri Besar Perak, telah tweet gambar bantuan makanan dari Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) yang tidak diagihkan dan bertanya Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dari BERSATU, Rina Harun, adakah mereka sedang menunggu “penyelaras parlimen” untuk dilantik sebelum bantuan dapat diedarkan. 


Khaled Nordin, mantan Menteri Besar Johor, juga mengkritik Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Noor Azmi Ghazali, kerana makan bersama sekumpulan pelajar tahfiz di Perak semasa PKP dengan mengatakan bahawa ini bukan teladan yang baik kepada orang lain. 


Kemungkinan besar serangan begini, secara langsung dan tidak langsung, oleh pemimpin UMNO terhadap pemimpin PN tertentu, terutama dari pemimpin UMNO yang tidak bersetuju dengan pembentukan kerajaan PN bersama-sama dengan BERSATU, akan bertambah. 

Dilema ini adalah sebab utama mengapa kerajaan PN tidak mungkin bertahan selama 3 tahun sebelum penggal parlimen ini berakhir pada Mei 2023. Dilema UMNO adalah ancaman besar kepada BERSATU dan untuk kerajaan PN. 

MENGAPA HINA FRONTLINER PEKERJA ASING?

UMNO MULA TUNJUK KUKU

BANTUAN COVID 19 DI JOHOR GUNA ORANG TENGAH?

PKPD SELAYANG: HARGA SAYUR DIJANGKA MELAMBUNG HINGGA 70%

PN PECAH MENJELANG PRU 15?

RENTASAN MINGGUAN 067 | PANAS!!! INI AMARAN KETUA PEMBANGKANG TERHADAP PM-8?




MENARIK DALAM RENTASAN MINGGUAN 067
1. KERAJAAN TEBUK ATAP TAKUT BERHADAPAN ANWAR IBRAHIM? 2. UMNO SABAH TERUS MELUKUT DI TEPI GHANIMAH KUDETA 3. SIAPA GORENG PRINSIP DALAM KUALI C0V1D-I9? 4. MUHYIDDIN TIDAK BERPOLITIK, CUMA BERKHIANAT






MENUNGGU SIASATAN ROS STATUS HALAL HARAM PN



Berikutan kenyataan Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan yang menyebut Perikatan Nasional atau PN bukan sebuah entiti politik yang berdaftar, ramai yang tidak ragu-ragu menganggap gabungan kerajaan itu adalah sebuah pertubuhan yang haram.
Blog ini dalam artikelnya semalam adalah antara yang terawal mengungkap persoalan tersebut serta mempertikaikan mengapa setelah hampir dua bulan menjadi kerajaan, tetapi PN masih tidak didaftarkan.
Hari ini, susulan kedudukan PN sebagai pertubuhan haram itu sudah menjadi perbualan yang merata, telah ada individu tampil membuat laporan kepada Pendaftar Pertubuhan.
Salinan laporan tersebut adalah seperti di bawah ini:-
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
25 April 2020
Kepada
Ketua Pengarah
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia
Aras 8 & 9, Block D7, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Perseketuan
42546, Putrajaya.
ADUAN BERKAITAN SEBUAH ‘PERTUBUHAN’ YANG DISYAKI BERGERAK SECARA HARAM.
1. Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Sejak 1 Mac 2020, terdapat satu pertubuhan atau perikatan politik yang disyaki ‘haram’ telah beroperasi dalam negara Malaysia.
3. Pertubuhan / perikatan politik tersebut dikenali sebagai ‘Perikatan Nasional’, yang kononnya merupakan sebuah perikatan antara beberapa parti politik yang telah bertindak membentuk sebuah kerajaan ‘tebuk atap’ pada awal Mac yang lalu.
4. Maklumat berkaitan Perikatan Nasional adalah sebuah pertubuhan haram diperkuatkan oleh Timbalan Presiden UMNO yang mengesahkan bahawa Perikatan Nasional tidak pernah berdaftar seperti Barisan Nasional.
5. Pihak JPPM perlu bertindak tegas atas pertubuhan haram ini, kerana sudah ramai rakyat yang terpedaya dan ditakuti akan diikuti oleh rakyat dengan menjalankan aktiviti atas nama pertubuhan yang tidak didaftar ataupun pertubuhan haram.
6. Semoga aduan ini diambil perhatian sewajarnya dalam usaha menegakkan kedaulatan undang-undang di kalangan rakyat.
Saya yang melapor
RIDZWAN BIN ABU BAKAR
Rakyat Malaysia.
(surat ini akan dihantar kepada Ketua Pengarah JPPM pada hari isnin – ini merupakan salinan awam).
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Selain laporan ini, difahamkan pelbagai pihak lain akan turut membuat laporan yang sama kepada RoS berhubung kedudukan PN selepas ini.
Meskipun PN sekarang adalah kerajaan serta Setiausaha Agung Bersatu lantikan Muhyiddin Yassin pula merupakan Menteri Dalam Negeri, tetapi RoS wajar menyiasat dan menentukan kedudukan gabungan itu dengan adil serta berdasarkan fakta.
RoS juga wajar menentukan status kerajaan sekarang sekiranya benar PN tidak pernah didaftarkan dan merupakan sebuah pertubuhan yang haram.
Sesungguhnya, kedudukan ini benar-benar memalukan kerana sudahlah membentuk kerajaan melalui tebuk atap, PN yang diwar-warkan sebagai gabungan baru pula bukan sebuah pertubuhan yang sah.
Oleh itu, penjelasan RoS adalah amat diperlukan. (ShahbudinHusin 27/04/2020)

PAKEJ RANSANGAN TIDAK BERKESAN, BANTUAN EKONOMI HANYA SEMENTARA

BENARKAH KEMENTERIAN KESIHATAN CADANG SESI PARLIMEN SEHARI?