Hari ini ramai beri tumpuan pada dakwaan yang Johor menyumbang sekitar RM40 bilion kepada Kerajaan Persekutuan.




Afiq Noordin




Kalau kenyataan ini betul, maka terbuktilah yang Johor adalah antara enjin ekonomi utama negara.
Tapi ada satu persoalan yang dibangkitkan.
“Kenapa peruntukan yang diterima tak setara dengan jumlah yang diberi?”
Persoalan ini bukan saja melibatkan Johor, tapi menyentuh terus sistem federalisme yang diamalkan di Malaysia.


Kita fahamkan dulu macam mana sistem federalisme ini berfungsi.
Bayangkan sebuah keluarga. Abang sulung bekerja. Abang kedua berniaga. Adik ketiga masih belajar di universiti. Adik bongsu pula masih bersekolah.
Kalau ayah pergi beli barang dapur, bayar bil elektrik atau yuran sekolah, adakah si ayah akan belanja ikut siapa yang paling banyak menyumbang kepada keluarga?
Atau ayah akan tengok siapa yang paling memerlukan?
Samalah juga dengan konsep Federalisme yang digunakan oleh Malaysia dalam memastikan semua rakyat mendapat peluang pembangunan yang lebih adil.

Saya cuba semak beberapa data negeri.
Selangor
• Ekonomi terbesar Malaysia.
• Pelaburan kedua terbesar.
• Peruntukan Kerajaan Persekutuan lebih rendah daripada Johor.
Johor
• Pelaburan terbesar Malaysia.
• Negeri ketiga menerima peruntukan Kerajaan Persekutuan tertinggi.
Pulau Pinang
• Hab semikonduktor negara.
• Pelaburan puluhan bilion ringgit.
• Peruntukan jauh lebih rendah daripada Johor.
Sabah
• Bukan ekonomi terbesar.
• Bukan penerima pelaburan terbesar.
• Tetapi menerima peruntukan Kerajaan Persekutuan paling tinggi di Malaysia.

Bayangkan kalau setiap negeri simpan hasil masing-masing.
Negeri kaya akan makin kaya, negeri yang miskin pula akan makin jauh tertinggal.
Kita tak akan bergerak bersama tapi dah mula berlumba sesama sendiri.
Negeri yang ada petroleum dah tentu ada kelebihan kewangan yang jauh lebih besar.
Negeri yang ada pelabuhan utama akan kutip lebih banyak hasil daripada aktiviti perdagangan.
Negeri yang jadi pusat industri, kewangan dan pelaburan pula akan terus berkembang dengan lebih pantas.
Tapi macam mana pula dengan negeri-negeri yang tak ada kelebihan tersebut?
Adakah rakyat di negeri-negeri itu tak layak untum dapat hospital, sekolah, bekalan air, elektrin, pengakutan awam dan jalan raya yang setaraf dan sebaik negeri lain?
Sudah tentu tidak.
Kerajaan akan pastikan pembangunan negara tak bergantung kepada nasib geografi, sumber asli atau kekuatan ekonomi sesebuah negeri semata-mata.
Setiap rakyat Malaysia, sama ada tinggal di Johor, Selangor, Sabah, Sarawak, Kelantan, Terengganu, Perlis atau mana-mana negeri sekalipun, mempunyai peluang yang lebih adil untuk menikmati pembangunan.
Itulah semangat federalisme.
Sebab itu hampir semua negara yang mengamalkan sistem persekutuan mempunyai mekanisme pemindahan fiskal (fiscal transfer).


Johor hari ini berkembang sangat pantas.
• Pelaburan terbesar Malaysia.
• Hampir 5 juta penduduk.
• Sedang membangunkan Johor–Singapore Special Economic Zone (JS-SEZ).
Sudah tentu keperluan terhadap hospital, sekolah, jalan raya dan pengangkutan awam juga meningkat.
Malah, data menunjukkan peruntukan Kerajaan Persekutuan kepada Johor turut meningkat.
Peruntukan dari persekutuan kepada Johor meningkat sebanyak RM4.4 bilion, bersamaan kira-kira 43% dalam tempoh empat tahun.
Johor juga merupakan negeri ketiga tertinggi terima peruntukan Kerajaan Persekutuan, hanya di belakang Sabah dan Sarawak.
Selain peruntukan tahunan, Johor turut terima pelbagai projek strategik seperti Rapid Transit System (RTS) Link, Johor–Singapore Special Economic Zone (JS-SEZ) serta projek-projek infrastruktur lain yang menyokong pertumbuhan ekonomi negeri.
Jadi jika ada pandangan yang Johor perlukan lebih banyak peruntukan pada masa depan kerana pertumbuhan ekonomi dan pertambahan penduduknya, saya fikir itu adalah wajar.




Mungkin memang sudah tiba masanya peruntukan ini dikaji semula supaya dapat ambil kira perubahan ekonomi, pertambahan penduduk dan keperluan pembangunan semasa.
Johor berhak dapat pembangunan yang setimpal.
Bukan Johor saja tapi Sabah, Sarawak, Selangor, Kelantan malah Perlis pun berhak juga dapat perkara yang sama.







No comments: