Terkini PM bersuara, kecam sekerasnya tindakan Israel pintas kapal GSF


 


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam sekeras-kerasnya tindakan Israel memintas kapal-kapal Global Sumud Flotilla (GSF) yang membawa orang awam tidak bersenjata dan hanya membawa bekalan ubat-ubatan untuk rakyat Gaza.


Dalam satu hantaran terkini di Facebook, Anwar yang juga penaung bagi misi Sumud Flotilla ini menegaskan Israel telah menunjukkan penghinaan sepenuhnya bukan sahaja terhadap hak rakyat Palestin, malah terhadap suara hati nurani dunia.


Beliau memberi amaran keras bahawa Malaysia akan menggunakan segala cara yang sah dan berlandaskan undang-undang untuk memastikan Israel dipertanggungjawabkan, khususnya dalam hal yang melibatkan warganegara Malaysia.


“Dengan menghalang misi kemanusiaan ini, Israel telah menunjukkan penghinaan sepenuhnya bukan sahaja terhadap hak rakyat Palestin, malah terhadap suara hati nurani dunia. 


“Fllotilla ini melambangkan solidariti, belas kasihan dan harapan untuk meringankan penderitaan mereka yang hidup di bawah sekatan.


“Keselamatan dan maruah rakyat kita adalah keutamaan, dan kita tidak akan membiarkan ia digugat tanpa pembelaan,” katanya sebentar tadi.






Anwar berkata, selagi rakyat Palestin dinafikan hak dan aspirasi asasi mereka, Malaysia akan terus berdiri teguh bersama mereka.

Malaysia juga tidak akan berundur dalam menuntut pengakhiran kepada ketidakadilan dan perampasan yang telah menimpa Palestin sejak sekian lama.



Setakat pagi ini media melaporkan sembilan kapal GSF telah dipintas tentera laut Israel dengan 13 peserta Malaysia disahkan terputus hubungan dengan Pusat Komunikasi dan Koordinasi Selat (SNCC).





No comments: