INILAH FITNAH AKHIR ZAMAN. UMI HAFILDA MEMUSUHI AZMIN SAMPAI KINI




AMARAN:   JIKA ANDA MENGENALI UMMI HAFILDA, SEJAK PERBICARAAN DSAI KES LIWAT 1 DULU, BELIAU BERSAMA KHAIRUDDIN ABU HASSAN, DAN JUGA AZWAN ALI, ADALAH ANTARA INDIVIDU YANG SENTIASA MENGIRINGI SAKSI PERTAMA DAN SATU SATUNYA SAKSI KERAJAAN WAKTU ITU.AZIZAN...MAKA JIKA INI BERLAKU KEPADA ABANG BELIAU, ANDA TIDAK HARUSNYA PERCAYA BULAT BULAT KERANA IANYA ADALAH FITNAH SEMATA MATA DI AKHIR ZAMAN. JIKA ANDA TIDAK SAKSIKAN SENDIRI...MAKA ANGGAPLAH IANYA HANYALAH SALAH SATU DARI AGENDA MENJATUHKAN MARUAH DAN JUGA POLITIK KOTOR.TUHAN AKAN MEMBALASNYA JIKA IANYA ADALAH PEMBOHONGAN.





Rentetan dari video akhir zaman yang sedang panas kini di media sosial melibatkan individu berstatus Menteri kanan dan dikatakan mirip Azmin Ali.

Ini respon daripada adik Azmin iaitu Umi Hafilda Ali di media sosial.


Kamu buang mak mcm sampah selama 6 tahun..jutaan airmata nya gugur..kamu fitnah adik kamu tahap paling tragis n keji puluh tahun..demi menutup kemungkaran kamu yg paling meloyakan.menjijikan..hingga jutaan penyokong bebal kamu maki hamun aku puluhan tahun dgn persepsi yg paling keji..today kamu mendapat..Allah jawab doa aku min..Allah humban kamu sehina hina nya dek kekasih songsang kamu sendiri..

Sepanjang Ramadan tiap solat aku mengangkat tangan datang lah kebenaran siapa kah 2 durjana ni yg tidak layak memimpin negara..haram kan anwar n azmin dari menjadi pemimpin kami..sesungguh nya ALLAH KAU MAHA MENGETAHUI YA ALLAH..SAMADA YG DI LANGIT MAUPUN DI BUMI..selamat kan ya Allah bumi bertuah msia ini dari kehancuran n kerakusan pemimpin durjana n munafik..hanya selepas seminggu syawal Allah jawab doa aku min..jumaat lepas aku ke kubur mak n abah..selepas bacaan al quran aku meraung sepuas nya di kubur mak n abah..mengadu segalanya seolah olah mereka masih ada di atas segala semua perkara keji kamu..bukan saja moral..tapi busuk nya hati kamu tak bagi aku pijak rumah mak selepas kematian nya..sedang kan aku lah.anak yg menjaga mak hingga ke akhir hayat di kala kau membuang nya seperti sampah selama 6 tahun..seperti syaitan akhlak kamu.. 
Walaupun di pandangan umum kamu seolah malaikat yg suci..al konon catatan ramai pencacai upahan bakal pm ke 8..puii..MIN INGAT LAH..APA KATA ARWAH ABAH..TIADA HIJAB.DI ANTARA LANGIT N BUMI DOA ORG YG TERANIAYA..AKHIRNYA ALLAH JAWAB DOA AKU MIN..ALLAH DEDAH KAN AIB KAMU DEK PASANGAN SONGSANG GAY KAMU SENDIRI DI PERMUKAAN BUMI DGN SEHINA HINA NYA..hari ini bibit bibit kejatuhan n kehinaan kamu bermula setelah kamu hina kan aku di mata dunia.berpuluh tahun derita itu min..itu belum lagi kes kes skandal kau yg lain..belum lagi bab kamu mencuri ratusan juta sepanjang jadi secretary to al juburin dulu n ketika kamu jadi Mb Selangor..berapa banyak yg kamu sakau..dgn jutaan penyokong bebal n jahil kamu yg tiada iman n hidayah boleh lah kau tipu..TAPI ALLAH YG SATU KAMU TAK LEH TIPU MIN..LAKNATULLAH..

Wahai latifah koya kalau benar kamu ketua baru yg berintegriti bongkar semua salahlaku azmin.n isteri syamsidar n anwar..ratusan juta di sakau..saya boleh bagi kerjasama..masih banyak lagi bukti yg aku simpan min dlm gengaman..selama ni aku diam..kenang kan kau abang..masih ada ihsan..tapi kini tidak lagi..kau mencemar nama keluarga ke tahap yg paling keji n hina..sedang kan arwah abah ustaz n ajar mengaji quran..kau sudah melampau..amat melampau..nabi tak ngaku umat lah setan..kau dah tua min..dah 55..

Masa persediaan untuk ke kubur..main bontot apa lagi..kau lupa ke pesan arwah mak mintak kau taubat nasuha..kau tipu mak kata kau dah bertaubat di Mekah..tapi kau ulang lagi..sampai laa ni..disgusting..hari ni dunia tau kau sapa..dunia hina aku..kifarah derhaka pd ibu n fitnah dajal adik..aku ada lah adik yg teraniaya min..i am the victim of the situation bak kata IGP yg baru..dato hamid bador..tepat kata kata nya pd aku bagi mengambar kan segalanya yg telah berlaku..dgn begitu keji seawal tahun 90 an hingga kini antara kau.anwar n syamsidar..

ALLAH IS GREAT..ALLAH ANSWERED MY DOA..AMIN..SYUKUR ALHAMDULILAH...HARAP TUN M..TEGAS DLM ISU RASUAH AZMIN N KES HUBUNGAN SONGSANG AZMIN N HAZIQ...NABI NOH JUGA SANGGUP BIAR KAN ANAK NYA MATI KARAM DI DEPAN MATA NYA SENDIRI KERANA KEMUNGKARAN....

Wahai tun tegak kan keadilan kamu dlm mengkota kan janji bahawa kerajaan ph tidak akan berkompromi isu rasuah n moral...anakanda menanti dgn sabar tindakan ayahanda DEMI AGAMA..UMMAH N NEGARA


Sumber : Umi Hafilda Ali

VIDEO KEDUA MEMBUATKAN LEBIH RAMAI JADI KECEWA….



Sejak petang semalam telah tersebar video bahagian kedua yang didakwa melibatkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Azmin Ali dengan Haziq Aziz.

Haziq ialah Setiausaha Sulit Kanan kepada Timbalan Menteri Industri Utama, Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Selepas tersebar video bahagian pertama dua hari lalu, Haziq semalam tampil mengaku secara terbuka dia adalah lelaki yang beraksi seranjang dengan Azmin itu.

Azmin bagaimanapun dalam kenyataan media kenudiannya menafikan beliau terbabit dalam video yang tersebar luas itu.

Menurutnya, video tersebut adalah komplot jahat untuk mencemar reputasi dan keperibadiannya serta bertujuan memusnahkan karier politiknya.

Video bahagian kedua ini disebarkan tidak berapa lama selepas Azmin mengeluarkan kenyataan medianya itu.

Apa yang nyata, video bahagian kedua ini lebih terang dan jelas memaparkan wajah pelaku-pelakunya.

Difahamkan juga, selepas video bahagian kedua ini, akan ada bahagian-bahagian seterusnya bakal disebarkan tidak lama lagi.

Soalnya, apakah Azmin akan tampil lagi dengan penafian berikutnya selepas ini?

Tetapi, meskipun dinafikan oleh Azmin, tinjauan di media sosial mendapati ramai di antara mereka yang selama ini pro kepada Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu, mula menunjukkan rasa kecewa dan murung dibuatnya.

Malah, ada yang mengambil keputusan mahu berehat daripada menulis di media sosial buat seketika.
Ahli dan pimpinan PKR sendiri boleh dikata jadi berbelah bagi dibuatnya sehingga majlis solat hajat di kediaman MB Selangor malam tadi juga hanya mengundang kehadiran yang sedikit saja.

Terlihat, setelah menonton video bahagian kedua yang lebih terang dan jelas itu, mereka sukar mempercayai pemimpin yang mereka sokong dan puja itu boleh terbabit dalam seks sejenis yang menjijikkan itu.

Bagaimana jika bahagian ketiga dan seterusnya tersebar lagi selepas ini?
Mampukah Azmin terus bertahan dengan penafian yang dibuatnya itu?
Dalam masa yang sama juga, mampukan Perdana Menteri terus mempertahankan kedudukannya dalam kabinet? (Shahbudindotcom 13/06/2019)

TIADA TINDAKAN LAGI BUAT HAZIQ










https://www.facebook.com/sengat.menyengat/videos/151967149271282/?t=154



Benarkah makluk yg membuat pengakuan bersumpah yg tular dlm fb kini adalah Haziq Aziz,Ketua Amk Santubong?Tak terfikirkah bahwa itu Haziq Aziz Palsu?

Jom..kita dengar sendiri sidang video yg dibuat oleh Ketua Cabang Santubong sendiri,saudara Ahmad Nazib Johari mengenai makluk yg mengaku Haziq Aziz itu..Beliau antara mereka2 yg paling rapat dgn Haziq dan yg paling mengenali Haziq secara detail..Kali terakhir saudara Ahmad Nazib Johari brjumpa dgn Haziq Aziz ialah pada 4 HARI YG LEPAS..


Takkan dlm masa 4 hari shj,segala2 ttg Haziq Aziz dah berubah..Dia pun tlh call Haziq Aziz utk bertanya ttg isu yg panas dan apa kata Haziq Aziz?dengar sendirilah..letih dah nk tulis byk2..


BERGAMBAR: KEADAAN SUNGAI KELANTAN DAN PENEBANGAN HUTAN

 Imej mungkin mengandungi: awan, langit, pokok dan luaranImej mungkin mengandungi: langit, pokok, luaran dan alam
Imej mungkin mengandungi: pokok, langit, luaran dan air
Imej mungkin mengandungi: luaran, makanan dan alam

Perhatikan apa yang berlaku apabila kerosakan alam sekitar akibat tangan-tangan manusia telah melibatkan ramai mangsa. Air paip tidak dapat disaring sehingga bersih, keracunan sisa toksid di dalam sumber air mentah yang diminum oleh penduduk Orang Asli, hutan tidak dapat menampung kandungan air dan banyak lagi.
Amat betul petikan dari alQuran, berlaku kerosakan di daratan dan di lautan adalah akibat dari tangan-tangan manusia.
Sumber foto: Hj Husam Musa @ Sungai Kelantan.

VIDEO BUKAN HAZIQ, FB DIGODAM – PKR SANTUBONG

SAMPAI BILA AZMIN MAHU BERDIAM DIRI?


Alamak…satu lagi kejutan berlaku!!!

Belum pun Azmin Ali sempat menafikan sama ada lelaki dalam video seks sumbang yang didakwa menyerupainya itu adalah dirinya atau tidak, pasangan dalam video terbabit telah pun lebih dulu muncul membuat pengakuan.

Haziq Aziz, Setiausaha Sulit Kanan Timbalan Menteri Perusahaan Utama dalam pengakuan yang dibuat melalui FBbya lewat malam tadi mengakui bahawa beliau adalah lelaki yang di atas katil bersama menteri itu.
Kata, video itu dirakam tanpa pengetahuannya di sebuah hotel di Sandakan ketika kempen PRK kawasan itu, Mei lalu.
Kenapa Haziq begitu bangga dan tiada rasa malu mengakui beliau adalah lelaki dalam video itu?

Sedarkah beliau, sebagai seorang Islam dan jawatan dalam kementerian yang disandangnya, beliau sebenarnya sedang memalukan dirinya sendiri?

Tetapi, apa jadi kepada Azmin selepas ini?
Bagaimana lagi beliau mahu menafikan dirinya tidak terlibat berikutan Haziq sudah pun lebih awal membuat pengakuan?
Apakah Azmin akan cuba juga menafikannya atau sekadar berdiam diri berhubung isu ini?

Atau apakah, berikutan skandal yang terdedah ini, Azmin akan meletak jawatan dan berundur terus daripada politik? (Shahbudindotcom 12/06/2019)


SIAPA PUNYA ANGKARA SEMUA INI?


Sekali lagi kita dikejutkan dengan penyebaran video dan gambar-gambar aksi seks songsang melibatkan dua lelaki di mana salah seorangnya adalah mirip seorang menteri kabinet.
Video dan gambar berkenaan ketika ini sudah pun bersepah-sepah dan bertebaran di media sosial.
Benarkah menteri kabinet terbabit terlibat dalam aksi seks songsang?
Bilakah kejadian ini berlaku?
Mengapa ia disebarkan sekarang?
Siapakah punya angkara semua ini?
Tun Mahathir Mohamad ketika ditanya berkata, beliau sendiri tidak tahu apa-apa mengenainya serta belum melihat lagi video terbabit.
Apakah penyebaran video dan gambar ini ada kaitan dengan usaha untuk menghalang menteri kabinet terbabit melonjak lebih tinggi dalam karier politiknya?
Apa agaknya reaksi Tun Mahathir selepas beliau sendiri menonton video dan melihat gambar aksi seks tersebut? (Shahbudindotcom 11/06/2018)

SEKALI LAGI, ANWAR BERTEMU TUN MAHATHIR


Luang masa selama 30 minit bertemu Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini di Putrajaya.
Saya menjelaskan konteks persoalan mengenai pelantikan Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pecegahan Rasuah (SPRM).
Saya juga memaklumkan kepada Tun Dr Mahathir, Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen mengutuskan surat untuk bertemunya.
Kami berdua turut bersetuju kegiatan membanteras rasuah sama ada di bawah Kerajaan Pakatan Harapan (PH) atau Barisan Nasional (BN) perlu lebih berkesan dilakukan Latheefa dan SPRM.
Isu-isu lain termasuk berkaitan hal ehwal antarabangsa juga dibincangkan dalam pertemuan ini.
ANWAR IBRAHIM
11 Jun 2019

PENGARAH SRC LETAK JAWATAN KERANA AKAUN TIDAK DIAUDIT

NAJIB SOKONG PELABURAN SRC DI LUAR NEGARA

“SPRM DITUNTUT BERTINDAK TERHADAP SEMUA KES, LAMA DAN BARU”


Image result for anwar



PELANTIKAN Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu telah mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan pimpinan Pakatan Harapan (PH), Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan masyarakat.

Polemik terbuka secara berterusan ini dikhuatiri akan mendorong implikasi negatif terhadap citra dan imej Kerajaan PH.

Saya yakin, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan pimpinan PH akan menilai segala pandangan dengan penuh prihatin dan selanjutnya akan menjelaskan kepada kabinet dan Majlis Presiden PH.

Maka dengan ini saya menggesa semua rakan-rakan menerima keputusan Tun Dr Mahathir dan memberikan ruang kepada Latheefa dan SPRM untuk melaksanakan tugas dengan tegas dan berkesan.

Secara positif polemik tersebut telah memperkukuh komitmen PH untuk memastikan SPRM melaksanakan tugas secara adil selaras dengan kenyataan Tun Dr Mahathir di Melaka hari ini bahawa penjawat awam menjadi golongan berkecuali dan mengelakkan diri dari ikatan terlalu kuat dengan parti politik di belakang kerajaan memerintah.

SPRM dituntut bertindak terhadap semua kes rasuah sama ada pentadbiran lama dan baharu. Pimpinan PH, NGO dan rakyat pasti akan terus memantau perjalanan dan keberkesanan agensi itu.

Anwar Ibrahim
10 Jun 2019.

ISU AIR TIDAK SELESAI: PAS KHIANATI UNDI ANAK PERANTAU

BAYANGKAN APA REAKSI TUN M JIKA LANTIKAN POLITIK KETUAI SPRM INI DILAKUKAN OLEH NAJIB…





Kritikan veteran DAP, Lim Kit Siang berhubung lantikan Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM dilihat amat tepat dan terbaik sekali.
Kata beliau, perlantikan yang dibuat oleh Tun Mahathir Mohamad itu, meskipun tidak menyalahi undang-undang, tetapi ia adalah salah dari segi politik.
Ini kerana, tegas Kit Siang, perlantikan itu tidak disahkan oleh Parlimen sebagaimana janji manifesto PH dalam PRU14 lalu.
“Ini mewujudkan keadaan kurang senang di mana Perdana Menteri, walaupun betul secara perlembagaan, tetapi dari segi politiknya adalah salah dalam menggunakan prerogatifnya untuk melantik Latheefa,” kata beliau.
Malah, tambah Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu lagi, jika Latheefa tidak terlibat dalam lantikan ini, bekas Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR itu pasti menjadi individu paling ke depan mengkritik kaedah perlantikan yang sama.
Kenyataan Kit Siang ini seharusnya menyedarkan Tun Mahathir bahawa selain undang-undang atau perlembagaan perlu dipatuhi, iltizam politik atau janji pilihanraya juga perlulah dipenuhi.
Kedua-dua perkara itu seharusnya berjalan selari kerana dalam sistem demokrasi, kuasa sebagai kerajaan akan diadili rakyat setiap lima tahun sekali.
Lagi pun, yang akan memastikan parti politik mampu bertahan ialah idealisme dan sejauh mana janji kepada rakyat sentiasa ditunai sebagaimana dijanjikan.
Dalam hal ini, cuba kita bayangkan jika lantikan orang politik mengetuai SPRM ini dilakukan oleh pentadbiran BN atau di bawah era Najib Razak misalnya, apa agaknya reaksi Tun Mahathir mengenainya?
Apakah beliau boleh bersetuju dan mampu mengawal dirinya daripada tidak membelasah Najib dengan kritikan yang keras?
Tun, janganlah mudah lupa? (Shahbudindotcom 10/06/2019)

ORANG ASLI MATI AKIBAT PENGABAIAN KERAJAAN KELANTAN?