MENGHIDU UNDI KEKALAHAN.

MSO 


PILIHARAYA DI DUN AYER KUNING 26 APRIL.


SPR telah menetapkan pilihan kecil Ayer Kuning pada 26 April 2025 manakala penamaan calon 12 April. Hari pengundian awal 12 April. 


Pirake ini diadakan berikutan kematian Adun kawasan itu Isham Sharuddin daripada BN. Allahyarham memenangi kerusi itu dalam pilihan raya umum negeri lalu dengan majoriti 2,213 mengalahkan tiga calon, PH (Amanah), PN (Pas) dan dua calon bebas.


Diatas kertas kerusi itu bakal dipertahankan oleh BN, sekiranya berlaku kerjasama di antara BN dengan PH seperti di Pelangai, dan Nenggiri. Dengan congakan mudah berdasarkan undi diraihkan oleh calon BN dan PH (Amanah), sebelum ini, calon BN bakal menang besar di pirake Ayer Kuning itu.


Pilihan raya itu dilihat akan menjadi penyambungan kepada kejayaan besar BN di Pirane Nenggiri di Kelantan sebelum ini yang menang besar dengan majoriti lumayan sehingga mengejut berukkan Pas.


Tampaknya tidak ada perebutan untuk meletakkan calon di antara Bersatu dan Pas, mungkin kerana merek sudah menyedari pilihan raya itu sukar untuk mereka. 


Pengerusi PN Mahiaddin Yassin awal-awal menolak daripada meletakkan calonnya dengan memberi alasan kerusi itu kerusi menjadi sasaran Pas. Hakikatnya Undin anak Yassin sudah menghidu kekalahan.


Namun pun begitu pihak BN dan PH tidak boleh menganggap mudah, kerana perlu mengenang apa yang berlaku di Pirake Sungai Bakat di Pulau Pinang sebelum ini, dimana calon PH kalah ditangan calon Pas walaupun Keadilan meletakkan seorang teknokrat sebagai calon. Trims.



No comments: