Zulkafli Daud
Aduhai Tuan Loyar,
Kalau Harga Padi diNaik RM3000 seTan, Harga Beras Borong Kurang2 kena tolak pintu kilang RM 4800 - 4900 seTan. Harga Runcit pula mahu cecah RM 5.50 Se kg.
Sapa Nak Beli Beras Pesawah Malaysia.
BERAS putih impot (5%) Paling Mahal sejak tahun 5 tahun lepas pun tak pernah cecah USD 700 se tan.(Tak Sampai RM3000 se Tan.) Sekarang pun dijual di pintu Gudang RM2600 se tan. (2.60 se kg)
Harga Runcit Beras Putih Import purata RM 3.00 - 4.00 se kg.
Bolehlah Cadang Beri Subsidi Beras. Tapi Cukup Duit kah nanti?
kalau beri subsidi 10sen /kg pun kpd 25juta B40+M40, kena siap duit Rm150juta setahun
Kalau beri Subsidi RM2.50 supaya B+M80 dapat beli Beras harga RM 3.00/kg, Kenalah PM baru siapkan RM3.75Bilion. setahun utk subsidi harga beras.
Jenuhlah Korek....
Kenalah kira bagi munasabah sikit Tuan Loyar.
Lagipun, "Ecomically" Harga Padi Dan Beras Malaysia kenalah Kompetetif dgn negara Jiran yg kita import berasnya.
Kalau tidak Tak Larat Nak Kepong Penyeludup nanti.
Kalau satu Tan boleh untung RM1000 pun, Satu Treler 30 tan mau RM30Ribu Untung satu malam. Kalau sekali jalan 5 treler?.
Nanti Banyak pula Lesen Kilang padi tumbuh lebih Dari pokok padi...
Yang patut difikir adalah bukan Naikkan Harga Padi tetapi Turunkan Kos Pengeluaran Tanam Padi Dan/atau Naikkan Produktiviti per hektar.
Kenapa Harga Padi Negara yg kita import beras boleh Murah ;
- India @ RM 1200 /tan
- Thailand @ RM 1200/tan
- Vietnam @ RM 1400/tan
(lebih kurang)
Mereka boleh Jual Murah sebab Kos Pengeluaran PadiBeras Mereka Murah.
Purata Produktiviti (yield) per hektar mereka pun tidak jauh beza dengan pesawah Kita. (Purata Pengeluaran Padi kita sekitar 4 tan/ hektar)
ISU UTAMA Yang kita kena Fikir Bukan MENAIKKAN HARGA PADI, tetapi MENGURANGKAN KOS PENGELUARAN PADI...
Dan Faktornya ada di dalam Bukan sangat di Luar.
Mari duduk pakat cari jalan macam mana nak Kurangkan Kos Penanaman Padi.
Kalau "SiamPH" boleh buat, takkan "MelayuPN" tak gheti buat.
Jalannya InsyaAllah Ada.
Kenalah BerFikir
Bukan BerPiket.
Usah Mempermain Emosi
PerBanyakkan Semai Motivasi
Kenalah turun Bendang "Berbicara dengan Padi"
Jangan turun Padang sekadar Pancing Undi
Janganlah menJanji BULAN
Kalau Bulan itu di Atas Awan.
Ayoh Kita Berpakat² Mencari Jalan.
Tiadalah Tuhan Turunkan Permasalahan Tanpa diKirimnya Jalan Penyelesaian.
فإن مع العسر يسرا إن مع العسر يسرا

No comments:
Post a Comment