Kejayaan memperluas peranan PETRONAS dalam sektor tenaga Turkmenistan membuka akses kepada antara rizab gas terbesar dunia, sekali gus memperkukuh kedudukan Malaysia dalam landskap tenaga global.
Perkembangan ini mencerminkan keyakinan tinggi terhadap keupayaan Malaysia serta rekod cemerlang PETRONAS yang telah bertapak dan beroperasi di Turkmenistan selama tiga dekad.
Lawatan ini turut menyaksikan pemeteraian pelbagai dokumen kerjasama dalam bidang pendidikan, latihan diplomatik, penerbangan, sains dan pembangunan modal insan.
Saya yakin kesepakatan yang dicapai akan mengangkat hubungan Malaysia-Turkmenistan ke tahap yang lebih kukuh demi kemakmuran rakyat dan kepentingan negara.
π²πΎπΉπ²
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#YakinMADANI
#DiplomasiMADANI







No comments:
Post a Comment