ADAKAH KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ZULKIFLI MUHAMMAD (KUIZM) SEBUAH INSTITUSI YANG SELAMAT?


Che Ibrahim



Pas semalam katanya telah melancarkan gelombang "Selamatkan Malaysia" di KUIZM Taman Melewar. Isunya apa yang nak diselamatkan jika lokasi program pun tidak selamat?? 







Seksyen 21, Akta IPTS 1996 (Akta 555) menyebut kelulusan menteri hendaklah didapatkan terlebih dulu sebelum penubuhan sebuah Institusi Pengajian Tinggi bertaraf Universiti atau Kolej Universiti.


Seksyen 22 Akta yang sama pula menyebut permohonan untuk menubuhkan Universiti atau Kolej Universiti hanya boleh dibuat apabila ada pelawaan dari Menteri di Kementerian Pengajian Tinggi.


Isunya adakah penubuhan KUIZM  adalah dibuat mengikut keperluan Akta IPTS 1996 ini atau ianya sengaja dinamakan sebagai Kolej Universiti Islam atas dasar "scammer"???