AMANAH ajak bantah Trump di depan batang hidungnya sendiri


 


AMANAH menyeru rakyat Malaysia menganjurkan dan menyertai tunjuk perasaan aman di hadapan Presiden Amerika, Donald Trump saat rombongannya hadir ke Malaysia untuk Sidang Kemuncak ASEAN.

Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Samad melihat kehadiran Trump adalah peluang untuk menzahirkan kemarahan dan bantahan terhadap amalan genosid yang dilakukan Israel di Gaza. 

“Biar kita zahirkan bantahan ini di depan batang hidung Trump sendiri.


“Trump dan Amerika mesti sedar bahawa kebersamaan dan sokongan mereka terhadap Israel telah menyebabkan imej Amerika semakin tercemar. 

“Mereka dilihat membela genosid, pembunuhan rambang wanita, kanak-kanak dan orang tua dan oleh itu dilihat tidak layak dianggap pembawa ketamadunan dan keadilan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, sambil AMANAH menentang Israel dan zionis tanpa kompromi, membenarkan lawatan Trump semasa persidangan ASEAN tidak bererti menyokong dasar pro-zionisAmerika tetapi sebaliknya adalah cara yang lebih berkesan untuk menangani situasi terkini di Gaza. 


Kata beliau, biar bantahan Malaysia dizahirkan tanpa termasuk dalam perangkap Israel yang bertujuan untuk mengukuhkan kekuasaannya ke atas Amerika dan Trump. 

“AMANAH menyeru semua pihak untuk melihat lawatan ini sebagai peluang strategik. Kita berinteraksi dengan kuasa besar untuk menuntut perubahan, bukan untuk bersetuju,” ujarnya lagi.







No comments: