LARANGAN MENGELUARKAN KATA KATA KEJI ATAU TIDAK SOPAN YANG BERTENTANGAN DENGAN HUKUM SYARAK

 










Pagi ni ambo cuba mentelaah RUU Enakmen Kesalahan Syariah (Kelantan ) 2026. Enakmen ini bagi menggantikan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019 yang telah dibatalkan beberapa peruntukkan di dalamnya oleh Mahkamah Persekutuan kerana bercanggah dengan Perlembagaan dan melangkaui kuasa jenayah di Mahkamah Syariah. 


Sebelum ini Kelantan ada Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan 1995 yang telah dimansuhkan selain Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II)(1993) 2015 Negeri Kelantan yang tidak dilaksanakan. 


Untuk pagi ini ambo tertarik kepada 2 seksyen berkaitan Perkataan Tidak Sopan ( Seksyen 20)  yang boleh dihukum denda sehingga rm2000 atau penjara 1 tahun dan Kata Kata Yang Boleh Memecah Keamanan (Seksyen 29) yang boleh dihukum denda sehingga rm3000 atau penjara 2 tahun. 


Melihat perkembangan terkini politik terutama ucapan atau kata kata yang keluar dari pemimpin dan penyokong Pas, kata nesta yang sering dihamburkan kepada lawan politik mereka, ambo mari terfikir adakah tidak pernah terlintas dibenak para penggubal enakmen ini.. apa kesan enakmen ini kepada kempen kempen politik Pas jika Sek 20 dan 29 dalam Enakmen ini dikuatkuasakan???





No comments: