HATI HATI DENGAN PENSABOTAJ


TERIMA KASIH ANWAR, TERIMA KASIH SYED SADIQ - AKHIRNYA KERAJAAN SETUJU BINCANG SEMULA PEMANSUHAN ELAUN PERKHIDMATAN KRITIKAL KAKITANGAN AWAM



Itulah kerajaan PH.  Meskipun telah dibuat keputusan, namun kerajaan tetap mendengar suara rakyat.  Ini tidak dapat dinikmati di era kerajaan Umno/Bn dahulu kerana di dalam parti tersebut tukang ampu dan angguk terlalu ramai.

Sebelum ini kerajaan melalui JPA telah mengumumkan untuk memansuhkan elaun perkhidmatan kritikal kakitangan awam bagi pengambilan tahun 2020.

Meskipun ia hanya melibatkan kakitangan awam yang mula bertugas tahun 2020, namun keputusan kerajaan itu mendapat bantahan dan kritikan dari berbagai pihak termasuk dari kalangan pimpinan PH sendiri.  Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Sadiq dan Presiden Keadilan yang juga MP Port Dickson, YB Dato' Seri Anwar Ibrahim di antara paling ke hadapan menggesa agar keputusan ini dikaji semula.

Anwar menggesa agar kerajaan mengkaji semula keputusan tersebut dan dibincangkan di dalam mesyuarat Kabinet awal tahun hadapan.  Akhirnya saranan Anwar diterima di mana hari ini seperti yang disiarkan melalui Buletin Utama TV3, PM bersetuju untuk menangguhkannya sehingga dibincangkan di dalam mesyuarat Kabinet nanti.

Untungnya PH kerana memiliki pemimpin yang berani menegur kerajaan demi kepentingan rakyat.  Kerajaan PH bukan seperti kerajaan Bn di mana pemimpin mereka kelu dan bisu sehingga sanggup membiarkan pemimpin mereka merompak harta rakyat bertahun-tahun sehingga kerajaan Bn itu tumbang akhirnya.  Kerajaan PH juga tidak seperti parti lebai yang amalkan 'wala' dan akur dengan pemimpin mereka sehingga pemimpin mereka menjual agama pun mereka tetap 'wala'. 

Rakyat semakin tidak sabar menanti PM8, Dato'  Seri Anwar Ibrahim menerajui negara ini agar keputusan seperti ini tidak lagi berulang.

WFAUZDIN NS

RIWAYAT SAHIH, TUN M PM UNTUK 2 TAHUN

PEMUZIK FRANK ONG ALLEYCAT MENINGGAL DUNIA.


KES VIDEO LIWAT DAN POLIS YANG TIDAK PROFESIONAL



@RaheemArshavin

Satu kerja yang belum lagi disiapkan oleh Polis di Raja Malaysia (PDRM) pada 2019 adalah pendedahan video hubungan sejenis (Gay / Liwat) yang dikatakan melibatkan Azmin Ali. Walaupun hasil siasatan polis menunjukkan hasil proses pengecaman wajah sebagai negatif, pengakuan Haziq Abdullah Abdul Aziz masih meninggalkan persoalan.

Pertama, siapakah sebenarnya yang bersama dengan Haziq dalam video yang menjijikkan itu? Kemudian, dengan terbukti sahihnya video yang didedahkan oleh polis, adalah sangat aneh jika PDRM tidak menjalankan siasatan ke atas Azmin Ali. Siasatan terhadap Azmin sepatutnya sama dan seiring dengan siasatan polis terhadap Dato Seri Anwar Ibrahim (DSAI). 

Kedua, jika video itu sahih maka pihak polis perlu mengumpulkan bukti sokongan yang lain. Seperti memeriksa CCTV Hotel, melakukan ujian pengesan pembohongan (lie detector) pada Haziq dan Azmin, dan mencatatkan perbualan mesej antara Haziq-Azmin. 

Sudah tentu tidak sukar untuk kenal pasti atau tel big bos tidak di benarkan buka siasatan ada kemungkinan
Tak profesional sebab di pilih pilih dalam tindakan,
Pemerintahan mahathir sekarang sama dengan zaman mahathir memerintah umno dulu
Maka mahathir perlu di tukar dengan segera kalau tidak rakyat susah

ADAKAH ZAHID IKUT AGENDA HISHAMUDDIN.



Berdasarkan pemahaman secara umum, tindakan Apandi Ali meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO secara mengejut adalah kerana tidak berpuas hati dengan adanya arahan agar menangguhkan perbicaraan disiplin terhadap bekas Naib Presiden UMNO, Hishammuddin Hussein.
Sehubungan itu, Apandi menegaskan, beliau meletakkan jawatan kerana tidak sedia menjadi kuda tunggangan sesiapa.
“Saya tidak sanggup jadi kuda tunggangan. Maruah saya lebih penting daripada jawatan,” kata Apandi yang merupakan bekas Peguam Negara era Najib Razak.
Perbicaraan itu sepatutnya diadakan semalam, 26 Disember 2019.
Sementara itu, Ahli MT UMNO, Lokman Adam mendakwa, pihak yang mengarahkan penangguhan perbicaraan terhadap Hishammuddin itu adalah Presiden UMNO sendiri, Ahmad Zahid Hamidi.
Sehubungan itu, beliau memuji Apandi sebagai seorang yang berprinsip atas tindakannya meletakkan jawatan itu.
“Lembaga Disiplin UMNO sepatutnya adalah sebuah badan bebas yang tidak boleh disekat daripada menyiasat sesiapa sahaja tanpa dihalang termasuk oleh Presiden parti.
“Tindakan Presiden UMNO ini jelas bercanggah dengan perlembagaan parti dan menghina kedudukan Lembaga Disiplin itu sendiri,” katanya lagi.
Sesungguhnya inilah nasib Presiden UMNO setelah BN tidak lagi berkuasa kerana jika Presiden UMNO itu berjawatan Perdana Menteri, tindakan atau arahannya bukan saja akan diterima dengan senang hati oleh sesiapa malah akan diberi puji-pujian oleh ramai yang lain lagi.
Tetapi, jika benar arahan itu datang daripada Presiden UMNO, mengapakah Zahid Hamidi memberi arahan agar perbicaraan terhadap Hishammuddin itu ditangguhkan?
Apakah tindakan Hishammuddin bersama 21 Ahli Parlimen UMNO mengadakan pertemuan secara sulit dengan Azmin Ali di rumahnya pada waktu malam baru-baru ini bukan suatu kesalahan?
Apakah Zahid Hamidi sebenarnya takut dengan gerakan Hishammuddin yang dipercayai umum ada hubungan baik dengan Tun Mahathir Mohamad, malah sebagaimana didakwa oleh Lokman, prosiding terhadap bekas Naib Presiden UMNO atas kesalahan melanggar peraturan parti itu sudah dibatalkan sebanyak tiga kali?
Ataukah Zahid Hamidi sudah mula bersetuju dengan gerakan Hishammuddin yang dipercayai ramai mahu mengukuhkan kedudukan Tun Mahathir, seterusnya agar kekal lebih lama sebagai Perdana Menteri melalui gabungan atau kerjasama baru dan dengan demikian, Presiden UMNO yang sedang berdepan banyak kes mahkamah, akan turut kembali ke persada kuasa semula?
Akan ditinggalkankah Najib dalam percaturan ini? (ShahbudinHusin 27/12/2019)


PRK KIMANIS: YAKIN UMNO AKAN TEWAS DI TANGAN WARISAN

BUKAN SEMUA MENTERI SAPU DUIT ELAUNS


Oleh: Liyana Marzuki

Sekarang viral mengenai gaji dan elaun Menteri. Byk jugak yang viralkan keratan akhbar ni untuk membelasah Pakatan Harapan dan menuntut elaun Menteri dipotong. 

Saban bulan, saya turut menguruskan claim Menteri. Banyak juga benda yang dia langsung tak claim seperti bil elektrik dan air rumah beliau. Sejak mula masuk office tak pernah dituntut. Bil telefon juga sama. Dia kata dia mampu bayar tanpa duit kerajaan. Claim luar negara pun walaupun isteri beliau berkerja rasmi sama, tak pernah dituntutnya. Claim perabot rumah semua tak diambil. Rumah kerajaan pun tak digunanya. 

Saya dah bekerja dgn 4 orang Menteri. Termasuk Menteri BN. Masing2 ada kelebihan. Tapi bab berjimat ni saya angkat tabik hormat kepada Menteri saya yang ini. 

Jadi bila ada fitnah teruk macam ni, saya rasa sgt tidak adil. Ada yang cakap ni keratan akhbar tahun 2016. Dan ia berpandukan maklumat dalam Internet sahaja dan bukan fakta sahih daripada JPA 🤦🏻‍♀️

Mungkin ini elaun Menteri di bawah pentadbiran Najib. Zaman tu semua boleh. Gaji CEO GLC pun boleh sampai ratus ribu walaupun ekonomi merudum pada tahun 2015. Apa lah sangat elaun parking RM5000 😏

Yang pasti Kerajaan PH menggunakan sepenuhnya Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 dan semua peraturan yang berkuatkuasa. Dan JPA dan MOF memantau semua aliran masuk gaji dan elaun kepada Menteri dan Anggota Pentadbiran lain. 

Maka saya rasa terpanggil untuk menjelaskan beberapa perkara mengenai fitnah terbaru ini:

1. Gaji Menteri ditetapkan dalam Akta sebanyak RM16,000 sebulan. Bila PH mula memerintah, PM arahkan potongan gaji sebanyak 10% berkuatkuasa daripada Jun 2018 hingga sekarang. 

Jadi orang pertama yang kena potong gaji sejak PH memerintah ialah Pak-Pak Menteri kita. 

2. Elaun Menteri ada 6 jenis sahaja. Tupun semua ditetapkan bawah peraturan. Saya nak lampirkan disini tapi peraturan tu diketogorikan sebagai Sulit/ Terhad. Saya tengah tanya JPA sama ada boleh dilampirkan. Kalau boleh saya akan masukkan disini. 

Elaun yang dibayar:

i. Elaun Jemaah Menteri
ii. Elaun Wakil Rakyat
iii. Elaun Rumah
iv. Elaun Keraian
v. Elaun Pembantu Rumah
vi. Bayaran Pentadbiran Persekutuan

Takde nya ELAUN PARKING bagai tu tuan2... Sangat la merepek!!! 

3. Pasal bercuti luar negara lagi kuat fitnahnya. Yang boleh dituntut ialah tiket kapal terbang dan hotel. Takde dalam peraturan boleh dituntut sampai RM50,000 🤦🏻‍♀️🤦🏻‍♀️🤦🏻‍♀️ Dan bercuti luar negara ni terpakai sejak tahun 1980 dan juga kemudahan ini turut dinikmati oleh Hakim-Hakim Negara. 

4. Elaun perabut sampai RM40,000 takde dalam peraturan.

5. Tuntutan hadiah dan derma yang boleh diberikan kepada Badan Pertubuhan, yang tu langsung takde dalam peraturan.

6.  Jamuan Raya sampai tuntutan beratus ribu juga tak masuk dalam peraturan 🤦🏻‍♀️🤦🏻‍♀️🤦🏻‍♀️

Jadi tuan2 byk yang fitnah nya dalam keratan akhbar ni. Kena juga check mungkin semua ni yang dipraktikkan oleh Kerajaan terdahulu 😅 

Ramai yang kena tahu, pegawai kerajaan sekarang sgt beramanah menjalankan kerja mereka. Sebelum ni moto pegawai awam ialah “Saya yang menurut perintah” sekarang PM Tun tukar ke “Saya yang menjalankan amanah”

Setiap tuntutan diperhalusi mengikut pekeliling dan Akta. Daripada Pak Menteri hingga ke anggota kerajaan lain. 

Jadi nak menyeleweng dan buat suka hati macam zaman BN dulu memang sangat mustahil sebab adanya check and balance tersebut 👍🏼

Nasihat saya, sebelum nak percaya dengan tohmahan pembangkang ni check dulu betul2 fakta. Jangan hanya diforward tanpa usul periksa. 

Semestinya, pembangkang sgt desperate nak jadi kerajaan semula. Supaya apa yang dibuat dulu yang menguntungkan kantung mereka boleh dibuat semula. 

Wallahualam...

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10157783694838427&id=566123426

®📝😉

PERTIKAIAN PENGAJARAN JAWI AKIBAT KURANG MAKLUMAT, PENJELASAN

JANGAN BIARKAN WALAUN UMCAI LEPAS.



Proceed, jangan bagi muka..! Jenis perot hijau ni mana reti taubat. Kerja mereka hanya doktrin palotak rakyat supaya jadi khawarij macam mereka..


LAGI RUNGUTAN DAN AMARAH KERANA ELAUNS.



Soalnya sekarang pada masa & ketika ini bkn masalah bersetuju @ tidak utk menamatkan elaun BIPK kpd pengambilan baru 

DOKTOR/JURURAWAT/JURUTERA/PROFESONAL mulai JAN 2020. Tetapi ianya tidak sesuai untuk dilaksanakan pada ketika ini kerana banyak lagi perkara yang lebih penting untuk taraf hidup ekonomi rakyat yang perlu segera dilaksanakan terlebih dahulu sehingga semuanya telah stabil  sekurangnya setelah 2 penggal memerintah barulah sesuai untuk dilaksanakan penamatan elaun tersebut .

 Contoh la isu rokok (3 meter) yang telah membuat rakyat marah & meluat dgn kerajaan kini. Najib (BN) yang mempunyai kerajaan berlupuh tahun memerintah telah memberi berbagai gula2 kpd rakyat pun boleh terguling2 PRU 14. Apatah lagi Kerajaan PH yg baru nk merangkak ni yg nk potong berbagai2 elaun & dll yang taraf kemiskinan rakyat pun yg masih lagi kelaut memang akan tersembam baham tanah la PRU 15 nnt. Sekadar ingatan. Disebabkn perkara seperti ini lah dll DSAI perlu disegarakn menjadi PM 8 seawal FEB 2020. In Shaa Allah. Aamii




PENDEKATAN HOLISTIK PERLU ELAK KRISIS AIR BERULANG

KRITIKAN AI MENDAPAT PERHATIAN.



Berikutan isu Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal atau BIPK dalam perkhidmatan awam yang diumum akan ditamatkan bermula tahun depan telah menimbulkan keresahan ramai, Anwar Ibrahim tampil menyarankan jemaah menteri agar membincangkan semula perkara itu.
Katanya, perkara itu wajar dibincangkan semula selepas ada rungutan dan bantahan daripada pelbagai pihak.
Presiden PKR itu menyatakan demikian dalam kenyataan media yang dikeluarkannya.
Sebagai bakal pengganti Perdana Menteri yang sudah dipersetujui, suara Anwar ini adalah tanda keprihatinannya kepada rakyat jelata.
Dan berikutan itu, Menteri Kesihatan, Dzulkefly Ahmad telah mengeluarkan arahan agar kementeriannya mengadakan pertemuan dengan JPA bagi membincangkan isu tersebut.
Di bawah kementerian beliau, doktor dan jururawat adalah antara kategori penerima BIPK dalam perkhidmatan awam.
Mudah-mudahan dengan keprihatinan dan suara Anwar ini, akan ada cahaya harapan menceriakan kegerhanaan rakyat dalam isu BIPK ini. (ShahbudinHusin 26/12/2019)

KISAH KOMIDI : KISAH GERHANA MATAHARI DI RUSILA



Ini kisah semalam...

Semlm khabarnya kecuh sbb ada gerhana matahari.  Ramai yg dtg ke tg piai dan ke kl tempat melihat gerhana matahari.  Tok pun bergegas ke rumah guru tok di Rusila utk mengajak dia menyaksikan keaiban gerhana matahari.  Sampai di rumah guru tok, tok tengok dia di dapor sedang membelek2 dalam jubahnya sambil mengangkang.  

" Tuan guru sedang buat apa?  Adakah tuan guru mengalami buasir lagi?"  Tanya tok dipintu dapor rumahnya.

Guru tok tersentak sambil cepat2 bangun mencapai tongkatnya.  Dia kemalu-maluan tok lihat.  Tok buat tak tahu dan bertanya, " Tuan guru, jom kita ke Tg Piai menyaksikan gerhana matahari hari ini, kita boleh solat sunat di sana nanti sambil bawa tabung milo".  Tanya tok.

Guru tok mengeleng2 kepala seraya bersandar atas kerusi malas.  Sambil membuaikan badannya di kerusi malas, guru tok berkata, 
" Wahai Using.  Mu tau tak, hari ini tidak akang berlaku gerhana matahari.  Mungking ditunda tahung depang, wallahu aklam".  Kata guru tok sambil sesekali menjeling ke bawah pusatnta yang dilindungi jubah.

Tok tersentak.  " Adakah benar berita ini tuan guru?  Tuan guru dapat berita ini melalui mimpi kah".  Tanya tok dengan dahi berkerut.

Guru tok tersenyum sumbing mulut.  " Tidakkah mu tahu, kalau berlaku gerhana matahari, ada pertandanya.  Ahli saing, fizik serta ahli falsafah termasuk ahli silat menyatakang apabila berlaku gerhana matahari telor akang berdiri tegak.  Ambe dah check sendiri tadi kat dapor, ambe belek berkali2, ternyata telor ambe normal, berkedudukang seperti biasa, tidak tegak, cuma batangnya saja sedikit naik menahang kencing. Ertinya, tidak berlaku gerhana.".  Jawab guru tok sambil menyilangkan kakinya dan bergoyang2.

"  Teehehehee...Laaa...tuan guru.  Tuan guru khilaf ni.  Apa yang dimaksudkan oleh ahli sains itu adalah telor ayam, bukan telor kita,".  Kata tok sambil tutup mulut menahan ketawa.  Bimbang juga, maklumlah, tongkat ada di sebelah guru tok.  

Wajah guru tok tiba2 berubah merah seperti sotong mengawan menahan klimaks.  

" Using...biar betul?  Jadi, sia2 lah ambe hampir setengah jang di dapor belek telor ambe...err..kalau gitu, moh kite ke sana...kita doh lewat ni..".  Kata guru tok sambil laju keluar pintu dapor sambil menarik tangan tok menuju ke kereta mewahnya.  

" Ok..ok..jom tuan guru..teeheheee..". Tok masih menahan ketawa membayangkan peristiwa di dapor sebentar tadi.

TOK USIN


DS Anwar berbahaya jika dibenarkan jadi PM. Benarkah?



Setelah aku fikirkan secara mendalam, aku rasa aku bersetuju. DS Anwar memang berbahaya jika jadi PM. Maka sebab itulah kita boleh lihat beberapa pihak yang beriya mahu menggagalkan DSAI dari mengepalai barisan kabinet negara.

Berikut disenaraikan beberapa 'kebahayaan' DS Anwar sekiranya menjadi PM.

1. DS Anwar adalah pemimpin yang paling konsisten mahu memerangi kemiskinan dan menyebarkan kemakmuran negara kepada rakyat secara saksama. Sudah tentu ini berbahaya kepada puak kapitalis yang acap kali menggunakan saluran khas dalam pentadbiran negara untuk mengaut keuntungan bagi kumpulan sendiri sahaja.

2. DS Anwar sangat dikenali dengan sikap anti rasuah yang begitu keras. DS Anwar juga benci penyalahgunaan kuasa dan dana negara untuk kepentingan kumpulan tertentu. Bahkan itulah puncanya beliau hilang kedudukannya tahun 1998 dahulu. Maka sudah tentulah DS Anwar berbahaya kepada mereka yang suka mengambil rasuah dan membelanja wang negara seperti pusaka datuk nenek moyang mereka.

3. DS Anwar juga dikenali sebagai pemimpin yang Islamik. Sebab itu ramai individu seperti Erdogan dan Yusof Qardhawi amat menghargai beliau. Sudah pasti DSAI berbahaya kepada puak penjual agama kerana jika DSAI menjadi PM, dasar negara alan kelihatan lebih Islamik maka mereka tidak lagi dapat melelong agama demi mempengaruhi pengikut mereka membenci kerajaan.

4. DSAI adalah pemimpin yang disenangi oleh setiap lapisan masyarakat, dari semua kaum. Beliau dilihat mampu menyatu-padukan rakyat. Sekiranya DSAI menjadi PM, mereka yang menggunakan isu perkauman untuk mendapatkan sokongan akan 'terkujat' dan usaha mereka akan menemui jalan buntu. Itu juga bukti betapa bahayanya DSAI sebagai PM bagi puak ini.

Benar DSAI berbahaya kepada sekelompok ahli politik yang serong. Sebab itulah mereka berusaha sedaya mereka untuk menghentikan DS Anwar dari menjadi PM. Dan itulah sebabnya kita perlu bersama demi mempastikan cita-cita mereka untuk merosakkan negara gagal dengan mengangkat DS Anwar sebagai PM kita.

Anwar gesa kabinet bincang semula pemansuhan elaun khidmat kritikal



Presiden PKR Anwar Ibrahim menggesa kabinet membincangkan semula keputusan menamatkan pemberian bayaran insentif perkhidmatan kritikal kepada penjawat awam profesional yang menyertai perkhidmatan awam bermula tahun depan.

Beliau berkata ia bagi mengambil kira keresahan dan kebimbangan yang disuarakan rakyat berhubung perkara itu.

"Saya berpendapat perkara ini perlu dibincang semula oleh kerajaan dalam sidang kabinet pertama 2020.

"Para menteri juga disyorkan menggunakan ruang kabinet bagi menyatakan pandangan mereka," kata anggota parlimen Port Dickson itu dalam kenyataan, hari ini.

Penamatan bayaran insentif perkhidmatan kritikal (BIPK) kepada doktor, jururawat, jurutera dan profesional lain yang menyertai perkhidmatan awam bermula tahun depan diumumkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menerusi pekeliling bertarikh 20 Disember lalu.

BIPK merupakan satu daripada sembilan elaun yang dihentikan kerajaan, termasuk elaun hiburan kepada setiausaha sulit, dan insentif kecekapan berbahasa Inggeris.

Mereka yang sudah menerima elaun akan terus mendapat bayaran tersebut, termasuk pekerja kontrak yang kontraknya telah diperbaharui.

Menurut soalan lazim yang disertakan dalam pekeliling JPA, jumlah elaun perkhidmatan kritikal antara 5 hingga 15 peratus berdasarkan gaji asas penerima, dengan jururawat mendapat jumlah tertinggi (15 peratus).

Antaranya pegawai perubatan, ahli farmasi dan pensyarah di kedua bidang ini menerima kadar rata RM750.

Soalan lazim itu turut menyatakan BIPK diperkenalkan kerajaan pada 1992 untuk kedudukan yang sukar dipenuhi.

Bagaimanapun, menurutnya lagi, semakan 2019 mendapati kerja tersebut tidak lagi menepati kriteria yang ditetapkan, dan maka jawatankuasa kabinet yang dipengerusikan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad memutuskan tiada lagi pemberian baru untuk lantikan bermula awal tahun depan.

JPA sebelum ini menjelaskan, walaupun beberapa elaun termasuk BIPK telah dimansuhkan, kajian elaun sentiasa dilaksanakan secara berterusan dari semasa ke semasa.

GAMIS DAH TAKUT kah?


Oleh: Hobbs

Kenapa Page Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (GAMIS) edit tajuk eh?

Takut kena kutip ke?

Eh seru 13 Mei berani pula?


KENYATAAN MEDIA AI.


DS NAJIB DAN PERKHIDMATAN AWAM



Hari ini sahlah elaun kritikal bagi 33 jawatan perkhidmatan awam akhirnya dimansuhkan. Saya tidak terkejut, kerana ia hanya mengulangi sifir (recycle) yang telah dibuat oleh kerajaan pada awal tahun 1998. Ketika itu pelbagai elaun melibatkan 80 ribu penjawat awam dikurangkan atas dasar penjimatan ketika krisis kewangan serantau.

Kaedah ini sangat berbeza dengan amalan PM ke 5 dan PM ke 6 walaupun mereka berdua berhadapan dengan krisis kewangan global 2009 dan Oil Crash 2015 yang lebih menekan.

Pada zaman Pak Lah, beliau memilih untuk menaikkan mutu dan moral perkhidmatan penjawat awam. Tahun 2007, gaji penjawat awam dinaikkan setinggi 35% sementara elaun sara hidup dinaikkan sekali ganda. Kesannya, kadar rasuah dikalangan penjawat awam bawahan menurun secara mendadak 

Legasi ini diteruskan oleh DS Najib Razak selepas beliau mewarisi jawatan eksekutif no 1 negara. Tetapi kali ini dengan fokus khas bagi penjawat awam pangkat rendah yang tertakluk kepada golongan B40. Antaranya:

1. Tahun 2012, gaji penjawat awam dinaikkan setinggi 12%. Pencen minimum dinaikkan dari RM720 kepada RM820 sebulan dan elaun sara hidup dinaikkan RM50 kepada penjawat awam yang bertugas di pinggir bandar.

2. Tahun 2013, kenaikan pangkat secara besar-besaran PDRM dan ATM berdasarkan time-based dan perubahan lapisan gred. Skim Perumahan Penjawat Awam (PP1M) diwujudkan dengan sasaran 200 ribu unit rumah disiapkan menjelang tahun 2020.

3. Tahun 2015, imbuhan tetap perumahan dinaikkan kepada minimum RM300

4. Tahun 2016, gaji minimum dinaikkan daripada RM832 kepada RM1200. Pencen minimum dinaikkan lagi kepada RM950 sebulan.

Prinsip DS Najib ketika itu senang dibaca. Anda mahu perkhidmatan awam memberikan servis terbaik, bayar mereka setara dengan kualiti kerja mereka. Anda mahu perkhidmatan awam memberikan fokus dan tenaga 100%, pastikan kemudahan asas dan pendapatan mereka mencukupi.

Dan insentif yang pelbagai ini dibalas oleh penjawat awam melalui prestasi tinggi badan-badan kerajaan. Anda boleh lihat bagaimana UTC dan RTC diwujudkan - memberikan servis pantas kepada rakyat.

Akhirnya masa rakyat tidak terbuang dan boleh digunakan untuk aktiviti ekonomi yang memberi kesan kepada peningkatan pungutan cukai, kewujudan pekerjaan baru dan kenaikan gaya hidup. 

Bayangkan bagaimana Bank Dunia sendiri mengiktiraf UTC dan RTC sebagai antara model perkhidmatan kerajaan terbaik dunia

Ini kitarannya. Saya tidak tahu sama ada kerajaan baru faham kitaran ini.

Sebab itu dalam 7 tahun pertama pentadbiran beliau, 2.26 juta pekerjaan diwujudkan. Saya tidak tahu berapa juta pekerjaan yang PH dah buat. Mungkin 5 bilion selepas wujudnya Gojek

Malah hebatnya golongan pekerja diMalaysia sehinggakan pada tahun 2017, KWSP diiktiraf oleh State of The Global Islamic Economy sebagai badan yang mempunyai pelan simpanan Islamik paling besar di dunia.

Berapa caruman terkumpul KWSP? RM814.4 bilion pada 2017 berbanding RM341.6b pada 2009.

Hari ini kita terbaca bagaimana seolah olah penjawat awam adalah beban. Seolah olah penjawat awam bergaji terlalu besar. Seolah olah bayaran pencen mereka membazirkan harta negara.

Saya teringat gambar 2 orang jururawat bangga mengibarkan bendera PKR di hadapan Seri Perdana pada malam 9 Mei 2018

Apa khabar mereka agaknya

#AmbilSemulaNegaraKita
#ReclaimOurNation

----

Abdul Rahim Hilmi Zakariya
Bukit Tunggal Kuala Terengganu

MAKLUMAT DARI KPDNHEP

Ikuti laman Facebook rasmi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk mengetahui perkembangan terkini dan maklumat tepat mengenai isu-isu Kepenggunaan dalam negara.

Jom like, follow dan share hari ini.

Visit to Like my Page-https://www.facebook.com/mykpdnhep/?referrer=whatsapp

Kenyataan Media



Jingga13 Malaysia 

26 Disember 2019

JINGGA13 MALAYSIA KECEWA DENGAN TINDAKAN KERAJAAN UNTUK MENHENTIKAN ELAUAN KRITIKAL PENJAWAT AWAM 

Jingga13 Malaysia benar-benar kecewa dengan  tindakan yang diambil oleh keputusan kerajaan menamatkan pemberian bayaran insentif perkhidmatan kritikal kepada doktor, jururawat, jurutera dan profesional lain yang menyertai perkhidmatan awam bermula tahun depan adalah merupakan sangat tindakan yang sangat mengecewakan dan perlu dihentikan . 

Tindakan sebegini akan menimbulkan rasa kemarahan dan kurang senang penjawat awam yang akan memberikan impak dan natijah negatif kepada kerajaan Pakatan Harapan . 

Jingga13 Malaysia mendesak agar dihentikan perlaksanaan tersebut demi kebaikan rakyat dan negara .

Muafakat + Prihatin + Berani 

FARIZ MUSA 
ketua Koordinator 
Jingga13 Malaysia

APANDI ALI LETAK JAWATAN.



[EKSKLUSIF] Apandi Ali umum letak jawatan, tak rela jadi 'kuda tunggangan' dalam UMNO
 Astro Awani | Diterbitkan pada Disember 26, 2019

[EKSKLUSIF] Apandi Ali umum letak jawatan, tak rela jadi 'kuda tunggangan' dalam UMNO
Mohamed Apandi letak jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Displin kerana kecewa prosiding dengan Hishammuddin Hussein dibatalkan pucuk pimpinan
Kuala Lumpur: Tan Sri Mohamed Apandi Ali hari ini mengumumkan peletakan jawatan beliau sebagai Pengerusi Lembaga Displin UMNO serta-merta.

Keputusan itu diambil beliau ekoran keputusan pucuk pimpinan parti membatalkan sesi perjumpaan antara Lembaga Displin dengan bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Dalam mesej pesanan ringkas kepada Astro AWANI, bekas Peguam Negara itu berkata, pembatalan itu adalah sesuatu yang tidak bertepatan dengan Perlembagaan Parti.

“Hasil perkembangan ini, saya telah arahkan Setiausaha Lembaga Displin untuk menyediakan surat perletakan jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Disiplin Umno dan berkuatkuasa dengan serta-merta.

“Saya tidak rela dijadikan sebagai kuda tunggangan.Maruah saya lebih penting daripada jawatan,” katanya lagi.

Media sebelum ini melaporkan, Hishammuddin sepatutnya dipanggil mengadap Lembaga Displin hari ini bagi memberi penjelasan berhubung tuduhan melanggar perlembagaan dan tataetika sebagai ahli Umno.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Nor Adam sebelum ini telah memfailkan surat rasmi kepada Lembaga Displin bagi menyiasat dakwaan bahawa Ahli Parlimen Sembrong itu cuba menjadi ‘orang tengah’ dengan membawa masuk beberapa pemimpin UMNO ke Parti Pribumi Bersatu Malaysia pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mengulas lanjut, Mohamed Apandi berkata, beliau amat kecewa kerana sesi itu telah dibatalkan atas arahan pucuk pimpinan parti.

Arahan itu, katanya, jelas melanggar keluhuran dan kebebasan Lembaga Displin seperti yang termaktub di bawah perlembagaan parti.

“Memang prosiding show cause akan dipengerusikan oleh anggota Lembaga yg lain.Yang saya amat kecewa ialah, ia di batalkan atas arah pucuk pimpinan parti. Ini tiada peruntukan dalam Perlembagaan Umno.

“Lembaga Disiplin adalah suatu badan bebas yang tidak tertakluk kepada apa-apa arahan pimpinan parti.

"Tindakan membatalkan prosiding itu adalah tidak berpelembagaan. Ia tidak sah di sisi undang-undang. Sebagai bekas Hakim Mahkamah Persekutuan dan bekas Peguam Negara, ia adalah tanggungjawab saya untuk menegakkan perlembagaan dan undang-undang," tegas beliau lagi.

TUDUHAN KOMUNIS BERARAK... HELLO....ABANG NAK KENA TAHAN POLIS KA BANG....DOK LOKAP SAT NO....


BIAR BETUL NI...


Oleh: Chris Nur

Ini boleh mendatangkan marah, macam cerita P. Ramlie lah pula.. Aku no komen sebab yang memerintah Terangganu bukan Kerajaan PH pun.. Baru peniaga ada akal, Lobai PAS nak duit tu.. Kutip derma tin milo seciput, buat undang-undang macam ni baru dapat duit banyak ma.. RM100,000 bukan angka yang kecil.

*NAJIB THE THIEF*



Kenapa selepas PH jadik kerajaan baru kita tahu perkara berikut? :

1) Khazanah
- Separuh kerugian Khazanah kerana 'Bail-out' MAS.
- MAS menyebabkan 6000 orang rakyat Malaysia hilang pekerjaan demi membela 2 orang CEO Mat Salleh.
- CEO Mat Salleh gadai laluan MAS kepada Emirates lepas tu dia resign keje dengan Emirates. 
- Syarikat-syarikat GLC bawah Khazanah jugak gagal menyumbangkan keuntungan.

2) Felda
- Felda mempunyai hutang RM8 bilion hingga menjejaskan perancangan tanam semula.
- FGV yang merupakan IPO kedua terbesar di dunia gagal memberikan pulangan kepada Felda seperti yang 'dibawangkan'. 
- FGV membeli ladang milik Peter Sondakh pada nilai yang lebih tinggi daripada market price. Disahkan oleh Jabatan Audit sendiri. 
- Pelaburan FGV di luar negara tidak menguntungkan langsung.

3) Tabung Haji
- TH sejak 2014 lagi sepatutnya diisytiharkan rugi dan tidak boleh isytihar Hibah kerana nilai liabiliti melebihi nilai aset.
- Najib dan Azeez menyembunyikan kerugian TH dengan memanipulasikan nilai aset dan liabiliti TH tanpa mempedulikan Akta TH sendiri yang melarang sedemikian. 
- TH turut diperalatkan oleh Najib dan kuncu-kuncunya untuk 'Bail-out' skandal 1MDB menerusi pembelian hartanah TRX. 
- Lembaga Pengarah TH jugak dianggotai oleh Pengurusan 1MDB.

LTAT
- Syarikat-syarikat GLC milik LTAT terlibat dalam pembelian AES pada harga tinggi.
- Dana LTAT jugak dikatakan dipergunakan untuk menutup skandal 1MDB.
- Menteri Pertahanan sendiri baru-baru ini mendedahkan pembinaan 2 kem tentera melibatkan GLC bawah LTAT hanya semata-mata untuk tambah pengundi UMNO.

KWAP
- RM3 bilion duit KWAP hangus dipergunakan oleh 1MDB melibatkan urusniaga dengan IPIC.
- Sampai sekarang duit itu tidak diganti tetapi 'Money Trail' menunjukkan ianya disonglap oleh Jho Low - rakan Najib sendiri dalam 1MDB

KWSP
- Pelaburan EPF di UK untuk projek Battersea tidak menguntungkan.
- EPF jugak kerugian dalam membeli IPO FGV
- Dana EPF jugak jadik modal Najib untuk 'membantu ekonomi US' semasa dia jumpa Trump.

PNB
- Pelaburan PNB jugak tidak begitu untung kerana ada GLC-GLCnya turut berkait dengan skandal 1MDB dan Felda.
- Masalah Sime Darby 

Apa lagi kerugian yang disembunyikan oleh Najib umpama dia berak tapi suruh orang lain yang basuh? Kalau ikut semua pendedahan Najib sendiri dalam Twitternya, memang dia tahu hampir kesemua GLC yang diganggunya selama 9 tahun ini telah rugi/kurang untung tapi dia dan Cybertrooper UMNO cuba alihkan kesalahannya itu kepada Kerajaan PH..

Sebab itu zaman Najib dia berhutang dengan China dan perkenalkan GST untuk tampung duit yang dia memang tahu dah lesap.. Umpama dia longgarkan skru tayar keretanya yang akan dipandu oleh pemandu lain.

Utk Sobat2Ku

*Agus: Tolak walak pada ulama 'bermulut hodoh'*



*Agus: Tolak walak pada ulama 'bermulut hodoh'*

2:21 tengahari

Walaupun mengakui ulama wajar dihormati dan diteladani, penganalisis politik dan pensyarah universiti, Prof Dr Mohammad Agus Yusoff berkata golongan terbabit sepatutnya menunjukkan keperibadian mulia.

Katanya kualiti itu perlu ada pada seseorang yang digelar ulama, kerana penguasaan ilmu yang tinggi semata-mata tidak memadai.

Justeru kata pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia itu beliau tidak rela memberikan ketaatan kepada seseorang ulama "mulutnya hodoh".

Menulis di media sosial selepas mendengar satu ceramah politik Mohammad Agus membangkitkan persoalan sama ada ketaatan wajar diberikan kepada seseorang "ulama" yang perbuatannya tidak seiring dengan kata-kata.

Menurutnya beliau mendengar satu acara politik yang menyaksikan penceramahnya menekankan kemestian seseorang memberikan ketaatan dan walak kepada ulama kerana kedudukannya sebagai pewaris nabi.

"Apakah perlu kita patuh pada ulama yang apabila berceramah mulutnya hodoh (sering menyumpah orang)?

"Apakah perlu kita patuh pada ulama yang perbuatannya tidak sama dengan yang diucap?

"Apakah perlu kita patuh kepada ulama yang berbangga diri kononnya puaknya sahaja benar dan puak lain salah?" katanya.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan ulama dari pihak mana yang disebutkan oleh pemerhati politik yang dikenali ramai itu.

Beliau ialah anak Kelantan yang memang dikenali sebagai penganalisis yang bersikap kritis dan tidak berpihak secara jelas kepada mana-mana parti.

Menurut Mohammad Agus selepas meneliti konsep ulama, beliau memutuskan untuk menolak walak dan taat kepada ulama yang bermulut hodoh tersebut.

“Bagi saya, ulama bukan sahaja perlu mempunyai ilmu yang tinggi, tetapi juga mesti memiliki akhlak dan peribadi yang terpuji,” katanya.

https://m.malaysiakini.com/news/478555