RM100 JUTA JATUH BANKRAPLAH! SIAPA SURUH JADI KATAK PELIHARAAN PAS?? ber...


BN sudah menghantar surat tuntutan (LOD) kepada Muhammad Jailani Khamis ekoran tindakan Adun Rembia di Melaka itu melompat ke PAS baru-baru ini. Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi ketika mendedahkan perkara itu berkata ia merupakan langkah awal bagi parti berkenaan mendapatkan pampasan sebanyak RM100 juta daripada Jailani. "Untuk Adun Rembia, LOD telah dikeluarkan kepada beliau untuk membayar RM100 juta kepada BN,” katanya ketika ditemui media selepas menghadiri program ramah mesra bersama pengundi di Pusat Daerah Mengundi Jerek sempena PRK Nenggiri di Gua Musang, petang ini. Baru-baru ini Jailani - yang asalnya ahli Umno sebelum menyertai PKR dan berubah menjadi Adun bebas - diumum menjadi ahli PAS pada 16 Julai lalu. Ia diumumkan sendiri oleh Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan yang turut mendakwa langkah tersebut tidak menjejaskan kedudukan Jailani sebagai Adun kerana dibuat sebelum Melaka menguatkuasakan peraturan antilompat parti. Sebelum ini Malaysiakini melaporkan BN akan menuntut ganti rugi sebanyak RM100 juta daripada Jailani kerana melanggar aku janji yang diikrarkannya semasa bersetuju menjadi calon parti berkenaan pada 20 Nov 2021. Tegas Ahmad Zahid selepas ini tindakan susulan akan diambil BN jika Jailani masih gagal membuat bayaran yang ditetapkan.






No comments: