Doktor pakar tidak bagi pilihan lain selain dialisis”



Inilah kenyataan yang dimomokkan oleh jurujual produk atau servis konon untuk baiki penyakit kronik buah pinggang. Termasuk lah yang menunggang agama dengan menyebut perkataan ikhtiar.


Saya sudah tak larat. Penat membebel bebel, memberi nasihat berjam di klinik dan di media sosial- tetap kami difitnah. Kata rawatan doktor hanya dialisis. 


Banyak saja cara mengelak dialisis:

1. Elakkan produk sampah, atau apa-apa tambahan suplemen kerana ia menambah bebanan buah pinggang.

2. Ikut rawatan yang diberikan dari semua segi - pemakanan, ubatan, penjagaan air, garam galian, senaman, paras gula, darah tinggi.

3. Jangan sekali-kali dengar hasutan orang lain.

4. Jangan culas temujanji 


Tidak ada doktor yang akan memaksa. Tapi jika anda lari dari kami - dah tenat baru sampai, kemungkinan sudah terlambat.


Rafidah Abdullah