SELANGOR KE AKHIR

 

Pemain sayap Selangor FC, Mohamad Faisal Abdul Halim yang masih dalam proses pemulihan tidak menyangka akan mengisi bangku simpanan pada aksi separuh akhir kedua Piala FA 2024/ 2025 menentang Terengganu FC di Petaling Jaya pada Sabtu.



Pada pertembungan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) itu, skuad Gergasi Merah menang 4-1 untuk melangkah ke final dengan bergaya selepas merakam keputusan agregat 6-4.


Mohamad Faisal atau lebih dikenali sebagai Faisal Halim berkata, beliau dimaklumkan akan berada dalam senarai pasukan sehari sebelum perlawanan dan walaupun tidak diturunkan, beliau gembira dapat menjadi sebahagian daripada kejayaan manis di depan penyokong sendiri itu.


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews



No comments: