Permukiman Komuniti MADANI Perkukuh Jaringan Komunikasi Di Sabah – Fahmi


Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil hadir dalam program Permukiman Komuniti MADANI Siri 1 Zon Sabah di Sandakan pada 27 April 2025. Foto Facebook Kementerian Komunikasi

SANDAKAN, 28 Apr – Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil hari ini menyantuni hampir 500 peserta daripada 109 Komuniti MADANI negeri Sabah yang hadir dalam program Permukiman Komuniti MADANI Siri 1 Zon Sabah di sini.

Program ini adalah inisiatif strategik bagi memperkukuh jaringan komunikasi kerajaan di peringkat akar umbi.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil hadir dalam program Permukiman Komuniti MADANI Siri 1 Zon Sabah di Sandakan pada 27 April 2025. Foto Facebook Kementerian Komunikasi

Ini termasuk memperkasakan komuniti sebagai ejen komunikasi yang berwibawa selaras dengan nilai-nilai Malaysia MADANI.

Turut diadakan Akademi Asas Penerangan (ASAS) Zon Sabah yang melibatkan 150 peserta. Berkonsepkan Training-of-Trainers (ToT), program ini memfokuskan pembangunan kemahiran peserta khususnya dalam aspek penyampaian komunikasi yang berkualiti.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil hadir dalam program Permukiman Komuniti MADANI Siri 1 Zon Sabah di Sandakan pada 27 April 2025. Foto Facebook Kementerian Komunikasi

Peserta ASAS diberikan pendedahan kemahiran komunikasi bagi memastikan usaha penyebaran maklumat kepada masyarakat dapat dilaksanakan secara berkesan.

Hadir sama Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa dan Ketua Pengarah Jabatan Penerangan (JAPEN), Julina Johan.


No comments: