SIAPA PUNYA ANGKARA SEMUA INI?


Sekali lagi kita dikejutkan dengan penyebaran video dan gambar-gambar aksi seks songsang melibatkan dua lelaki di mana salah seorangnya adalah mirip seorang menteri kabinet.
Video dan gambar berkenaan ketika ini sudah pun bersepah-sepah dan bertebaran di media sosial.
Benarkah menteri kabinet terbabit terlibat dalam aksi seks songsang?
Bilakah kejadian ini berlaku?
Mengapa ia disebarkan sekarang?
Siapakah punya angkara semua ini?
Tun Mahathir Mohamad ketika ditanya berkata, beliau sendiri tidak tahu apa-apa mengenainya serta belum melihat lagi video terbabit.
Apakah penyebaran video dan gambar ini ada kaitan dengan usaha untuk menghalang menteri kabinet terbabit melonjak lebih tinggi dalam karier politiknya?
Apa agaknya reaksi Tun Mahathir selepas beliau sendiri menonton video dan melihat gambar aksi seks tersebut? (Shahbudindotcom 11/06/2018)