MUFTI PERLIS DR MAZA TERKEJUT HABIS! PUJI KEBERANIAN DAN KESUNGGUHAN PMX!



Mufti Perlis, Datuk Mohd Asri Zainul Abidin memuji keberanian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang terbuka menyampaikan ucapan dukacita, serta mengutuk sekerasnya pembunuhan pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh Menerusi satu video, Mohd Asri yang lebih dikenali sebagai Dr Maza berkata, dalam keadaan ramai pemimpin Islam dunia takut untuk menzahirkan simpati terhadap apa yang berlaku, Anwar pula menonjol dengan tindakan beraninya. “Dukacita kerana ramai pemimpin-pemimpin umat Islam yang takut untuk menzahirkan sokongan atau simpati yang menimpa rakyat Palestin terutama negara Arab. “Kita puji negara Malaysia, Perdana Menteri sendiri di atas kesungguhan beliau menyatakan simpati di atas apa yang berlaku. “Hari ini tak ramai orang seperti YB PM yang secara berani mengucapkan ucapan dukacita. Yang lain mungkin akan membisu termasuk pemimpin agama,” katanya. Anwar pada semalam mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh di Tehran. Beliau yang menghubungi pegawai politik Hamas, Dr Basem Naim sempat menyampaikan ucapan takziah dan menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada rakyat Palestin. Sementara itu hari ini, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan mengadakan solat jenazah ghaib di atas pemergian Ismail Haniyeh yang dibunuh rejim Zionis di tiga masjid utama di bawah kelolaannya selepas solat Maghrib pada Khamis. Ketua Pengarahnya, Datuk Hakimah Mohd Yusoff berkata, tiga masjid berkenaan ialah Masjid Negara, Kuala Lumpur, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.




No comments: