BUKTI PARTI PAS DALIL AGAMA UNTUK TUJUAN POLITIK SEMATA MATA, TUNGGANG!



Tuan Ibrahim kata, calon PN Nenggiri keluar Pas dan masuk Bersatu hari yang sama, itu taktik strategik. Dulu Presiden PAS, Hj Hadi kata, mereka yang buta al-Quran sahaja keluar dari PAS. Sama ada mereka bertaubat (kembali jadi ahli PAS), atau dihapuskan! Kononnya itulah ‘ajaran Islam’. Drama di Nenggiri ini sekali lagi bukti Pas menunggang dalil agama hanyalah ‘taktik politik’ untuk menangi undi. Jangan belajar berkenaan Islam dengan belajar cara fikir Pas kerana bimbang tersesat akibat Ghuluw. Ghuluw penyakit yang diberi amaran oleh Nabi saw boleh dijangkiti umatnya. Ini biasa berlaku sepanjang sejarah Islam apabila berkait dengan politik dan perebutan kuasa seperti timbulnya Syiah, Khawarij dan lain-lain. Perseteruan PAS – DAP juga hanyalah strategi dan taktikal politik. Dalil-dalil agama disusun hanya untuk menyokong strategi politik itu. Buktinya, PAS tidak bercerai dengan GERAKAN walaupun mereka mencabar perkara yang PAS perjuangkan hari ini. Perang mulut hanyalah wayang mengukuhkan tektik strategik PAS. Calon PN Nenggiri bersumpah akan dilaknat jika tinggalkan BERSATU. Maka nasibnya kekal di situ selama hidupnya walaupun selepas PAS-BERSATU bercerai kelak. Dia juga disuruh bersumpah patuh dasar2 perjuangan BERSATU. Maka dia kekal dengan parti ‘sekular’ itu iaitu tuduhan biasa PAS terhadap parti lain. Sebab di sisi PAS, mereka sahaja kumpulan Islam. Parti lain tidak. Sebab itu dipasak doktrin sesat peraturan tidak bertulis, jika keluar PAS seperti keluar Islam. Walaupun berpuluh-puluh tahun bersahabat, jika berpindah parti, persahabatan itu hilang serta merta. Di kampung2, boikotnya lebih menakutkan. Walhal ukhuwwah adalah perkara pertama yang diusahakan Rasulullah apabila berhijrah ke Madinah. Puncanya kerana politik gaya Khawarij yang diterapkan dalam manhaj PAS. Ahli bawahan yang cetek pengetahuan agama, atau belajar agama melalui ustaz2 PAS, lakukan kafir mengkafir tidak lagi berlapik di group2 Whatsapp serta medsos dan ini sangat menakutkan.



No comments: