𝐏𝐞𝐫𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐧𝐠: 𝐏𝐞𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐍𝐚𝐬𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥 𝐄𝐠𝐨



1. Isu peruntukan Ahli Parlimen Pembangkang nampaknya terus menjadi wayang politik BERSATU dan PAS. Yang terbaru, Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menolak kemungkinan untuk berunding semula perihal peruntukan pembangkang atas alasan syarat yang dikenakan oleh Kerajaan Madani terlalu ketat dan luar biasa.


2. Yang lebih luar biasa adalah PN terus mendesak agar peruntukan tersebut diberikan tanpa sebarang syarat, sedangkan ketika mereka menjadi Kerajaan, Pakatan Harapan telah terbuka untuk menandatangani MOU bagi menyelesaikan isu peruntukan tanpa perlu bermain wayang politik. Setiap kali sidang Parlimen berlangsung, Perikatan Nasional pasti mengeluh meminta peruntukan, tetapi nampaknya kepimpinan utama mereka begitu ego untuk berbincang.


3. Timbalan Perdana Menteri II juga telah menjelaskan bahawa Pembangkang tidak pernah hadir semula ke meja perbincangan dan malahan tidak pernah menyatakan apakah syarat yang terlalu luar biasa dan ketat tersebut. Setakat tinjauan kepada Draf MOU sebelum ini, hasrat Kerajaan Madani ialah untuk memastikan bahawa PN berhenti bermain isu 3R.


4. Penolakan Perikatan Nasional secara mentah-mentah ini barangkali hanyalah usaha mereka untuk terus bermain adu domba dan kononnya mencipta simpati, sebab itulah mereka begitu tidak suka apabila Perdana Menteri menyebut tentang pendapatan Ahli Parlimen. Sekiranya PN benar-benar peduli tentang nasib pengundi di kawasan Parlimen mereka, PN boleh sahaja mengikut jejak langkah YB Muar, yang telah tampil berunding dan akhirnya akan diluluskan peruntukan pembangkang. Kerajaan Madani tidak pernah pula memaksa YB Muar menyokong Kerajaan mahupun menghalang beliau daripada bersuara.


5. Kelulusan peruntukan kepada YB Muar juga hanyalah dilampirkan dengan syarat untuk membuat deklarasi aset yang tidak pun memprejudiskan Ahli Parlimen. Adakah pengisytiharan harta ini sesuatu yang begitu ditakuti oleh Perikatan Nasional?


6. PN patut berhenti bermain wayang ini dengan ego mereka dan berpura-pura bahawa mereka peduli dengan nasib rakyat. Rakyat di mana-mana Parlimen sekalipun tetap sahaja dibela melalui Tabung Dana Pembangunan Persekutuan yang sentiasa disalurkan oleh agensi Kerajaan.


7. Perikatan Nasional mendakwa mereka merana kerana tiada duit untuk membantu rakyat, tetapi dengan sekelip mata mereka boleh mengumpul duit untuk membayar fitnah. Inilah wayang ciptaan mereka kerana terlalu ego untuk berbincang.


𝐃𝐚𝐭𝐮𝐤 𝐀𝐬𝐡𝐫𝐚𝐟 𝐌𝐮𝐤𝐡𝐥𝐢𝐬 𝐁𝐢𝐧 𝐌𝐢𝐧𝐠𝐡𝐚𝐭

𝐏𝐞𝐧𝐠𝐞𝐫𝐮𝐬𝐢

𝐀𝐌𝐀𝐍𝐀𝐇 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐤𝐚


https://www.facebook.com/share/p/1ZV4UWtPEQ/?mibextid=xfxF2i



No comments: