Aktivis GSF akan dibebaskan, kata Israel

 



Kementerian Luar Israel telah mengesahkan bahawa kesemua aktivis yang Global Sumud Flotila (GSF) yang ditahan akan dibebaskan tidak lama lagi.

Mereka yang dirujuk sebagai penumpang Hamas -Sumud juga dikatakan berada dalam keadaan selamat, sihat dan akan menuju ke Israel.

“Penumpang Hamas – Sumud yang berada di kapal layar mereka akan menuju ke arah Israel secara selamat dan aman di mana proses deportasi ke Eropah akan bermula. Kesemua penumpang selamat dan berada dalam keadaan sihat,” kata kementerian tersebut dalam satu hantaran di X.


Pagi tadi, tentera laut Israel menaiki dua kapal GSF (Alma dan Sirius) ketika mereka belayar menerusi Zon Merah R3 di Lautan Mediterranean.

Sukarelawan kemanusiaan di dalam Alma ialah Musa Nuwayri, Iylia Balqis Suhaimi, and Sul Aidil, manakala di dalam Sirius pula Haikal Abdullah, Muaz Zainal, Zulfadhli Khiduddin, dan Rusydi Ramli.





No comments: