DALAM GROUP PENUNGGANG 4X4 PULA, PENURUNAN DIESEL DIKAITKAN DENGAN PILIHANRAYA...PILIHANRAYA INI TIDAK AKAN MENJATUHKAN KERAJAAN , PILIHANRAYA UMUM LAMBAT LAGI. PATUT TAK CERDIK.

 


Alhamdulillah di Bintulu tadi, saya telah umumkan harga diesel bersubsidi untuk rakyat Malaysia akan diturunkan kepada RM2.10 seliter bermula Julai ini. Penurunan harga diesel ini akan dilaksanakan secara seragam di seluruh negara melalui penggunaan MyKad.





Tatkala dunia masih bergelut dengan krisis bekalan global, Kerajaan MADANI memilih untuk memastikan hasil reformasi, pelaburan dan pertumbuhan ekonomi negara dipulangkan semula kepada rakyat melalui penurunan harga diesel bersubsidi ini, di samping mengekalkan harga RON95 pada RM1.99 seliter.


Insya-Allah, Menteri Kewangan II akan memaklumkan perincian mengenai pelaksanaan subsidi diesel ini esok.


#MalaysiaMADANI 

#MADANIbekerja 

#YakinMADANI



No comments: