Ini yang jadi jika PN naikkan harga lantai padi RM3,000 per tan
Oleh AHMAD MURSI
Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan kata PN-Pas akan naikkan harga lantai padi RM3,000 dalam himpunan pesawah.
Ini bukti betapa pembohong dan tidak tahunya Pas mengurus ekonomi.
RM3,000 bagi setiap tan bersamaan kira-kira RM30 bagi setiap 10 kilogram.
Ini merupakan harga padi bukan beras, kerana ia termasuk sekali sekam, dedak dan beras hancur.
Pengilang mungkin dapat sekitar 65 peratus sahaja hasil beras daripada padi yang dibeli. Maksudnya, modal kilang sahaja dah ±RM46/10kg beras.
Kilang mana yang mampu menyerap margin negatif tersebut?
Berapa pula nak jual kepada pemborong dan peruncit? Harga di kedai jadi berapa? Harga beras tempatan sudah dikunci pada RM26/10kg.
Kalau harga lantai padi RM3,000, harga beras kena dijual sekitar RM60 ke RM70/10kg baru boleh lepas.
Jadi, PN nak naikkan harga beras lebih daripada RM26/10kg untuk rakyat beli ke? Beritahu awal-awal senang.
Saya syak Takiyuddin dan Pas ini sama ada berbohong atau memang jahil berkenaan perihal industri.
Mereka hanya boleh menang dengan tunggang agama atau fitnah, bukan dengan polisi dan kompetensi mengurus negara.
No comments:
Post a Comment