ADUN REMBIA GAGAL! NASIB BELIAUA KAN DITENTUKAN SPEAKER DUN MELAKA!


Pejabat Speaker DUN Melaka akan mengadakan mesyuarat khas minggu depan susulan kegagalan Adun Rembia, Muhammad Jailani Khamis mengemukakan surat balas rasmi mengenai keputusannya melompat parti. Berita Harian memetik Speaker DUN Melaka, Ibrahim Durum sebagai berkata, tempoh 14 hari yang diberikan kepada Muhamad Jailani tamat hari ini, namun tiada jawapan rasmi diterima daripada bekas Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan negeri itu. "Tiada jawapan daripada dia (Muhamad Jailani) sedangkan tempoh akhir yang saya berikan (14 hari) tamat hari ini. "Saya akan memanggil `team' (pasukan) Pejabat Speaker termasuk Penasihat Undang-Undang negeri untuk mesyuarat khas sekitar minggu depan bagi membincangkan tindakan lanjut," katanya dipetik sebagai berkata. Bulan lalu, Muhammad Jailani yang digantung selama enam tahun daripada Umno, berkata dia membuat keputusan keluar daripada Umno selepas Ketua Menteri Melaka, Ab Rauf Yusoh memungkiri janji yang dibuat kepada rakyat dalam manifesto pilihan raya negeri 2021. Susulan itu Umno mengumumkan akan memulakan tindakan undang-undang terhadap terhadap Muhammad Jailani bagi menuntut ganti rugi dan pampasan RM100 juta kerana berpaling tadah daripada parti itu. Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan sebelum ini berkata, Jailani secara rasmi menyertai parti itu pada Jun tahun lepas, kira-kira sebulan sebelum DUN Melaka meluluskan undang-undang anti-lompat parti.





No comments: