Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca panas Tahap 1 di empat kawasan di Semenanjung Malaysia dan satu kawasan di Sabah.
Amaran berjaga-jaga itu melibatkan Jeli dan Kuala Krai, Kelantan serta Jerantut dan Maran, Pahang.
Di Sabah pula melibatkan daerah Telupid.
Bagi tahap berjaga-Jaga, suhu maksimum harian adalah 35-37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama 3 hari berturut-turut.
Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian, boleh rujuk kepada https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/

No comments:
Post a Comment