DEWAN RAKYAT DAN DEWAN NEGARA TIADA MASAALAH. HANYA PROFESSINALISME KEDOKTORAN MENYANGGAH.


 JAHANAM Season 2


Saya difahamkan selepas Dewan Rakyat, Dewan Negara akan kebiasaannya tidak bermasalah. Tapi, cubaan demi cubaan untuk menjahanamkan tetap diteruskan. Tidak tahu malu. Dewan Rakyat telah SEBULAT SUARA meluluskan. Lihatlah mesej yang di hantar oleh kumpulan ini.


Setahu saya, Professor yang sudah bersara, tidak boleh guna gelaran Professor. Dan “Prof”, saya pasti rakyat Malaysia tidak mahu seseorang yang BUKAN PAKAR yang diiktiraf (seperti “Prof” ini) tiba-tiba mahu mengganggu latihan kepakaran di Malaysia.


Saya mohon doa rakyat Malaysia semua. Sebutan di Dewan Negara di jadual kan esok. Doakan kesemua senator-senator kita juga sebulat suara meluluskannya.


Rafidah Abdullah



No comments: