NAK KIRA APA PUAK PUAK MUNAFIK. BANYAK DAH CONTOH PAS BUAT BOLEH. PARTI LAIN BUAT TAK BOLEH. LIBERAL KATANYA. SEKARANG LIHAT SENDIRI. .

 


PAS BUAT PROGRAM POLITIK/ISYTIHAR CALON PRK NENGGIRI ATAS MASJID??




Untuk makluman saing saing ambo, masjid ini bukan bawah kawalan Majlis Agama Islam Kelantan. Jangan keliru dengan nama yang diberikan. 


Ambo baloh dah dengan Jkuasa Dewan Ulama Pas Kelantan masa dok bincang Draf Enakmen MAIK 1994. Dalam Enakmen tersebut Masjid ditafsirkan sebagai mana mana tempat yang digunakan untuk solat jumaat. Ramai ajk Dewan Ulama' pakat komplen, mereka kata takrif tu tak betul dengan Islam. 


Ambo jawab kita sengaja mentakrifkan makna masjid dengan tafsiran sedemikian bagi maksud enakmen tersebut. Jika kita tafsirkan perkataan masjid dlm enakmen itu mengikut istilah feqah, maka semua masjid masjid persendirian/masjid iktikaf yang dibuat oleh puak Pas akan terletak bawah kawalan MAIK.


Maknanya mana mana tempat yang tidak digunakan untuk solat jumaat tidak dianggap masjid bagi maksud Enakmen MAIK 1994 walaupun ianya dinamakan masjid oleh orang awam. Maksudnya masjid tersebut tidak di bawah kawalan MAIK.



No comments: