KUNJUNG HORMAT YDP YADIM KEPADA KETUA POLIS JOHOR*










LENSA Kunjung hormat Yang Dipertua YADIM, *Datuk Hasanuddin Mohd Yunus* kepada Ketua Polis Johor, *Komisioner Polis M. Kumar A/L S Muthuvelu*, di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor pada 1 Ogos.


Dalam pertemuan berkenaan, dibincangkan beberapa kerjasama yang boleh dilaksanakan melibatkan kedua pihak. *Datuk Hasanuddin* antaranya, menawarkan bagi pihaknya untuk mengadakan pengisian ilmu kepada warga Polis Diraja Malaysia Johor.


Pengisian itu nanti ujarnya, boleh membantu untuk menyampaikan dasar-dasar kerajaan kepada warga PDRM Johor khususnya.


Hadir sama dalam pertemuan ini ialah Timbalan Ketua Polis Johor, *Deputi Komisioner Afandi Senin*,  Ketua Cawangan Khas, *Senior Asisten Komisioner Nor Azizi Maarof*, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah J, *Senior Asisten Komisioner Hoo Chuan Huat*, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, *Senior Asisten Chuah Yong Huat* dan Pegawai Turus Pelesenan IPK Johor selaku Wakil Ketua Jabatan Pengurusan Johor, *Deputi Supritendan Saifullah Jaya @ Yahaya*.


Pengarah YADIM Negeri Johor, *Ustaz Muhamad Ammar Abdullah* tidak ketinggalan menyertai pertemuan tersebut.


https://www.facebook.com/share/34HpyxqbavCxcjD6/?mibextid=WC7FNe



No comments: