Jamzuri Ardani
Dulu Umno pernah sebar gambar ni untuk burukkan PAS bila kerajaan Selangor terpaksa pulangkan balik arak yang dirampas dari premis kedai kerana tindakan tersebut bersalahan dengan undang-undang.
Sekarang PAS pulak buat poster macam ni dan sebar untuk burukkan Amanah.
Inilah politik Melayu dari dulu sampai sekarang. Sama jer modalnya. Guna sentimen agama untuk tanam rasa benci pada lawan politik. Mereka perasan dengan cara itu mereka jadi lebih Islamik.
Hakikatnya, Umno tidaklah jadi lebih Islamik dengan sebaran gambar sebegini, dan PAS juga tidak akan jadi lebih Islamik dengan meniru perangai Umno sebelum ini.
Cukup-cukuplah membodohkan Melayu dengan politik bangir ini.