BAIK KO PI IKUT FLOTILLA - KO BODOH SEBENARNYA- SIAP KENA SAMAN LAGI-POLICE REPORT AGAINST RAPIDAH FOR INCITEMENT AND SLAIN OF THE DEWA STAGE!



mewakili AMK Perak bersama Sdra.Azlizam Azrin Pengarah Komunikasi AMK Perak dan Sdra. Muhammad Hafiz Timbalan Ketua AMK Ipoh Timor telah membuat laporan polis terhadap individu Rafidah Ibrahim yang tidak bertanggungjawab menyebarkan sentimen kebencian dan cuba menimbulkan salah faham di kalangan penduduk berhubung isu Surau Al-Karamah. Tindakan ini adalah bagi memastikan sebarang cubaan menghasut tidak menjejaskan keharmonian masyarakat. Turut membuat laporan polis adalah Pegawai Khas Pejabat Parlimen Ipoh Timor dan YB Dr. Aziz Bari Adun Tebing Tinggi. Perbincangan turut diadakan dengan jawatankuasa baharu surau berkenaan bagi mendapatkan maklumat yang jelas serta memastikan suara penduduk terus didengari. Fakta sebenar yang perlu difahami ialah, Surau Al-Karamah lama akan dirobohkan setelah sebuah surau baharu siap dibina dengan keadaan yang lebih selesa untuk kegunaan jemaah. Tambahan pula, dalam lingkungan 500 meter dari lokasi tersebut, sebuah Masjid baharu iaitu Masjid Al-Mukhlisin sedang dirancang pembinaannya demi menambah kemudahan ibadah untuk penduduk. Kami juga sempat menziarahi surau lama dan mendengar pandangan AJK yang masih mempertahankan bangunan berkenaan. Namun demikian, keputusan ini telah pun dimuktamadkan oleh pihak berautoriti sewajarnya kita hormati bersama. Oleh itu, saya ingin menegaskan bahawa isu ini tidak wajar dijadikan modal politik untuk memecah-belahkan masyarakat. Fokus utama kita ialah kesejahteraan penduduk, keselesaan beribadah serta menjaga keharmonian bersama. Sebagai masyarakat madani, kita mesti menolak naratif kebencian dan fitnah, sebaliknya bersatu memastikan pembangunan yang lebih baik untuk ummah terus berjalan.






No comments: