Ini rupanya punca kenapa Era FM didenda sampai RM250k

 



Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menafikan bahawa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bertindak sewenang-wenangnya dalam mengeluarkan kompaun sebanyak RM250,000 kepada pengendali stesen radio Era FM.

Menurut Fahmi kompaun itu mengambil kira bahawa Era FM yang berada di bawah Maestra Broadcast Sdn Bhd adalah entiti syarikat dan bukan individu.

Maka kompaun dikenakan kepada syarikat akan lebih besar berbanding kompaun terhadap individu..



Beliau berkata kuantum kompaun yang dikeluarkan kepada Maestra Broadcast mengambil kira bahawa pihak yang bersalah adalah ‘syarikat yang menjana pendapatan tinggi setiap tahun’.

Beliau turut menambah bahawa adalah salah untuk membandingkan perkara itu dengan kes stoking ‘Allah’.

“KK Mart didakwa mengikut Kanun Keseksaan, undang-undang berbeza, dan denda RM60,000.


“Kes itu tidak melibatkan kandungan dalam talian atau melibatkan pemegang lesen SKMM,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis berbuka puasa anjuran kementeriannya semalam.

Beliau berkata tiada perbandingan boleh dibuat dengan pelbagai kes lain yang melibatkan individu, sama ada, termasuk pelawak Harith Iskander dan pengguna Facebook Cecelia Yap, yang kedua-duanya baru-baru ini telah dikenakan kompaun RM10,000 yang menurut Jabatan Peguam Negara (AGC) adalah ‘munasabah’.

Beliau berkata Maestra Broadcast, anak syarikat kumpulan media Astro dan pemegang lesen SKMM, diwajibkan mematuhi semua undang-undang dan garis panduan yang ditetapkan.


“Malangnya, syarikat membenarkan akaun TikTok rasmi stesen radionya memuat naik kandungan yang menimbulkan kemarahan orang ramai,” katanya.




No comments: