SEDIKIT ULASAN MENGENAI KUWAIT FINANCE HOUSE YANG MENARIK DIRI DARI PASARAN MALAYSIA


Nazri Hamdan


Sejarah perbankan Islam di Malaysia bermula seawal 1963 apabila pada masa itu kerajaan menubuhkan Tabung Haji. Kemudian, Islamic bank yang pertama ditubuhkan ialah pada 1983 iaitu Bank Islam yang mula menawarkan produk-produk kewangan patuh syariah.


Tapi pada masa itu perbankan Islam cuma dibenarkan kepada local players sahaja. Hanya bila Bank Negara Malaysia (BNM) sudah melihat yang bank tempatan sudah mula bersaing, mereka mula meliberalisasikan sektor perbankan Islam ini bermula tahun 2003.


Sejak itulah bank asing termasuk Kuwait Finance House telah masuk ke pasaran Malaysia untuk bersaing dalam perbankan Islam seawal tahun 2005. Liberalisasi dalam sektor perbankan Islam ini menjadikan pasaran menjadi sangat kompetatif.


Kalau dulu kita jual ayam goreng dekat pasar malam sorang diri saja, sekarang dah ada 10 orang jual ayam goreng di pasaran yang sama. Oleh itu, persaingan akan jadi sengit. Ada kemungkinan margin keuntungan akan jadi rendah. Pelanggan akan pilih mana kedai ayam goreng yang ada nilai untuk wang mereka. 


Untuk bersaing, ada bank yang bergabung dengan bank lain untuk terus berada dalam pasaran dan mendapatkan bahagian pasaran yang lebih besar. Jika mereka tak buat demikian, sukar nak bersaing dengan profit margin yang semakin tipis.


Apa yang saya nampak ialah keputusan KFH adalah suatu kesan persaingan yang sengit dalam perbankan Islam di Malaysia. Mana-mana bank asing yang sudah tak boleh nak bersaing, mereka akan keluar dari pasaran. 


Sebenarnya ura-ura mengenai KFH nak keluar dari pasaran Malaysia dah kita dengar sejak 2015. Ia berikutan daripada langkah pemegang terbesar KFH iaitu Kuwait Investment Authority (KIA) dalam perlaksanaan untuk rancangan divestment. Mereka dilaporkan akan memfokus sekor perbakan di Turki yang dilihat lebih banyak menawarkan peluang berbanding pasaran Malaysia yang kompetatif. 


Dalam terma finance dan economics – divestment ni adalah satu langkah untuk mengurangkan asset daripada perniagaan yang sedia ada. Dengan kata lain, divestment ni ialah lawan kepada investment.


Setelah beberapa lama ura-ura mereka nak keluar dari pasaran perbankan Islam Malaysia, akhirnya pada tahun 2024, berita melaporkan mereka membuat keputusan muktamad untuk keluar dari pasaran Malaysia dan memfokus perniagaan mereka di timur tengah.


Jadi persoalan yang orang tanya pada saya juga ialah, apakah yang akan terjadi kepada pinjaman mereka di KFH? Adakah pinjaman ini akan terbatal begitu sahaja dan mereka akan dibebaskan dari hutang?


Dalam konteks ni saya tak bercakap mengenai KFH tapi secara umum apa yang biasanya bank akan buat bila mereka exit dari pasaran. Dalam balance sheet bank, loan adalah asset. Ini kerana, bank buat duit dengan memberikan loan.


Kita juga ada asset seperti kereta, rumah dan sebagainya yang mana asset-asset ini mempunyai nilai bila kita jual. Jadi seperti kita, bank juga boleh menjual asset mereka kepada bank lain.


Jika seseorang itu ada pinjaman dengan Bank A, bila mereka keluar dari pasaran, mereka boleh jual loan asset tu kepada Bank B. Pelanggan yang membayar dengan bank A sebelumnya akan membayar kepada Bank B bila peralihan asset ini berjaya.


Tapi untuk KFH, pelanggan kena tunggu pengumuman rasmi daripada mereka. Saya tak boleh bercakap bagi pihak mereka. Tapi modus operandinya biasanya begitulah.



No comments: