Belajar daripada PMX (Siri Akhir)




Sama ada awak penahan diri atau pembenci PMX, ini 17 perkara yang kita boleh belajar dari PMX dalam aktiviti kehidupan harian.


12. Anwar berjalan laju sehingga orang lain terpaksa berkejaran untuk mengiringinya. Orang yang jalan berlenggang akan kelihatan membuang masa dan tiada tenaga. Ini adalah salah satu sunnah Rasulullah SAW iaitu berjalan laju seperti "bumi dilipat untuknya", dan Baginda akan melangkah kakinya dengan kuat dan dadanya condong ke depan, seolah-olah sedang turun dari tanah curam.


13. Orang kata trademark Anwar ialah panjat pintu kereta sambil melambai. Ia sebenarnya gesture selamat tinggal yang meninggalkan kesan mendalam dan kenangan peribadi oleh sesiapa saja yang berada di tempat kejadian.


14. Anwar tidak akan meninggalkan pemimpin- pemimpin negeri di belakang. Pernah sekali masa MB Klate tertinggal di belakang, Anwar berhenti berjalan, berpaling ke belakang dan memanggil MB. Seolah-olah beliau sangat peka dan sensitif dengan sekeliling. Sekurang-kurangnya dia akan berjalan seiringan dengan MB/KM/Premier walaupun terpaksa berjalan di tepi karpet merah.


15. Tiap kali kereta PM sampai ke destinasi, pegawai dan bodyguard mesti terkejar-kejar sebab Anwar akan buka sendiri pintu kereta. Kita faham tujuannya kenapa bodyguard yang akan bukakan pintu VVIP iaitu untuk safety clearance. Tapi seorang pemimpin yang tawaduk tidak akan suka ditolong-tolong atau ditatang oleh orang bawahan.


16. Pernah sekali sebaik Anwar tiba dalam satu majlis, dan hadirin berdiri untuk bagi penghormatan. Anwar kata duduk-duduk. 


17. Anwar akan bercakap mengikut laras bahasa audience. Dalam forum antarabangsa, bahasa Inggeris beliau adalah top notch. Dalam majlis ilmu, laras bahasa Melayunya sangat tinggi. Tapi dalam majlis ilmu bersama rakyat, bahasanya membumi. Satu perkara yang konsisten adalah kualiti berbahasanya sentiasa pada aras tinggi.


Banyak lagi sebenarnya yang kita boleh belajar. Banyak juga yang kita boleh mengutuk, jika kita memilih untuk mengutuk. 


Cuma jika sesebuah negara direzekikan dengan sebaik-baik pemimpin, adalah menjadi tanggungjawab kita semua untuk menjadi sebaik-baik rakyat.



No comments: