SAMBUTAN UNTUK PRESIDEN MALDIVES



 Presiden Maldives Dr Mohamed Muizzu yang sedang dalam lawatan rasmi empat hari ke Malaysia, diberikan sambutan rasmi di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya hari ini.










Muizzu yang tiba di sini semalam, disambut oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaik tiba pada 9 pagi, sebelum lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan.


Beliau kemudian memeriksa kawalan kehormatan terdiri daripada tiga pegawai dan 102 anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja.


Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeo, Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.


Lawatan kali pertama Muizzu ke Malaysia sejak dilantik sebagai presiden pada November 2023 itu adalah atas jemputan perdana menteri.


Berita penuh : https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2417365


Mohd Huzaini Daud / BERNAMA 


#BernamaNews

#BernamaImages



No comments: