PM Anwar Undang Presiden Trump Hadiri Sidang Kemuncak Asia Timur

 


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya pada 11 Mac 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA, 11 Mar – Datuk Seri Anwar Ibrahim mengundang Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald J. Trump bagi menghadiri Sidang Kemuncak Asia Timur yang dijadualkan berlangsung hujung tahun ini.

Perkara itu dikongsikan Perdana Menteri ketika menerima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia Edgard D Kagan di sini petang ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya pada 11 Mac 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

“Turut menyentuh soal Kepengerusian ASEAN 2025 terutamanya terkait Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Amerika Syarikat,” katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya pada 11 Mac 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Untuk rekod, Malaysia menggalas tanggungjawab sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini setelah mengambil alih tugas berkenaan daripada Laos, Oktober tahun lalu.



No comments: