Sewaktu Himpunan Perdana Rakyat di Kota Kinabalu hari ini saya jelaskan bahawa peruntukan RM16 billion yang diumumkan sebelum ini adalah peruntukan keseluruhan untuk negeri Sabah bagi tahun ini.
Mesti ditegaskan sekali lagi tatkala terdapat beberapa pihak yang keliru dan cuba menangguk di air yang keruh terkait perkara ini.
Jumlah besar yang diperuntukkan ini adalah untuk perbelanjaan pelbagai perkara termasuk pendidikan, keselamatan dan kesejahteraan rakyat serta pembangunan negeri.
Saya juga memberi jaminan bahawa Kerajaan MADANI akan terus berkerja kuat menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat.
Saya turut gunakan ruang yang sama menggesa kerajaan negeri memastikan projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah yang memberi manfaat kepada rakyat negeri itu disiapkan secepat mungkin tanpa sebarang kelewatan.
Saya juga singgung soal kelangsungan parti di Sabah yang mana KEADILAN harus bangkit dan seterusnya memperjuangkan nasib setiap lapisan rakyat di negeri ini.
Dengan semangat yang luar biasa, saya percaya setiap anggota mampu melakar perubahan dengan gagah dan megah di seluruh negeri Sabah.
#MalaysiaMADANI