‘See you in jail’ – siaran langsung terakhir Ardell Aryana sebelum kapal ditawan zionis

 



Kapal yang dinaiki aktivis kemanusiaan, Ardell Aryana bersama delegasi Global Sumud Flotilla (GSF) dilaporkan telah dipintas Israel pada jam 2 pagi tadi waktu tempatan.

Siaran langsung terakhir yang sempat dibuat aktivis terbabit mengesan suara milik tentera Zionis yang memberikan amaran.

Suara itu kedengaran melalui radio kapal yang telah dipintas oleh Israel.



“Sekarang mereka pintas radio dan cakap ‘see you in jail’. Anda semua dengar tak suara mereka itu?

“Mereka sudah siapkan penjara untuk kami. Nada suara mereka sangat bongkak, jika anda dapat dengar daripada radio saya,” katanya.

Keadaan menjadi semakin tegang apabila kapal mereka didekati oleh aset tentera Israel tidak lama selepas gangguan komunikasi tersebut berlaku.



“Mereka sudah datang, semuanya akan baik-baik sahaja, Allah bersama kami. Kami serahkan segalanya kepada Allah,” tambahnya.

Global Sumud Flotilla sahkan 3 kapal – Alma, Sirius dan Adara telah ditawan oleh Israel di perairan antarabangsa. Nasib seramai 7 rakyat sukarelawan Malaysia di Alma dan Sirius kini menjadi tanda tanya.





No comments: