Mohd Ridhuan Tee Abdullah memberi bayangan bahawa beliau mungkin mahu turun bertanding pada PRU16 di Teluk Intan, kawasan yang menurutnya dekat dengan kampung halaman dan tempat beliau bersekolah.
Dalam satu hantaran Facebook, Ridhuan Tee menulis:
“PRU16, rasa nak balik je kampung aku, tempat aku sekolah, kat Teluk Intan, nak lawan ultra kiasu harbi tu…”
Kenyataan itu segera mendapat reaksi penyokong yang menggalakkan beliau meneruskan hasrat tersebut.
Ada yang menyifatkan Teluk Intan sebagai kawasan sesuai, malah mendakwa pengundi Melayu di situ akan memberi sokongan kuat kepadanya.
Namun Ridhuan Tee tidak menamakan secara jelas siapa yang dimaksudkan dengan “ultra kiasu harbi”.
Buat masa ini, ia masih sekadar bayangan dan belum ada pengumuman rasmi bahawa beliau akan menjadi calon mana-mana parti.
Tapi satu perkara nampak jelas.
PRU16 belum pun dekat, Ridhuan Tee dah mula cari gelanggang.
#unofficialinfo

No comments:
Post a Comment