Kita tunggu dua MP MCA dan satu MP MIC sokong PAS pulak?


Zainuddin Omar


Kita tunggu dua MP MCA dan satu MP MIC sokong PAS pulak? 


**************** 




Enam bekas anggota parlimen Bersatu yang mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim, kekal sebagai wakil rakyat.


Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin mengesahkan bahawa Yang di-Pertua Dewan Rakyat Johari Abdul membuat keputusan itu semalam.

Keenam-enam mereka sebelum ini melanggar pendirian Bersatu sebagai pembangkang, dengan menukar sokongan kepada Anwar.


Mereka adalah Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Suhaili Abdul Rahman (Labuan) dan Dr Zulkafperi Hanafi (Tanjong Karang).


Dalam sidang media, Muhyiddin berkata dalam kes Suhaili, Johari memberikan “alasan remah” bahawa dia keberatan mengosongkan kerusi kerana anggota parlimen Labuan telah memulakan kes mahkamah terhadap Bersatu.


Muhyiddin dan pemimpin pembangkang

Muhyiddin bagaimanapun tidak mendedahkan kenapa Johari menolak usaha mengosongkan kerusi lima anggota parlimen lain.

Berdasarkan surat Johari, disebut bahawa keputusan Bersatu membatalkan keanggotaan lima anggota parlimen mereka itu bercanggah dengan perlembagaan dan peraturan dewan yang menjamin kebebasan bercakap, berbahas dan mengundi buat anggota Dewan Rakyat.


Peraturan dipersolal itu menyatakan bahawa anggota yang bertindak bertentangan dengan kehendak parti dianggap lucut keanggotaan.


Dalam kes enam wakil rakyat Bersatu itu, mereka enggan memberikan kesetiaan kepada parti selepas peraturan itu dikuatkuasakan.


Secara teori, langkah itu bertentangan dengan Akta Antilompat Parti yang melarang ahli parlimen keluar parti atau menyertai parti lain.


Johari Abdul

Dalam suratnya, Johari juga berkata peruntukan antilompat parti dalam Perlembagaan Persekutuan bertujuan memastikan kestabilan politik.


Justeru, selepas mempertimbangkan segala keterangan dan testimoni, dia memutuskan bahawa tiada keperluan anggota parlimen Bersatu itu mengosongkan kerusi kerana mereka masih dianggap sebagai pembangkang.