Enam bekas ahli parlimen Bersatu dalam sidang media hari ini menyifatkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin semalam meleset jauh dan menyimpang.
Semalam Muhyiddin berkata keputusan Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul mengekalkan kerusi enam ahli parlimen Bersatu yang berpaling tadah telah mencemarkan Perlembagaan Persekutuan.
Malah kata Presiden Bersatu itu, alasan yang dikemukan Johari dangkal dan bertafsiran songsang jelas bercanggah dengan peruntukan tersurat dan tersirat Perkara 49A(3) Perlembagaan Persekutuan.